Movie Review | Chandu Champion (2024)

Sunday, 6 October 2024


Director: Kabir Khan
Writers: Kabir Khan, Sumit Arora, Sudipto Sarkar
Cast: Kartik Aaryan, Vijay Raaz, Bhuvan Arora
Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Kabir Khan Films
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Video
Genre: Biopic, Sports, Action
Running Time: 142 minutes
Release Date: 14 June 2024 (India), 09 August 2024 (Amazon Prime Video)
Trailer:


Murlikant (Ayan Khan Sroha) membesar di sebuah kampung kecil bernama Peth Islampur di Maharashtra, India. Di usia yang muda, Murlikant tanam impian untuk menjadi atlet gusti dan menang pingat emas di Olimpik untuk India dan pulang sebagai hero. Bagi masyarakat India, menang pingat emas bukan saja disanjung tinggi malah kampung juga akan mendapat manfaat seperti keperluan asas – air dan elektrik. 

Malangnya impian Murlikant tak disokong oleh ayahnya sebaliknya dipaksa belajar seperti abangnya. Secara curi-curi, Murlikant berlatih dengan Ganpat, jurulatih gusti di kampungnya sehingga lah dia besar. Namun kerana saiz badannya yang kecil dan kurus, semua orang memandang rendah terhadap semangat dan kebolehan Murlikant. 


Murlikant (Kartik Aaryan) lari dari kampung dan berjumpa dengan sekumpulan lelaki muda di dalam keretapi menuju ke kem askar. Murlikant ikut nasihat Karnail Singh (Bhuvan Arora) untuk sertai tentera kerana ramai atlet terkenal negara juga menggunakan jalan yang sama. Di sana dia berjumpa dengan jurulatih Tiger Ali (Vijay Raaz) kemudiannya berjaya ke International Services Sports Meet 1964 di Tokyo. 

Selepas kegagalan filem biopic 83 (2023), Kabir Khan tak putus asa dan kembali dengan naskhah biopic Chandu Champion yang mengisahkan perjalanan hidup mengagumkan sebagai atlet negara. Sama macam filem 83, I tengok sebab Kabir Khan tapi kali ni extra sikit lah sebab pelakon utama adalah Kartik Aaryan, my favorite actor. 


Sejak pengumuman pembikinan Chandu Champion pada Julai 2022 lagi dah masukkan filem biopic ni dalam list. Beberapa gambar dikongsi oleh Kartik dan produser untuk tunjuk body transformation Kartik untuk watak Murlikant. Kalau ada yang tak tahu, Chandu bukan nama watak utama tapi adalah gelaran yang digunakan oleh orang kampung – Chandu (Loser). 

Filem Chandu Champion adalah filem kedua Kartik Aaryan bersama produser Sajid Nadiadwala selepas filem romantik Satyaprem Ki Katha (2023) dan projek pertama antara Kartik dan Kabir Khan. Sama macam Ranveer Singh yang transform sepenuhnya sebagai Kapil Dev, Kartik juga mendapat sentuhan yang sama untuk watak Murli dalam masa 14 bulan.


 Apa yang ditontonkan dalam trailer, macam tu lah juga yang berlaku dalam filem dan Kabir Khan juga tak sorok fakta Murlikant Petkar menang pingat emas di Olimpik. Instead of berdebar untuk tahu keputusan, pengarah guna formula bercerita tentang wira negara yang bersemangat waja dan ingin mencapai satu impian besar sejak kecil. 

Bila tengok filem Chandu Champion macam tak percaya Tuhan boleh wujudkan manusia yang kental semangat harungi semua ujian dalam hidup. Kalau Chandu Champion tak letak genre biopic, mungkin rasa semua benda yang berlaku tu rekaan semata. Lakonan Kartik Aaryan menghidupkan lagi watak Murlikant Petkar dengan cemerlang sepanjang 142 minit. 


Sepatutnya filem Chandu Champion dibikin pada tahun 2016 selepas Sushant Singh Rajput sign kontrak dan berjumpa Murlikant Petkar sebenar untuk prep role tapi pembikinan ditangguhkan akibat insiden tragis. Kabir teruskan juga pembikinan filem dengan Kartik Aaryan dan berjaya buktikan pada semua orang yang Kartik mampu carry watak berat untuk genre biopic dan menang anugerah Best Actor di beberapa award events tahun ni.

Lakonan pelakon sampingan seperti jurulatih Tiger Ali dan Karnail menguatkan lagi watak Murlikant. Kehadiran Topaz (Rajpal Yadav) masukkan elemen komedi sementara filem kupas tentang fasa kejatuhan Murlikant. Bhagyashri Borse mnecuri tumpuan juga sebagai penyeri dalam dunia sukan lelaki apabila dia muncul sekejap sebagai jurnalis sukan yang menyuntik semangat Murli. I wish to see her more in other films. Bhagyashri ada screen presence yang kuat di sebalik wajah cantik dan bakat lakonan yang bagus. 


Setiap babak disusun dengan baik supaya penceritaan semakin kuat dan menarik hingga ke penghujung. Kalau dalam filem 83, I geram ada banyak sub-plot tak membantu kali ni dalam Chandu Champion, Kabir Khan berjaya jumpa formula untuk pastikan momentum penceritaan berjalan dengan cantik didukung oleh dialog yang bagus. 

Keindahan sinematografi dari Sudeep Chatterjee yang terkenal dengan filem Dhoom 3 (2013), Bajirao Mastani (2015), Brahmastra: Part One – Shiva (2022) menguatkan lagi screenplay Chandu Champion yang berlatarkan dari kampung kecil sehingga lah ke skala besar, stadium Olimpik. Bukan saja beberapa babak terlihat indah malah mempunyai emosinya tersendiri seperti babak Murli di medan perang, dalam ring stage, babak Murli tengok matahari dari tingkap kapal terbang ataupun ketika nampak bendera India berkibar setelah sedar dari koma. 




Album musik Chandu Champion digubah sepenuhnya oleh Pritam bersama lirik yang dikarang oleh Amitabh Bhattacharya dengan menghadirkan lagu patriotism yang bagus seperti Sarphira dan Tu Hai Champion. Tepat lah pilihan Kabir untuk letak lagu Sarphira dekat second half sebab lagu tu betul-betul suntik semangat Murli dan penonton juga untuk terus sokong dia di Olimpik. 



Walaupun dah tahu perjalanan Murli, tetap juga menangis bila tengok klimaks sebab perasaan dan emosi tu kita dah carry dari saat dia dibuang oleh keluarga. Dia tak lah dibuang tapi abang dia larang Murli untuk balik ke rumah sebab terpaksa jaga sedangkan keluarga tak cukup masa dan tenaga. Ada betulnya cakap abang dia tapi hati mana lah tak sedih kan? 

Pendek kata, filem Chandu Champion memang layak dimasukkan dalam senarai Best Film di National Award memandangkan filem Kabir Khan dan Kartik Aaryan ni gagal terpilih untuk dihantar ke Oscar. Kecewa tapi bak kata Kabir Khan, ada rezeki dekat tempat lain. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. macam best nie..nak tengok lah nanti...linda memang suka tengok cerita dari kisah benar nie

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.