Movie Review | IF (2024)

Friday, 25 October 2024


Director: John Krasinski
Writer: John Krasinski 
Cast: Cailey Fleming, Ryan Reynolds, John Krasinski, Fiona Shaw, Phoebe Waller-Bridge, Louis Gossett Jr., Steve Carell
Production Companies: Sunday Night Productions, Maximum Effort
Distributor: Paramount Pictures
Genre: Fantasy / Comedy / Drama
Running Time: 104 minutes
Release Dates: 8 May 2024 (France), 17 May 2024 (United States)
Trailer:


Sementara menunggu pembedahan jantung ayahnya (John Krasinski) di Knight Country Hospital, Bea (Cailey Fleming) ke apartment neneknya, Margaret (Fiona Shaw) di New York. Keadaan tersebut sama seperti ketika Bae kecil di mana ibunya (Catharine Daddario) menghidap kanser dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Kerana trauma tersebut, Bae kembali terimbau kenangan lama sehingga dia tersedar apabila ada sesuatu bersembunyi di dalam almari. Apabila dicari, tiada apa pun yang dijumpai. 

Keesokan harinya juga sama tapi kali ni Bea ternampak seorang lelaki dewasa bernama Cal (Ryan Reynolds) datang memujuk makhluk berwarna ungu bernama Blue (Steve Carell) di sebuah rumah. Akibat ditegur oleh makhluk berupa rama-rama dan boleh bercakap, Bea pitam di situ. Ketika sedar rama-rama tersebut memperkenalkan diri sebagai Blossom (Phoebe Waller-Bridge). 


Bea terjaga di apartment milik Cal, selang beberapa tingkat dari apartment Margaret. Di sana Bea diberitahu tentang kewujudan imaginary friends a.k.a IF yang akan lenyap dari dunia manusia sekiranya tidak menjumpai tuan baru setelah dilupakan oleh tuan lama. Blossom percaya Bea akan membantu Cal mencari tuan baru untuk semua IF yang ada di Memory Lane Retirement Home kerana hanya Bea saja yang boleh melihat mereka semua. 

Bea tak ada masalah untuk mulakan tugasan tersebut tapi Cal seperti tidak menyukai kehadiran Bea di situ. Ketika melawat ayahnya di hospital, Bea berkenalan dengan Benjamin (Alan Kim) dan mula mencari IF yang sesuai kepada kanak-kanak aktif tersebut tapi malangnya tak ada satu pun yang sesuai. Tak putus asa dengan kegagalan tersebut, Bea mengenal kesemua IF dan mencari tuan lama mereka. 


Naskhah IF arahan dan penulisan John Krasinski menggunakan tema imaginary friends yang diwujudkan oleh kanak-kanak terutamanya yang kesunyian seperti Bea. Tak hairan lah kenapa Bea boleh nampak semua IF yang ada bila dia kembali ke apartment Margaret. Sekurang-kurangnya Bea tak terfikir sangat tentang pembedahan ayah dia yang belum tentu akan selamat. 

Filem IF walaupun menggunakan genre fantasi melalui kewujudan IF dan komedi dari watak Cal tapi emotional journey watak Bea dan keluarga dia agak sedih sebab dari awal lagi dah dipaparkan beberapa footage Bea membesar dengan ibu dia. Bila dapat tahu ayah dia pula masuk hospital, makin bertambah simpati dengan watak Bea sebab parents sakit bersilih ganti. For sure ayah dia tak ada banyak masa untuk temankan Bea disebabkan sakit dia. 


Bila Bea spend time dengan Cal, Blossom dan Blue, rasa seronok tengok dia happy. Umur dia baru 12 tahun tapi dah dapat ujian besar macam tu. Sinematografi filem IF menggunakan gabungan warna yang ceria sesuai untuk target audience mereka, kanak-kanak. Penggunaan VFX mengukuhkan lagi penceritaan fantasi dalam dunia Bea dan IF. Seronok tengok lawatan singkat Bea ke Memory Lane Retirement Home. 

Masa tengok filem ni tertanya-tanya juga siapa sebenarnya watak Cal. Adakah dia juga senasib dengan Bea yang mempunyai kelebihan untuk nampak semua IF dan berkhidmat kepada mereka sampai dia pilih untuk bersara? Tapi jawapan tu ada di hujung filem IF bila watak Bea kenal siapa sebenarnya Cal. Kalau kita yang dewasa ni tengok filem IF, mungkin dah boleh agak siapa Cal sebab banyak sangat hint yang pengarah bagi dari awal cerita sampai ke penghujung. Bila Bea kenal siapa Cal boleh nampak lah kenapa wajah Cal lebih kurang dengan ayah dia dan kenapa karakter pun sama. 


Filem IF ada kekurangan juga lah bila pengarah tak tumpukan perhatian pada details macam watak ayah Bea yang sakit di hospital tapi nampak sihat. Muka tak pucat langsung setiap kali Bea datang melawat. Tak ada pun any device yang monitor jantung atau blood pressure ayah dia sebelum operation padahal major operation. Penulis pun tak kembangkan sangat bonding Bea dengan ayah dia so bila klimaks muncul, elemen drama tu tak lah kuat tapi sebab simpati tu dah ada dari awal jadi senang lah nak sedih tapi cepat sedih tu hilang bila Margaret cakap tak ada benda sangat pun jadi dekat ayah Bea. So I macam confuse tone movie ni sebenarnya nak ke arah mana. 

Babak Bea, Cal dengan Blue pergi mencari tuan asal Blue pun merepek juga lah sebab boleh melepak sekali dekat pejabat tu. Pelik juga lah nenek dia kerja apa sebab dia tak peduli sangat pun dengan Bea yang berjalan merata dekat bandar New York dan balik lewat malam.


Anyway, melalui kewujudan IF, penulis mengajar tentang konsep keyakinan diri dan belajar untuk terima takdir hidup seadanya. Sedih tengok ending filem IF tapi okay lah untuk tontonan santai bersama keluarga. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.