Impian Krismas Eropah Menanti di Suria KLCC
Friday, 29 November 2024
Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik Malaysia, mengundang para pengunjung untuk merasai keajaiban ‘European Christmas Village’ dari 22 November hingga 25 Disember 2024.
Centre Court di Suria KLCC telah bertukar menjadi destinasi percutian yang indah, menampilkan gerai-gerai yang direka seperti bangunan kayu tradisional Eropah. Jelajahi perkampungan ini di sepanjang lorong yang menyerupai jalan batu buntar, dihiasi pokok Krismas dengan lampu yang berkelipan dan dekorasi perayaan. Pengunjung akan menemui gerai bunga, kedai roti, dan kedai mainan yang menawarkan pengalaman menarik untuk menghidupkan semangat Krismas.
Di gerai bunga, pengunjung boleh menyertai ‘Christmas Wreath Workshop’ secara percuma pada setiap hari Sabtu dan mencipta hiasan Krismas mereka sendiri untuk dibawa pulang.
Sementara itu, di kedai roti, bengkel hiasan cupcake DIY dengan kerjasama oleh Gula Cakery pada setiap hari Ahad jam 2.00 hingga 3.00 petang mengajak pengunjung menghias snek perayaan untuk dijadikan hadiah atau dinikmati sendiri.
Di kedai hadiah, terdapat ‘Festive Photobooth’ untuk menangkap momen indah berlatarkan patung beruang gergasi yang comel dan mesra. Pengunjung akan menerima cetakan foto sebagai salinan digital.
Menambah lagi suasana magis, terdapat kereta kuda berhias indah yang sesuai sebagai latar belakang foto ‘Instagram-worthy’. Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki di Esplanade KLCC juga akan bersinar terang dengan hiasan yang memukau, menjadi tumpuan utama sambutan ini.
Sambutan tidak akan lengkap tanpa kehadiran Santa Claus, yang akan memeriahkan suasana dengan sesi bertemu pengunjung pada setiap hari Sabtu dan Hari Krismas.
Pada setiap hari Ahad dan Hari Krismas, nyanyian koir Krismas akan mengisi suasana, mengajak pengunjung menyertai nyanyian meriah. Pada Hari Krismas, suasana perayaan akan dipertingkatkan lagi dengan persembahan tarian yang pasti memikat penonton.
Suria KLCC juga menawarkan ganjaran istimewa kepada pembeli sepanjang musim perayaan ini. Pengunjung yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Membeli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’.
Selain itu, 50 pembeli pertama yang membeli e-baucar RM1,000 akan menerima tambahan e-baucar RM100 secara percuma, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan.
Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Sebagai destinasi ikonik di kota Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar pusat membeli-belah – ia adalah tempat di mana kenangan tercipta dan pengalaman dikongsi. Tahun ini, kami berharap dapat menyebarkan kehangatan musim ini dan mencipta detik magis yang menyatukan semua orang.”
Pusat Beli Belah Alamanda
Musim Krismas ini, Alamanda Putrajaya turut membawa pesona ‘European Christmas Village’, bermula dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025.
Pengunjung boleh berjalan di sekitar pasar kecil yang mempesona di Centre Court, dihiasi pokok Krismas yang bersinar dengan lampu dan hiasan indah.
Semangat perayaan akan diteruskan dengan pelbagai hiburan menarik, termasuk tarian Krismas, persembahan muzik, aksi juggling, dan pertunjukan silap mata pada setiap hujung minggu dari 14 hingga 25 Disember.
Keluarga yang mempunyai anak kecil boleh menantikan aktiviti VIKids yang menyeronokkan seperti menghias kek cawan Krismas, membuat hiasan kayu, dan mewarna seni bertema perayaan. Sesi interaktif ini berlangsung pada setiap hujung minggu dari 21 hingga 29 Disember.
Pada Hari Krismas, Santa akan menggembirakan si kecil dengan ‘balloon sculptures’. Jangan lepaskan peluang bergambar bersama Santa!
Pengalaman membeli-belah juga akan menjadi lebih menarik dengan ganjaran e-Baucar Alamanda. Pengunjung yang berbelanja lebih RM500 akan menerima e-Baucar RM30, manakala pembeli yang berbelanja RM1,500 atau lebih akan menerima e-Baucar RM80.
