Movie Review | Temurun (2024)

Sunday, 20 October 2024


Pengarah: Inarah Syarafina 
Penulis Skrip: Vontian Suwandi  
Pelakon:  Banyu Bening, Bryan Domani, Jajang C. Noer, Karina Suwandi, Kiki Narendra, Mian Tiara, Yasamin Jasem
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures, Legacy Pictures, Masih Belajar Project
Pengedar: Antenna Entertainment, Netflix
Genre: Seram / Thriller
Durasi Tayangan: 85 minit
Tarikh Tayangan:  10 Oktober 2024
Trailer:


Selepas kematian ibu (Karina Suwandhi) mereka, Dewi (Yasamin Jasem) dan abangnya, Sena (Bryan Domani) berpindah ke rumah pusaka keluarga. Mereka berdua dijemput oleh Pak Agus (Kiki Narendra) yang sudah berpuluh tahun tidak mendengar khabar berita. Dewi tidak dapat menerima kehadiran Pak Agus tapi Sena pujuk supaya mereka keluar dari rumah dan mulakan kehidupan baru. 

Di rumah pusaka tersebut, Sena dan Dewi bertemu dengan nenek mereka, Gayatri (Jajang C. Noer) bersama pembantunya, Hesti (Mian Tiara). Dalam masa yang singkat, Sena dan Dewi perlu tahu mengenai sejarah keluarga dan juga perniagaan yang datang dari perladangan dan ternakan. Setiap hari mereka dihidangkan daging lembu separa masak. 


Dewi yang masih trauma kerana kematian ibunya sering diganggu oleh roh ibu yang muncul dalam keadaan yang ngeri. Sementara Sena sering terjumpa perkara-perkara aneh seperti papan yang penuh dengan gambar-gambar lelaki yang bertanda X. Di papan tersebut juga mempunyai nama Dewi. Bila ditanyakan hal tersebut, tiada siapa di dalam rumah tersebut ingin menjawab termasuklah Pak Agus.
 
Naskhah seram arahan Inarah Syarafina menggunakan tema pemujaan syaitan oleh ahli kultus sebagai idea cerita. Di awal filem dapat tengok babak Gayatri (Nafiza Fatia Rani) berlari dari seseorang tapi ditangkap oleh makhluk hitam. Makhluk yang sama juga mengganggu Dewi di rumah pusaka. 


Pada second half naskhah Temurun, ritual pemujaan akan diadakan untuk mencari pengganti kepada syaitan yang berada di dalam badan Gayatri yang sudah berusia 100 tahun. Hanya pewaris wanita yang akan dirasuk sementara waris lelaki dijadikan korban. Idea untuk filem Temurun dah cantik untuk dijadikan cerita seram dan thriller. Sayangnya, skrip tidak dikembangkan dengan bagus. 

Dari awal lagi dah nampak watak Sena adalah watak yang menjengkelkan dan punca ibunya dibunuh dengan kejam. Since it’s Bryan Domani, I was hoping the character would get a second chance. Mungkin dia lah yang akan menyelamatkan keluarga sebab Dewi dah kemurungan dan trauma selepas si ibu meninggal. Dia juga selalu dihasut oleh Gayatri dan Hesti sepanjang berada di rumah tersebut. 


Hubungan Dewi dengan Sena pun tak cun sebab Sena anggap Dewi pembawa malang bila hidup mereka sekeluarga bahagia sampai lah Dewi muncul ketika Sena berumur 7 tahun. Kiranya Pak Agus dan Dyah sudah tahu tentang rahsia keluarga sampai bertindak untuk hilangkan diri. Sebab tu juga Dyah rela hidup miskin dari diketahui oleh Gayatri. Dekat awal filem juga Dyah selalu meracau dan minta Dewi sentiasa guna daun bidara untuk selamatkan diri tapi Dewi atau Sena tak faham dan lebih mudah untuk mereka assume yang Dyah sudah gila. It’s really a nice build up. 

Tapi bila masuk second half, penceritaan dari Vontian Suwandi dah mula longgar bila Pak Agus dan Jaka (Banyu Bening) biarkan Sena tertanya-tanya tentang apa yang berlaku dalam rumah pusaka. Padahal diorang boleh jadi team yang bagus untuk menentang Gayatri dan Hesti. Geram sangat tengok Sena melulu serang Jaka padahal hasutan Hesti tak lah kuat mana. Tapi itu lah, apa nak expect kan kalau dari awal pun watak dia memang dah cetek otaknya. 


Filem Temurun tak lah seram sangat dengan gangguan roh Dyah atau saka keluarga cuma meremang juga lah bila Dyah datang berjumpa Dewi. Lakonan Mian Tara pun bagus sebagai pembantu yang taat setia dengan Gayatri dan bijak mengatur langkah supaya plan licik dia berjalan seperti yang dirancang. 

Boleh lah nak layan untuk tontonan santai but don’t expect too much. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

2 comments

  1. Nampak dah filem ni di netflix tapi belum ada keberanian nak klik sebab duduk rumah sorang malam, kena tunggu siang hari tak kerja, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Saya pun kalo film horor biasanya nonton dulu dari review2, dan kalo tak memuaskan, pilih skip. Walau suka horor, tp memang ga banyak yg benar2 seram sebenarnya. Kebanyakan cerita bagus di awal, tp endingnya macam buru2 ditulis. Kayak dah kurang idea, lalu buat ajalah asal yg penting selesai 😅

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.