Tarikh Tayangan: 01 Disember 2023 (Jogja Netpac Asia Film Festival), 22 Mei 2024 (Indonesia)
Trailer:
Filem yang diadaptasikan dari novel berjudul Tuhan, Izinkan Aku Menjadi Pelacur! karya Muhiddin M Dahlan yang diterbitkan pada tahun 2003 mengisahkan tentang wanita muda bernama Kiran (Aghniny Haque). Sejak remaja lagi Kiran merupakan pelajar yang cemerlang dan patuh pada perintah agama.
Dia melanjutkan pengajian ke universiti dalam jurusan Agama Islam dan sering menjadi pelajar contoh di dalam kuliah atau assignment. Keluarganya bukan orang senang dan segala wang telah dilaburkan untuk perbelanjaan Kiran di universiti walaupun ayahnya yang sedang sakit lebih memerlukan.
Disebabkan keadaan yang mendesak, dia terpaksa menyewa di rumah Ami (Djenar Maesa Ayu), seorang pelacur dan membuka salon di rumah. Sewa di situ lebih murah walaupun berisiko diganggu oleh pelanggan Ami yang datang. Sering juga rumah Ami didatangi kariah masjid yang mencela perbuatannya namun tak pernah diendahkan oleh Ami selagi tidak membahayakan orang lain. Kiran juga tidak pernah berkata apa tentang pekerjaan Ami.
Bila Kiran memilih untuk duduk bersama dengan rakan universiti yang lain, mereka dengan senang hati menerima tapi dengan syarat, Kiran perlu berkahwin dengan Abu Darda (Ridwan Roull Rohaz), ketua organisasi pejuang Islam. Awalnya Kiran setuju tapi apabila dapat tahu tentang status Abu Darda yang sudah beristeri dan pandai mengambil kesempatan, dia lari keluar dari organisasi tersebut. Keluarganya menganggap Kiran sebagai manusia penipu juga pengkhianat agama dan nama baiknya juga rosak di kampus.
Naskhah drama dari Hanung Bramantyo menggunakan pace yang perlahan dan mempunyai banyak kelompongan pada kisah hidup Kiran. Tak diceritakan pun bagaimana Kiran boleh tertipu dengan Prof Tomo (Donny Damara) sampai menjadi perempuan simpanan dan macam mana Kiran tahu Tomo ada pertalian dengan ahli politik terkenal terutamanya Alim Suganda (Nugie).
Sutradara Hanung Bramantyo terlihat kreatif apabila penceritaan bersilih ganti antara Kiran yang naif dan solehah dengan Kiran yang hidup sebagai pelacur. Tapi alasan Kiran terjebak dalam dunia pelacuran tu tak kuat pun sebab kita nampak ada banyak ruang untuk Kiran pilih jalan lain dan tak semua manusia beragama Islam dalam circle Kiran adalah munafik sampai dia pilih jalan sebagai pelacur. Ami sendiri tak pernah hasut dia jadi pelacur atau watak Hudan (Samo Rafael) yang selalu gunakan weed untuk cari ilham mencipta lagu tak pernah ajak Kiran melepak sekali.
Walaupun watak Kiran adalah pelacur tapi tak ditunjukkan pun adegan intim Kiran dengan pelanggan-pelanggan dia jadi filem ni selamat lah untuk ditonton sebab mesejnya yang menjadi fokus. Matlamat Kiran untuk bogelkan manusia-manusia munafik seperti Abu Darda, Daarul Fauzi (Andri Mashadi) ataupun Alim Suganda ni bagus tapi cara dia salah. I tak nak judge jalan pilihan dia sebab itu antara dia dengan Tuhan tapi tak ada pemikiran kritis ataupun dialog yang meninggalkan impak mendalam pun sepertimana novel yang pernah popular dalam kalangan mahasiswa dulu.
But still, I suka perbualan Kiran dan ayah dia (Goetheng Iku Ahkin) pada babak klimaks. Nasihat dia jelas dan mudah difahami. Sama juga dengan babak perbualan rakyat kebanyakan yang nak undi Alim Suganda sebab perwatakan dia yang alim dan suka bersedekah dengan rakyat.
Lakonan Aghniny Haque cemerlang sebagai Kiran cuma sayang lah watak dia terlihat dangkal akibat kekurangan penulis dan pengarah yang tak mampu paparkan kemarahan Kiran yang sering dipergunakan oleh orang munafik. Kalau tak baca sinopsis, tak tahu pun Kiran join organisasi terrorist di bawah Abu Darda. Dekat plot tu banyak yang boleh dimasukkan sebab organisasi ni selalunya manipulatif tapi watak Abu Darda nampak lemah sangat sebagai antagonis. Sinematografi dari Satria Kurnianto cemerlang dengan memaparkan keindahan Jakarta dari pelbagai latar berbeza.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10
Saya lebih tertarik utk cari bukunya. Terkadang kalo film2 dah bertema organisasi extreme macam nih, suka di sensor kak, JD terkesan macam lompat2 dan jadi plot hole. Tapi ntahlah, bisa jadi Krn durasi juga, JD ada part yg buat bingung
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Saya lebih tertarik utk cari bukunya. Terkadang kalo film2 dah bertema organisasi extreme macam nih, suka di sensor kak, JD terkesan macam lompat2 dan jadi plot hole. Tapi ntahlah, bisa jadi Krn durasi juga, JD ada part yg buat bingung
ReplyDelete