Buat julung kalinya, Alamanda Putrajaya menyertai Suria KLCC dalam menyokong initiative kesihatan mental. Kempen Krismas ini menandakan pelancaran Alamanda Ribbon Pin yang dijual pada harga RM10 setiap satu. Hasil jualan pin ini akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental. Pada Hari Krismas, pembeli pin juga akan diberikan ais krim percuma!
Mesra Mall
Mesra Mall di Kemaman turut menyemarakkan musim perayaan dengan tema European Christmas Village dari 5 hingga 31 Disember 2024.
Selain dekorasi yang menakjubkan, pelbagai aktiviti perayaan turut menanti. Pada 14 Disember, keluarga boleh menyertai ‘Santa Hat Workshop’, diikuti ‘Fairy Tale Costume Competition’ pada 21 Disember, di mana peserta boleh berpakaian seperti watak kegemaran mereka untuk memenangi hadiah menarik.
Pada Hari Krismas, sesi pemberian belon akan diadakan pada pukul 2 petang dan 4 petang, membawa kegembiraan kepada si kecil.
Sebagai tambahan, bengkel Sains VIKids akan diadakan dari 25 hingga 29 Disember. Bengkel ini direka untuk kanak-kanak, menawarkan lima stesen eksperimen sains dalam suasana makmal mini. Kanak-kanak akan memakai kot makmal sambil meneroka dan mencuba eksperimen, serta menerima Kit Eksperimen Sains selepas melengkapkan aktiviti.
Peserta mesti menjadi ahli VIKids dan menunjukkan satu resit dengan perbelanjaan minimum RM100. Setiap resit membolehkan sehingga tiga kanak-kanak dalam satu keluarga menyertai bengkel pada hari tertentu.
Melalui ‘Shoppers Rewards Programme’, mereka yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit akan menerima Pumpkin Pot eksklusif 8L.
Untuk info lanjut, layari:
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
**************************************
Mengenai Suria KLCC
Suria KLCC, destinasi membeli-belah pengalaman ikonik Kuala Lumpur, merangkumi intipati kecemerlangan runcit. Dengan slogan ‘Always Something New’, Suria KLCC menjemput pengunjung di kompleksnya seluas 1 juta kaki persegi, menempatkan lebih 360 kedai terpilih yang menampilkan jenama eksklusif dan trend terkini.
Di sebalik tawaran runcitnya yang pelbagai, Suria KLCC menawarkan pemandangan kulinari yang meriah, menjemput tetamu untuk menerokai pelbagai pilihan tempat makan berlatar belakangkan taman yang tenang dan air pancut simfoni. Daripada kafe bergaya kepada pelbagai restoran dan medan selera yang menawarkan pelbagai masakan, destinasi ini memastikan pengalaman kulinari yang menarik untuk semua.
Suria KLCC mewujudkan suasana kecanggihan dan ketenangan, menggabungkan beli belah, makan dan bersantai dengan lancar. Ia berfungsi sebagai bukti pengalaman indah, di mana setiap lawatan menjanjikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.
Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda
Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan pembinaan bermula pada 20 Jun 2023, dan dijadualkan siap pada suku pertama tahun 2025. Pembangunan semula ini bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan.
Selain itu, ruangan hiburan yang diperbaharui, seperti pawagam mesra keluarga, kawasan boling yang diperluas, dan taman pengembaraan di Esplanade, akan memenuhi keperluan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Pembangunan semula ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan menyokong rakan perniagaan, akhirnya meningkatkan taraf Pusat Beli-belah Alamanda sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah pilihan di Putrajaya, memberikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Dinamik'.
Dengan lokasi yang strategik dan kebolehcapaian yang sangat baik melalui lebuh raya utama, Pusat Beli-belah Alamanda merupakan pusat tumpuan untuk penduduk lebih daripada 76,000 pekerja profesional dan 147,000 pelajar. Aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa semasa aktiviti pembangunan semula. Ini untuk memastikan gangguan yang minima kepada pembeli dan penyewa.
Mengenai Mesra Mall
Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.
Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua