Production Companies: T-Series Films, Wakaoo Films, White World Productions
Distributor: Panorama Studios, AA Films
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 131 minutes
Release Date: 15 August 2024
Trailer:
Filem Khel Khel Mein mengisahkan tentang sekumpulan rakan yang terdiri daripada 3 pasangan juga Kabir Deshmukh (Fardeen Khan) yang datang bersendirian dan berkumpul di majlis pertunangan Radhika (Diljot Chhabra), adik kepada Vartika (Vaani Kapoor). Sebaik saja habis majlis tersebut, mereka semua berkumpul di bilik Vartika lalu penulis novel tersebut mencadangkan supaya mereka main satu permainan di mana semua orang akan tahu rahsia masing-masing melalui panggilan, teks atau e-mail yang masuk ke smartphone masing-masing.
Idea tersebut tercetus apabila mereka semua membahaskan tentang rakan mereka yang baru saja bercerai. Para suami bertegas bahawa rahsia adalah rahsia dan mereka tak perlu masuk campur hal peribadi rakan sendiri tapi si isteri pula sebaliknya. Lalu semua bersetuju untuk main Truth Game walaupun Dr. Rishabh Malik (Akshay Kumar) ragu-ragu untuk turut serta.
Sepanjang permainan tersebut berlangsung, banyak rahsia yang terdedah dan hampir berlakunya pergaduhan dan penceraian antara mereka semua.
Naskhah Khel Khel Mein arahan dan penulisan Mudassar Aziz merupakan official remake dari filem Perfect Strangers (2016) arahan Paolo Genovese. Sebelum ni dah pernah layan filem Itali so mungkin akan ada perbandingan sedikit sebanyak antara dua filem.
Dari genre filem sendiri dah ada perbezaan yang besar sebab original film guna genre drama sementara filem Khel Khel Mein adalah comedy drama. Babak awal di mana Dr. Rishabh Malik berjumpa dengan Kadambari Kapoor (Chitrangada Singh) di lapangan terbang pun dah banyak penipuan yang dia buat tapi kelakar. Dekat situ dah tarik perhatian untuk tengok macam mana watak Dr. Rishabh nak survive dalam permainan yang isteri dia sendiri buat.
Sama juga dengan watak Vartika sebagai watak yang mengalami masalah dalam perkahwinan gara-gara berkahwin dengan duda. Tak mampu nak adapt dengan perangai Dr. Rishabh satu hal, nak belajar jadi ibu secara express kepada remaja perempuan pun memenatkan juga lah. Disebabkan dia tak mampu nak emote dengan bagus sangat, watak dia nampak lemah dan privileged tapi diselamatkan oleh kehadiran Akshay Kumar dalam beberapa babak bersama.
Watak Hapreet a.k.a Happy (Tapsee Pannu) nampak menyerlah dalam filem komedi terbitan T-Series Films ni padahal dia jarang berlakon dalam genre komedi. Menggelabah muka dia bila rahsia bocor masa on call dengan kawan baik dia, Sandhya (Bhumi Pednekar). Kalau Akshay Kumar reunite dengan Fardeen lepas filem Heyy Baby (2007) dan Chitraganda Singh selepas filem Desi Boyz (2011), Tapsee pula reunite balik dengan Bhumi Pednekar selepas filem Saand Ki Aankh (2019). Nama Sandhya pun sama dengan tajuk filem so it’s a good reference. Lakonan Pragya Jaiswal sebagai Naina yang kaya tetapi sunyi pun bagus juga.
Sinematografi Manoj Kumar Khatoi yang dikukuhkan oleh music album hasil gubahan oleh Tanishk Bagchi memeriahkan suasana Khel Khel Mein yang berlatarkan majlis perkahwinan di India. Lagu romantik Duur Na Karin perjelaskan lagi kisah cinta Dr. Rishabh dengan Vartika dengan chemistry yang cantik bersama. Sebelum ni Akshay dengan Vaani dah berlakon dalam filem Bell Bottom (2021) so it’s another reunion with longer screentime sebab dalam previous film tak banyak pun moment diorang.
Filem Khel Khel Mein ditayangkan di Netflix sekarang jadi siapa yang suka genre komedi drama boleh lah tengok filem ni. Kalau tanya I suka yang mana, I akan pilih Khel Khel Mein sebab lebih seronok dan menghiburkan. Ending pun berani sebab kesemua tujuh watak betul-betul dedahkan rahsia dan hidup dengan kenyataan tersebut, berbeza dengan filem Perfect Strangers.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 8.3/10
Nanti nak coba nonton..perfect strangers ini banyak dibuat remake yaa. Versi Indonesia pun ada. Tp baru setengah jalan saya macam tak nak lanjutkan 🤣. Mungkin kalo dibuat komedi lebih oke
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Nanti nak coba nonton..perfect strangers ini banyak dibuat remake yaa. Versi Indonesia pun ada. Tp baru setengah jalan saya macam tak nak lanjutkan 🤣. Mungkin kalo dibuat komedi lebih oke
ReplyDelete