Movie Review | CTRL (2024)

Thursday, 17 October 2024


Director: Vikramaditya Motwane
Writers: Vikramaditya Motwane, Avinash Sampath, Sumukhi Suresh
Cast: Ananya Panday, Vihaan Samat, Devika Vatsa, Kamakshi Bhat, Suchita Trivedi, Samit Gambhir, Ravish Desai, Aparshakti Khurana
Production Companies: Saffron Magicworks, Andolan Films
Distributor: Netflix
Genre: Thriller
Running Time: 99 minutes
Release Date: 4 October 2024
Trailer:


Nella (Ananya Panday) dan Joe (Vihaan Samat) menjadi social media influencer couple yang terkenal di Delhi sejak 5 tahun bersama. Kebanyakan content mereka dirakam kemudiannya dimuat naik di Youtube dan Instagram sehingga lah satu hari, Joe kantoi curang dengan perempuan lain bila Nella rakam video kejutan bersempena ulangtahun mereka yang ke-5. 

Bukan saja Nella terkejut dengan kelakuan Joe malah semua audience yang menonton juga. Malangnya, netizen menyalahkan Nella bila dia bertindak menyerang Joe di restoran tersebut. Akibat patah hati dengan pengakuan Joe, Nella hapuskan akaun NJOY dan halau Joe keluar dari rumahnya. 


Nella menggunakan apps yang baru saja dilancarkan oleh syarikat MANTRA iaitu CTRL di mana segala jejak digital boleh dihapuskan. Nella memilih avatar 'The Flirty Comic' dan menamakan Allen (Aparshakti Khurana) sebagai ‘rakan’ untuk padam semua fizikal Joe dalam gambar dan video milik mereka berdua. Proses tersebut mengambil masa selama 90 hari. 

Sepanjang tempoh masa tersebut, Allen juga menguruskan jadual kerja Nella sebagai content creator dan mengedit semua video Nella. Kerana skills AI yang kreatif dari CTRL, nama dan imej Nella berubah di alam maya sehingga dia dilantik sebagai duta apps CTRL. 


Satu hari, Joe Mascarenhas datang ke rumah Nella untuk berbincang tentang sesuatu yang mustahak. Tanpa pedulikan hal tersebut, Nella minta pengawal keselamatan untuk halau Joe keluar dari unit kediamannya. Dalam masa yang sama, Allen memadam mesej Joe supaya tak diketahui oleh Nella. Keesokan harinya, Joe dikhabarkan hilang dan Nella dapat tahu rahsia sulit dari syarikat MANTRA. 

Naskhah CTRL arahan Vikramaditya Motwane ditayangkan sebulan di Netflix selepas digital debut Ananya dalam web series, Call Me Bae (2024) di Amazon Prime Video. Sekali lagi Ananya bekerja dengan Vihaan Samat sebagai pasangan kekasih tetapi putus di tengah jalan. Watak Ananya sebagai gadis putus cinta boleh dikatakan agak repetitive dalam masa yang singkat but is it bad? Tak juga sebab CTRL ada jalan cerita yang menarik di mana penulis menggunakan tema keburukan AI dalam kehidupan manusia. 


Konsep app CTRL sangat menarik dan memudahkan hidup manusia dalam rutin seharian macam mana Allen menguruskan kehidupan Nella baik urusan kerja ataupun peribadi. Memang itu yang syarikat MANTRA mahu sebab syarikat gergasi yang mempunyai perniagaan dalam hampir semua sektor cuba untuk monopoli pasaran melalui app CTRL. 

Kalau ikutkan idea ni tak lah membahayakan pun sebab manusia masih lagi ada pilihan sama ada nak guna ataupun tidak khidmat tersebut. Contoh dia macam Skintific yang launch product dengan marketing strategy yang berlebihan sampai potong harga 50% untuk jual cushion. Ramai influencer yang promote supaya orang terpengaruh untuk beli. Tak menyalahi undang-undang atau bahaya pun tapi secara tak langsung mengancam jenama lain yang terpaksa dijual mahal sebab tak ada modal gergasi macam Skintific. Pilihan masih ada tapi yang tak guna rasa FOMO. Konsep ni ada juga dijelaskan dalam drama Black Mirror. 


Berbalik pada apps CTRL, awalnya nampak macam harmless pada pemikiran hamba kapitalis tapi bila difikirkan balik, apps ni ada bahayanya juga. Bila semua perkara diuruskan oleh AI, dekat situ lah MANTRA masuk jarum sebagai untuk hasut pengguna untuk hanya beli barang dari MANTRA. Boleh jadi sampai tahap mempengaruhi individu untuk ambil ubat-ubatan dari MANTRA juga. Yang sihat boleh jadi sakit sebab MANTRA nak naikkan jualan di bahagian perubatan. Macam agenda Profesor Klon yang nak tawan rakyat Metrofulus dalam Cicakman (2006). 

Penceritaan CTRL terlihat menarik dan kreatif dengan penggunaan screenlife visual dan dalam masa yang sama timbulkan rasa gerun sebab kita tahu Allen dengar semua perbualan juga perbuatan Nella. Apps yang sama naikkan nama Nella, apps yang sama juga jatuhkan Nella dalam sekelip mata dari data yang dia dapat melalui rutin seharian. 


Mesej sosial yang agak berat diketengahkan melalui penceritaan yang ringkas sebab kita sekarang menuju ke dunia AI. Kebanyakan social media platform dijadikan tempat berkongsi rutin seharian ataupun curhat. Kalau ikutkan MANTRA lebih kurang sama dengan Google yang monopoli hampir kesemua sektor. Baru juga launch apps Gemini AI yang kumpul data pengguna. Sama juga dengan apps X dengan feature GROK. Kita pula jenis tak baca terms and conditions, terus tekan I Agree. 

Watak Nella adalah cerminan semua orang awam yang tak ada pengetahuan dalam bidang IT macam watak Joe tapi kalau Joe tahu pun, tak jauh pun dia boleh pergi sebab hamba kapitalis macam kita takkan kuat untuk lawan syarikat gergasi macam MANTRA. Sebab tu ending filem CTRL ni realistik walaupun kita tahu Nella ada banyak pilihan tapi hujungnya Nella tetap perlu korbankan banyak perkara dalam hidup dia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Ok masuk langsung dalam list saya 😍😍😍. Apalagi kakak KSH rating pun tinggi 😄👍. Menarik ceritanya. Kalo dah menyangkut AI nih, wajib lah kita update juga, jangan sampai tak paham samasekali. Suka tak suka , memang AI dah masuk ke mana2 lini usaha.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.