Movie Review | 18×2 Beyond Youthful Days (2024)

Monday, 7 October 2024


Director: Michihito Fujii
Writers: Michihito Fujii, Hirokawa Hayashida
Cast: Greg Hsu, Kaya Kiyohara
Production Companies: Jump! Boys, Babel Label
Distributors: Happinet Phantom Studios (Japan), Activator Co. (Taiwan), Netflix
Genre: Romantic / Drama
Running Time: 124 minutes
Release Dates: 14 February 2024 (Ambassador Theatres Taipei), 14 March 2024 (Taiwan), 3 May 2024 (Japan), GSC Cinemas (Malaysia), Netflix
Trailer:


Diadaptasikan dari kisah benar yang diceritakan di travelogue berjudul Wandering Journey on Slow Train in Japan (2014), Jimmy Lai (Greg Hsu), seorang game developer ambil keputusan untuk pergi ke Jepun setelah syarikat miliknya dijual akibat mengalami masalah kewangan. 

Sejak menceburkan diri dalam keusahawanan dan game developer, dia belum pernah lagi ke mana-mana. Hidupnya cuma dihabiskan dengan permainan video dan syarikatnya. Ketika mengemas barang di rumah keluarga, Jimmy terjumpa poskad yang dikirim oleh Ami (Kaya Kiyohara).


Berpatah balik ke 18 tahun sebelumnya, pada zaman remajanya di mana dia baru saja selesai sekolah menengah dan menunggu keputusan permohonan ke universiti. Jimmy bekerja separuh masa di sebuah pusat karaoke. Di sana Jimmy bertemu Ami, seorang gadis muda yang mengembara ke Tainan seorang diri. 

Nasibnya malang akibat disamun ketika makan angin di sana lalu meminta ihsan untuk bekerja di pusat karaoke tersebut sehingga dia punya cukup wang untuk travel ke destinasi seterusnya. Jimmy mula tertarik dengan Ami dan mereka sentiasa meluangkan masa berbanding pekerja lain. Tak ada masalah untuk Jimmy berbahasa Jepun gara-gara koleksi manga anime miliknya. 


Semasa makan malam sebagai tanda mengalukan kedatangan Ami, dia bercerita tentang pengembaraannya dan tunjuk semua lukisan yang diinspirasikan dari tempat-tempat tersebut. Terpesona dengan bakat Ami, Liu (Joseph Chang) minta Ami lukis mural di bangunan utama pusat karaoke tersebut sebelum berangkat dari Tainan. 

Naskhah 18×2 Beyond Youthful Days dari awal lagi dah boleh agak ke mana menghilangnya Ami sejak dia tinggalkan Tainan dan lost contact dengan Jimmy. Ditambah dengan pace filem yang perlahan menguatkan lagi atmosfera dan perasaan yang menyelubungi Jimmy setelah kehilangan syarikat yang dibina bersama Aaron. 


Kekuatan naskhah romantik drama arahan Michihito Fujii terletak pada keindahan sinematografi melalui lensa Keisuke Imamura yang standing dengan travelogue Jimmy Lai yang sebenar. Seronok tengok perjalanan Jimmy Lai di Jepun sebab ada tempat ikonik seperti Kamakura High School, latar tempat utama dalam manga Slam Dunk. 

Cantik sangat tempat bersalji masa Jimmy jumpa Koji (Shunsuke Michieda) dalam keretapi. I tak pernah tengok filem Love Letter jadi tak tahu apa makna tempat tu untuk penonton filem tersebut tapi yang pastinya tempat tu memukau. 


‘The people we meet on our travels leave something in our hearts. I wonder if I was able to leave anything on Ami’s?’ – Jimmy Lai

Bila tengok travelogue Jimmy Lai ni teringat gambar-gambar aesthetic koleksi Asahi TREASURE sebab dia orang Jepun dan suka pada aesthetic yang sama. Masa Jimmy pergi ke bandar Nagaoka, Jepun tu rasa cuci mata sekali sebab susunan bangunan, signage pun terletak kemas dan cantik. 


Lakonan Greg Hsu dalam filem ni pun biasa je sebab tak banyak yang diperlukan untuk menghidupkan cerita. Sama juga dengan Kaya Kiyohara yang sentiasa bersyukur bila berjumpa dengan Jimmy yang baik dan sentiasa jaga dia di Tainan. Kedua-dua pelakon secocok bersama untuk naskhah yang mementingkan visual pada seninya. 

Filem 18×2 Beyond Youthful Days bukan taste I kalau diikutkan dan mungkin tak akan tengok lagi tapi naskhah ni merupakan medium untuk bercerita tentang kekuatan dan semangat individu untuk mulakan kehidupan baru. Akan ada satu tahap kita cuba mencari diri kita pada titik yang pernah ditinggalkan dulu. Bila dapat closure, baru boleh move on ke titik yang lebih baru dan lebih besar. Sama macam Jimmy yang tutup lembaran dia dan Ami untuk kehidupan baru dengan syarikat baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.