Movie Review | How to Make Millions Before Grandma Dies (2024)
Friday, 18 October 2024
Director: Pat Boonnitipat
Writers: Thodsapon Thiptinnakorn, Pat Boonnitipat
Cast: Putthipong Assaratanakul, Usha Seamkhum
Production Company: Jor Kwang Films
Distributors: GDH, Netflix
Genre: Drama / Comedy
Running Time: 125 minutes
Release Date: 4 April 2024
Trailer:
M (Putthipong Assaratanakul) merupakan game streamer dan telah berhenti dari universiti untuk jadi streamer sepenuh masa. Semasa ulangtahun kematian datuknya, M melawat neneknya, Mengju (Usha Seamkhum) bersama ibu dan dua orang lagi pakciknya. Semasa membersihkan kubur, Mengju memberitahu hasratnya untuk dikebumikan di plot yang besar.
Kerana bergaduh dengan M, Mengju terjatuh lalu segera dibawa ke hospital. Di sana, doktor memaklumkan kesemua waris untuk bersedia menghadapi kemungkinan Mengju akan meninggal dunia dalam masa terdekat kerana sel kanser telah merebak. Kesemua anak-anak bersepakat untuk tidak memberitahu Mengju khabar buruk tersebut.
M mendapat peluang untuk mewarisi harta Mengju seperti sepupunya, Mui (Tontawan "Tu" Tantivejakul) semasa datuk mereka meninggal kerana Mui menjadi caretaker sehingga lah orang tua tersebut meninggal dunia. Sebelum pergi ke rumah Mengju, M sudah pun mengiklankan rumah Mengju di Talat Phu untuk dijual.
Fasa awal menjaga Mengju agak susah untuk M kerana neneknya sudah biasa hidup seorang diri. M pun bukanlah rajin sangat untuk membantu apatah lagi kena bangun awal untuk bantu Mengju meniaga di warung. Neneknya juga cerewet bila masuk bab makan ataupun cara buat kerja. Lama-kelamaan M semakin pandai mengambil hati Mengju dan gembira tinggal bersama sampai lah anak kesayangan Mengju, Kiang (Sanya "Duu" Kunakorn) datang untuk mengambil alih tugas menjaga.
Naskhah komedi drama arahan Pat Boonnitipat yang mendapat kutipan tertinggi di Thailand, Singapura dan Malaysia semasa ditayangkan merupakan filem debut dia sebagai pengarah. Skrip filem How to Make Millions Before Grandma Dies diinspirasikan dari pengalaman penulis menjaga neneknya ketika pandemik Covid-19 melanda dan bagaimana neneknya tidak mewariskan sebarang harta kepada anak atau penjaga setelah meninggal dunia.
Babak Mui bercerita tentang pengalaman dia menjaga datuknya tu lebih kurang sama dengan plot utama Knives Out (2019) bila caretaker yang mewarisi semua harta si mati. Dan filem How to Make Millions Before Grandma Dies agak bercanggah dari tajuk sebab I seriously expect M akan cari duit berjuta sebelum nenek dia mati rupanya tak lah sangat.
Tapi fakta tu tak lah mengganggu gugat sangat penceritaan yang bagus antara M dan Mengju bila impak yang ditinggalkan tu agak kuat. Ada banyak moment yang relatable macam Mengju dodoikan M sebab cucu dia takut hantu walaupun dah besar panjang. Kelakar pun ada juga sebab dari kecil sampai besar perangai dia tak berubah. Teringat lah dulu bila balik kampung nenek I pun suka suruh tidur cepat sebelum hantu datang ambil. Bezanya, dah besar I tidur sendiri lah bila balik kampung walaupun tidur sebelah nenek.
Macam yang penulis bagitahu, ada pergaduhan antara anak perempuan dengan si nenek. Sama juga macam dalam filem ni bila ibu M, Sew (Sarinrat "Jear" Thomas) selalu terasa hati bila ibu dia menangkan sangat abangnya, Kiang dan adiknya, Soei (Pongsatorn "Phuak" Jongwilas). Setiap kali berjumpa ada saja yang tak kena, sekecil-kecil perkara pun boleh jadi bergaduh. Antara sebab juga kenapa M tak berapa rapat dengan Mengju. Boleh faham lah kenapa laju sangat dia iklankan rumah Mengju walhal orang tua tu belum mati pun lagi.
Sebab tu I cakap filem ni meninggalkan impak sebab ada beberapa momen yang relatable. Dalam masyarakat Asia ni, entah kenapa mudah sangat si ibu sebelahkan anak lelaki walaupun perangai teruk macam Soei. Dengan anak perempuan ada saja tak kena. Bila tanya mulut, kata sayang tapi bila tengok dari perbuatan memang menikam hati benar. Masa Mengju mengamuk dekat abang dia yang dapat semua harta pusaka keluarga tu rasa kesian juga lah tapi sudahnya dia buat benda yang sama juga. Asian mother, haiyaaaa.
‘Why won't you ever let me come first place? Where's my spot? Where the hell do you put me? Give me an answer! Answer me, Grandma! You're a fool... for loving the wrong person.’ – M
Walaupun ada topik generational trauma yang dimasukkan tapi keputusan M untuk menjaga Mengju sedikit demi sedikit ubah persepsi generasi lama terhadap generasi baru dan sama juga sebaliknya. Secara perlahan perspektif negatif terhadap Mengju berubah sampai ke penghujung. Tak hairan lah bila M ketuk keranda Mengju kali terakhir tu rasa sebak sangat. Faham lah kenapa ramai yang menangis dan faham juga kenapa Thailand hantar filem How to Make Millions Before Grandma Dies ke Oscar tahun ni. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Tengok cerita ni sedih, salah satu sebabnya teringat pd mak sendiri yg baru pergi bulan Mac tahun ini.
ReplyDelete