Pelakon: Tony Eusoff, Chew Kim Wah, Junainah M Lojong, Megat Shahrizal, Alvin Wong, Amirah Razak, Danish Adam
Syarikat Produksi:
Pengedar: Skop Production
Genre: Psikologi / Thriller
Durasi Tayangan: 86 minit
Tarikh Tayangan:18 Julai 2024
Trailer:
Berlatarkan rumah perlindungan untuk gelandangan, Lubuk mengisahkan tentang Lai (Chew Kim Wah) yang mendaftar masuk ke pusat komuniti tersebut setelah melarikan diri dari rumah adiknya. Dirwan (Tony Eusoff), pengurus rumah perlindungan tersebut yang membawa Lai dan penghuni lain menetap di situ sementara ibunya, Titi (Junainah M Lojong) menguruskan Kebajikan penghuni di situ.
Lai menghidap penyakit dementia tahap awal dan tanda-tanda tersebut mula mengganggu tidur malamnya di situ. Dia sentiasa terjaga dari tidur setelah mendengar suara dan kemudian hilang ingatan pada keesokan harinya. Lai cuba berkawan dengan penghuni lain tapi tak semua ramah seperti Tan Meng Kiat (Alvin Wong) dan Shahrul.
Lai mula berkongsi tentang perasaannya bila Lillian dan beberapa penghuni lain hilang sebab kesemuanya hilang dengan alasan diambil oleh keluarga dan pergi pada waktu malam. Pattern tersebut kelihatan janggal kerana kesemua mereka adalah gelandangan yang tak dipedulikan oleh ahli keluarga. Kalaupun pulang ke rumah keluarga, kenapa kesemua mereka pulang pada waktu malam walhal rumah perlindungan tersebut terletak di kawasan yang terpencil.
Naskhah Lubuk menggunakan genre psikologi thriller untuk menceritakan jenayah kejam yang dilakukan oleh Dirwan dan ibunya, Titi terhadap gelandangan. Boleh kata licik juga lah mereka berdua sebab tak ada yang peduli pun dengan gelandangan jadi bila ada yang diculik atau dibunuh pun tak ada siapa yang tahu tambah pula mereka berdua tak hidup dengan mewah. Jenayah dalam filem Lubuk bukan sesuatu yang baru sebab dah banyak filem mengambil inspirasi dari jenayah sebenar yang berlaku tapi untuk industri perfileman Malaysia, mungkin Lubuk antara yang terawal.
Ada beberapa babak yang menakutkan dalam filem Lubuk macam babak Lai ternampak darah pekat yang keluar dari pintu bilik stor ataupun suasana di laluan hostel pada waktu malam. Musik latar juga mengukuhkan lagi atmosfera seram dalam Lubuk sekaligus menguatkan lagi elemen thriller yang dimasukkan sampai lah pengarah putuskan untuk dedahkan rahsia Dirwan dan Titi.
Filem Lubuk mempunyai technical aspect yang cemerlang juga bila ada parallel scene di mana Herman tegur patung kertas dia patah tengkuk dan bila masuk ke hujung filem, watak dia senasib dengan patung kertas. Babak watak Lai dan Kathy yang terjumpa rahsia melalui tingkap bilik. Penglihatan mereka terhadap rahsia tersebut terbatas dan perlukan penjelasan lebih lagi, dalam masa yang sama naikkan lagi rasa ingin tahu tentang rahsia tersebut.
Dari awal lagi dah boleh nampak ada sesuatu yang shady dengan rumah perlindungan tu sebab penghuni paling lama stay dekat situ pun 3 bulan saja. Tak ada aktiviti sokongan pun untuk bantu penghuni dekat situ tambah kemahiran supaya boleh bekerja di luar. Talian telefon dan internet pun teruk sampai penghuni dekat situ tak boleh berkomunikasi dengan dunia luar. Semuanya melalui Titi dan Dirwan sahaja.
Walaupun idea filem Lubuk ni menarik tapi ada beberapa babak yang lemah sampai merosakkan penceritaan Lubuk. Macam babak ibu Kathy meninggal sampai dia wujudkan misi membalas dendam terhadap rumah perlindungan. Awal tu macam random lah penulis masukkan babak tu tapi bila watak Johan (Megat Shahrizal) bagitahu Kathy selalu bertukar kerja dan rumah perlindungan yang dia pergi mesti akan lingkup, dah boleh nampak watak Kathy ada agenda tersendiri.
Dialog dalam Lubuk ada masanya kuat tapi kebanyakan masanya kurang menyengat padahal cerita bergerak berdasarkan perbualan harian watak-watak di situ. Cringe jugak lah tengok conversation Herman dengan Kathy dalam bilik, mungkin sebab tak ada chemistry and both of them nampak canggung.
Watak Herman yang tiba-tiba muncul pun macam out of place and forced. Kalau penulis buat babak tegang antara Kathy dengan Dirwan pun dah boleh lead cerita untuk pergi kepada pendedahan rahsia jenayah rumah perlindungan tu. Babak Kathy mengintai macam tak perlu masukkan pun sebab dia intip Titi dan bukannya Dirwan dan Johan. Buat apa masukkan kalau tak ada perkembangan watak dan continuity dari babak tu kan? Babak Lai buang supplemen yang diminum pun kelakar sebab dia luah balik tak jauh pun dari meja makan.
Pace filem Lubuk pun perlahan sedangkan ada banyak plot yang boleh dikembangkan supaya watak Johan dan Buyong (Danish Adam) tak lah terdedah identitinya dari awal lagi. Tak tahu lah orang lain tapi dari awal dua watak ni muncul pun dah boleh tahu mereka sebenarnya siapa. Sayang lah idea cerita dah cun tapi terkorban gara-gara execution lemah, sama macam filem Eva (2023).
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Yang bestnya ceritanya tak klise sebab kita mesti fikir ada yang selamat contohnya Kathy, dia pun mati jugak macam orang lain.
ReplyDeleteTapi saya tertarik menonton film ini karena ada Chew Kim ah. 😍😍😍. Sukaaa sangat dengan dia . JD memang film2nya banyak yg saya tonton.
ReplyDeleteTak apalah ada banyak holes di movie ini, at least bisa melihat CKA 😁.
Btw Kakak dah tonton horor TRINIL? Nak tahu review-nya 😄. Saya penasaran Krn yg main Fattah amin dan sutradara Hanung.