Cast: Liam Hemsworth, Russell Crowe, Luke Hemsworth, Ricky Whittle, Milo Ventimiglia
Production Companies: R.U. Robot Studio, Highland Film Group, Volition Media Partners
Distributors: The Avenue, Variance Films, Amazon Prime Video
Genre: Action / Thriller
Running Time: 114 minutes
Release Date: 16 February 2024
Trailer:
Land of Bad mengisahkan sekumpulan tentera udara ditugaskan dalam misi rahsia ke Filipina untuk mengambil ‘aset’ dari tawanan pihak lawan. Aset tersebut adalah perisik Central Intelligence Agency (CIA) yang ditugaskan untuk mengintip pergerakan pengganas kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai oleh Saeed Hashimi (Robert Rabiah), yang bertapak di kawasan hutan Filipina.
Tentera udara Sarjan JJ Kinney (Liam Hemsworth) dihantar bertugas dalam operasi rahsia tersebut walaupun hanya mempunyai pengalaman atas padang sebanyak dua kali. Kalau ikutkan rancangan asal, turun dan ambil tawanan sahaja sebab dalam rumah tu tak banyak pun pengawal tapi tak sangka pula geng militan Abu Sayyaf datang serang Victor Petrov (Jack Finsterer). Operasi yang sepatutnya diselesaikan dengan mudah bertukar tragedi kepada Kenny a.k.a Playboy.
Disebabkan serangan militan tu juga, misi dibatalkan serta-merta dan pulang ke pangkalan. Malangnya semua tentera meninggal dunia dalam operasi tersebut jadi terpaksa lah Kenny bergerak seorang diri ke koordinat yang diberitahu oleh Kapten Eddie Grimm a.k.a Reaper (Russell Crowe) yang bertugas di pangkalan dibantu oleh Staff Sarjan Nia Branson (Chika Ikogwe).
Naskhah aksi thriller Land of Bad arahan dan penulisan William Eubank mula dikarang sejak tahun 2012 kemudian mulakan penggambaran pada tahun 2022 selepas mendapat persetujuan dari pihak tentera. Walaupun menggunakan nama kumpulan militant yang sebenar tapi operasi di Filipina hanyalah fiksyen semata. Tak pasti lah kalau Saeed Hashimi tu diwujudkan berdasarkan pengganas sebenar Abu Sayyaf bernama Isnilon Totoni Hapilon, sebab muka lebih kurang.
Kalau berlatarkan perang dengan puak pengganas memang ada beberapa babak yang kejam dan ngeri. Sama macam dalam filem-filem Bollywood yang berkisarkan tentang kumpulan pengganas yang menyerang India. Tak ada belas kasihan pun kalau berhadapan dengan puak militant sebab dah kena brainwash untuk bunuh demi jihad. Semua jenis ekstremis sampai sanggup mati demi ketua.
Kekuatan filem Land of Bad terletak pada babak-babak aksi yang dipaparkan sepanjang operasi dan survival Kenny untuk pulang ke pangkalan. Berdebar tengok babak Kenny bertempur dengan militant masa Hornet diserang sampai terpaksa batalkan misi menyelamat. Sinematografi dari Agustin Claramunt terlihat cantik untuk babak letupan RPG ataupun misil yang dilepaskan dari kedua-dua belah pihak.
Meskipun alur cerita Land of Bad tampak menarik pada first half, bila masuk second half dah mula timbul beberapa persoalan macam geng tentera yang kemaruk sangat layan March Madness dekat breakroom. Geram juga bila Kolonel Duz Packett (Daniel MacPherson) pun sama naik dengan anak buah padahal ada operasi genting melibatkan CIA.
Awal tu ingatkan dia tak terlibat tapi bila Kapten Reaper laporkan dekat dia, maksudnya dia terlibat lah kan? Tapi kenapa dia pergi sambung tengok basketball match sampai tak peduli langsung pasal operasi tu? Dia tak laporkan dekat atasan ataupun stay alert dengan mana-mana talian komunikasi pun. I faham lah Kolonel tu watak sampingan tapi merepeknya dia boleh bertenang tanpa perlu fikir mungkin operasi tu kena hantar backup team.
Sama juga dengan babak atas padang pun sebab pelik juga kenapa Reaper arahkan Kenny untuk pergi ke tempat evacuation yang baru sedangkan tapak asal tu dah clear. Tak diceritakan pun kenapa Reaper bagi arahan macam tu padahal tapak evacuation asal tu lagi senang untuk dia assist Kenny dengan dron dia.
Ada banyak juga babak sepatutnya diperjelaskan lagi sebab yang tengok filem Land of Bad ni bukannya tentera tapi orang awam. Kenapa tentera udara Filipina tak masuk campur bila ruang udara ada dron tentera US pun tak pasti. Mungkin sebab kawasan tu penuh dengan Taliban jadi tentera Filipina tak nak masuk campur tapi a better explanation would be nice.
Kalau nak sembang bab fakta dan realiti memang panjang lagi lah review ni sebab ada banyak loopholes pada skrip tapi filem Land of Bad menarik untuk ditonton sebagai commercial action flick. Filem ni bukannya macam Saving Private Ryan tapi more to Rambo atau Baaghi 2 (2018) punya style. Tengok dekat babak Kenny pelik kenapa dia kena join team Tier 1 dalam operasi tu pun dah boleh agak ke mana hala tuju filem Land of Bad.
Though it is not that good tapi boleh juga la orang awam faham macam mana kerja drone pilot dekat pejabat tu. Nampak macam tengok monitor je padahal tengah jaga nyawa orang yang jauh berbatu dari dia. Salah koordinat, salah anggaran masa, boleh gagal sesebuah operasi. Menarik juga bila penulis letak false belief tentang teknologi yang digunakan Kenny dan Reaper tapi buktikan sebaliknya di hujung cerita. It’s an underpaid job and it’s hard so thank you for your service.
'Listen up, Fruit Loop. Let me tell you a story. You can fight with all your robots and your Reaper and cell phones all you want. At the end of the day, when the technology fails, and all your batteries and your bullets run out, you know and the Sun fucking explodes, war comes down to one very simple thing. And that's man killing a man. Just takes one shit day to change your whole perspective.'- Sgt. Bishop (Ricky Whittle)
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Menarik untuk ditonton ni, FJ.
ReplyDeleteokay kesimpulan nya lepas baca ni okayy xmo tgk hahahah
ReplyDelete