Masa cuti Hari Malaysia bulan lepas kitorang plan pergi ke Zoo Negara sebab dapat tiket percuma untuk hari jadi. Dapat lah tebus dua tiket percuma Zoo Negara sempena birthday I dengan Farah. Dia pulak dah banyak kali ajak pergi ke Zoo Negara sebab nak tengok zirafah. Fariha pulak nak tengok panda. Sebelum panda say bye bye hujung tahun ni, kena lah pergi sana say hye.
Plan asal nak gerak pukul 7 pagi tapi hujan pula. Lagipun Zoo Negara buka pukul 10 pagi, kalau pergi awal pun nak breakfast dekat mana? Bukan masalah mahal tapi takut tak sedap. Kalau bawa ramai-ramai macam ni, makin banyak mulut berbunyi nanti. Sudahnya breakfast dekat rumah je lepastu gerak dua kereta jam 9 pagi. Hujan punya pasal, Waze bagi jalan banyak tol padahal kalau ikut Kepong straight je sampai Zoo Negara. Menguji kesabaran tapi siapa suruh percaya Waze hshshs
Masa sampai ni boleh kata awal juga lah sebab banyak lagi parking kosong dekat depan pintu utama, pintu A. Nampak ramai yang bawa payung dengan baju hujan bila masuk dalam Zoo Negara. Dekat sini tak ada restrictions untuk bawa masuk barang peribadi dan makanan. Menyesal juga tak pack air mineral banyak sikit sebab ramai sangat orang dekat sini.
Tak lama pun nak tebus tiket dekat kaunter tapi untuk yang tebus tiket percuma tu lama sikit lah sebab ada personal details kena isi dekat dalam borang secara manual. Dah dapat tiket masuk, kitorang bergambar dulu dekat pintu utama sebabtakut nanti hujan balik pastu tak dapat bergambar dah.
Benda pertama kitorang buat lepas masuk pintu gerbang Zoo Negara ialah rujuk peta dekat sini sebab rancangnya nak tengok semua tempat kalau tak hujan kecuali Dunia Kanak-Kanak. Tempat pertama kitorang singgah ialah
Taman Herba kemudian ke
Tasik Tunku Abdul Rahman & Sangkar Burung.
Lepas berjalan di dua tempat ni baru nampak langit cerah dan cantik lepas hujan lebat pagi tadi. Cuaca masa tu just nice lah sebab tak panas terik sangat since kipas I beli tu memang cap ayam. Baru berputar 5 minit dah lemah baterinya.
'Kakna, tu kawan hang.'
'Mana?!!'
'Tu harimau tu.'
Kandang harimau dengan singa dekat Zoo Negara ni besar tapi harimau lagi suka duduk jauh dari orang. Nasib kitorang baik juga lah sebab masa sampai dekat Tiger's Tunnel tu ada harimau yang datang dekat tengok rupa daging manusia.
Harimau dekat sini kenyang kena bagi makan dengan penjaga zoo sebab jinak macam kucing jugak. Masa ramai yang tengok dia siap bergolek atas tanah, nasib tak boleh pergi dekat je. Kalau tak mesti dah ada yang rub his belly.
Harimau putih ni comel macam keychain I beli dekat Mr. DIY dulu tapi keychain tu dah hilang.
Dekat Alam Mamalia Zoo Negara tak ada banyak sangat spesies binatang dekat sini tapi excited nak masuk sebab nak jumpa gajah. Dulu pergi Zoo Negara masa zaman sekolah rendah, I still remember there is one Chinese man kena siram dengan gajah. Habis basah baju dia. Kesian tapi kelakar. Kelakar sebab tak kena dekat diri sendiri. Kalau kena, dia jadi cerita lain.
Jauh okay pondok dengan sangkar gajah jadi tak merasa lah kena siram dengan gajah tu.
|
She's smiling kan?!!! |
Keluar dari
Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda, kitorang singgah kejap dekat Pusat Mawas untuk melawat Rokiah. Orang utan tak aktif sangat masa kitorang pergi tu sebab diorang tengah tidur. Mungkin sebab dah kenyang makan. Panggil nama pun Rokiah dengan Ana pun tak kena layan. Sama juga dengan cipanzi. Belajar satu benda lah bila cipanzi betina ada benjol warna merah jambu dekat pinggul sebab tengah musim mengawan.
