Movie Review | Jatuh Cinta Seperti di Film-Film (2023)

Saturday 12 October 2024


Pengarah: Yandy Laurens 
Penulis Skrip: Ernest Prakasa, Suryana Paramita
Pelakon: Ringgo Agus Rahman, Nirina Zubir, Alex Abbad, Sheila Dara, Dion Wiyoko, Julie Estelle 
Syarikat Produksi: Imajinari, Jagartha, Trinity Entertainment, Cerita Films
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 30 November 2023 (Indonesia), 29 Mac 2024 (Netflix) 
Trailer:



‘Tapi untuk apa buat film hitam putih? Saya susah jualnya kalau filmnya hitam putih, Gus. Aku sudah pernah membuat film hitam putih. Penonton harus diingatkan bahwa film ini hitam putih. Di tengah film, mereka bisa keluar, tanya penjaga bioskop apa proyektornya rusak. Disangka film rusak, Gus. Film rusak.’ - Pak Yoram (Alex Abbad)

Masa tengok trailer pun ragu-ragu nak layan full movie ataupun tidak sebab hitam putih tapi sebab Blogger Fanny_dcatqueen bagitahu pernah tengok filem Jatuh Cinta Seperti di Film-Film, I pun proceed layan dekat Netflix. 

Filem bermula dengan babak Bagus Rahmat (Ringgo Agus Rahman) pitch idea untuk skrip filem romantik komedi yang diambil dari kisahnya bersama Hana (Nirina Zubir). Bagus bertemu semula dengan Hana di sebuah pasaraya ketika membeli barang dapur. 

Bagus menyimpan perasaan terhadap Hana namun setelah wanita tersebut berkahwin, mereka lost contact. Takdir pertemukan mereka semula setelah suami Hana meninggal 4 bulan lepas dan akibat peristiwa tersebut, Hana mengalami kemurungan. Setiap pertemuan mereka diceritakan semula dalam skrip namun hanya dari perspektif Bagus. 

Skrip tersebut tidak diterima dengan baik oleh rakan baiknya, Celine (Sheila Dara) yang bekerja sebagai editor filem. Celine berpendapat bahawa Hana ada hak untuk tahu mengenai skrip tersebut dan Bagus juga perlu mendapat keizinan dari Hana sebelum filem tersebut dibikin. Bagus mengendahkan saranan Celine kerana filemnya itu adalah surprise gift untuk Hana sekaligus menjadikan medium untuk dia melamar Hana. 

Pertama kali layan karya sutradara Yandy Laurens baik filem panjang atau serial web. Seronok layan perjalanan kisah Bagus dan Hana walaupun pace agak perlahan tapi tak ada masalah kalau tengok di Netflix sebab boleh ubah speed setting. 

Menggunakan hitam putih juga terlihat kreatif sebagai estetik keindahan kisah tersebut. Personally, I prefer visual berwarna sebab ada beberapa babak yang terlihat dull terutamanya babak di toko bunga milik Hana. Ada sebabnya kenapa pengarah putuskan untuk menggunakan hitam putih jadi kita hormat keputusan tu. 

Naskhah Jatuh Cinta Seperti di Film-Film mempunyai banyak babak perbualan Hana dan Bagus namun ada isinya dan momennya yang tersendiri. Macam watak Hana mempersoalkan siapa yang akan menonton filem yang mempunyai pasangan utama berusia. Di Hollywood dan Bollywood dah banyak tapi untuk industri filem Indonesia dan Malaysia masih belum banyak. Kebanyakan romantik komedi menggunakan pasangan muda sebagai pelaris. Sama macam Pak Yoram yang ingin menggunakan Dion Wiyoko dan Julie Estelle untuk peran utama. 

Perbualan Hana dan Bagus mencuri perhatian kerana dibikin natural dan bersahaja, banyak juga ilmu tentang pembikinan filem yang diselitkan supaya penceritaannya terasa santai dan ringan sedangkan mempunyai sub-plot tentang kemurungan dan cabaran Bagus untuk menyiapkan skripnya dalam masa yang singkat setelah ketahuan oleh Hana. 

Lakonan Ringgo dan Nirina menghidupkan lagi watak Bagus dan Hana sampai kita terpedaya bila pengarah tukar watak-watak utama kepada Dion dan Julie. Bukan sesuatu yang sukar untuk Nirina dan Ringgo bekerja dalam projek yang sama kerana mereka sudah bekerja bersama sejak tahun 2007 lagi dalam franchise film Get Married. 



Soundtrack romantis Bercinta Lewat Kata dendangan Donne Maula dan Sudut Memori dari Yura Yunita menjadi pelengkap kepada sinematografi garapan Dimas Bagus. Lirik yang dimasukkan menguatkan lagi screenplay untuk elemen drama pada watak Bagus dan Hana. Tak hairanlah kalau naskhah Jatuh Cinta Seperti di Film-Film tercalon dalam kategori Filem Terbaik di Festival Film Bandung 2024.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.