Masa turun dari bukit panda tu singgah tengok unta yang keseorangan. Kesian tengok dia sebab tak ada kawan dekat situ. Kandang luas pun tak guna kalau seorang je. He looks sad and about to cry lahh htiberr jadi yang terpaling faham unta. Turun ke bawah kitorang singgah ke Savannah Walk sebab dekat sini ada zirafah. Walaupun dah tengok anak zirafah dekat tasik tapi zirafah dekat sini lagi besar.
Dekat Savannah Walk ni ada menara tinjau setinggi dua tingkat jadi boleh lah nak bergambar berlatarkan haiwan-haiwan dekat sini. Tapi jauh sangat binatangnya, bila ambil gambar nampak cenonet je. Dubuk dekat dalam kandang tu pun malas nak layan sebab dah kenyang teruk.
Rimba Reptilia ni pun tempat wajib pergi sebab dari rumah lagi Farah dah excited nak tengok pelbagai jenis ular.
'Adik nanti jangan pegang ular ea. Adik tu nak demam.'
'Aik, kenapa pulak? Apa kaitan demam dengan ular?'
'Tanya kakna.'
'Kakna, kenapa tak boleh tengok ular kalau nak demam?'
'Ermmm... hmmmm... sebab ular ada badi?'
'Eiii tah pape.'
Nasib baik lah semua ular dalam Rimba Reptilia ni duduk dalam bilik kaca jadi tak ada episod memegang ular dan bebelan panjang. Tak nak sembang banyak dan berlama-lamaan di Rimba Reptilia ni sebab tak suka ular. Tapi ular hijau tu tersangatlah comel jelir jelir lidah bagai. Ular lain ada yang menyorok, ada yang melingkar dekat tanah sebab dah kenyang makan. Dekat bahagian luar Rimba Reptilia ni ada tiga sangkar buaya, masa tu pun tengah lunch time so boleh lah tengok buaya makan walaupun seriau.
Lepas selesai dekat kawasan Rimba Reptilia, kitorang lunch dan solat Zohor dekat
The Wild Restaurant kemudian melawat Kompleks Beruang. Dari jauh, pokok hiasan dalam kandang beruang tu nampak macam dinosaur tapi I tak tahu pula ada kawasan dinosaur dalam peta rupanya salah tengok. Kalau dah rabun kan, ada juga lah sedikit portion delulu tu.
Dekat sini tak ada banyak sangat spesies beruang sebab ada 8 je itupun beruang matahari je yang melayan orang, yang lain lebih selesa berhibernasi. Dah nama pun beruang kan, memang shleep shleep je lah kerjanya, lebih kurang macam panda. Bezanya, beruang suka tidur dalam cuaca panas tu.
Kitorang masuk dalam 5 minit je dekat Muzium Lebah ni sebab tak ada apa yang menarik kecuali Aiskrim Malaysia panjang sampai boleh makan dua orang.
Dari awal masuk Zoo Negara sampai lah nak dekat dengan kandang Capybara & Oyen, Nurin cakap nak nyanyi lagu capybara tapi bila sampai dia malu pulak sebab ada ramai orang dekat situ.
Kandang yang ditaja oleh Power Cat ni antara kandang yang paling famous dekat Zoo Negara sebab ada Oyen. Tapi masa kitorang datang Oyen tengah tidur nyenyak. Bising pun dia tak terjaga langsung sebab dah kenyang makan Power Cat.
Berjalan ke sebelah kiri Zoo Negara ada
Zoo Negara Show Aphitheatre, antara tempat yang wajib pergi bila datang ke Zoo Negara sebab pertunjukan haiwan dia comel sangat. I lupa ada persembahan ni tapi just nice je timing kitorang sampai dekat sini. Tambah lagi satu pengalaman menarik dekat Zoo Negara. Lepas habis pertunjukan, turun bawah boleh tengok penguin berenang dan melepak. Comel tengok penguin berjalan tapi sebab panas berbahang dekat situ sebab semua air-cond dah letak dekat penguin, kitorang pergi ke Akuarium, tempat terakhir sebelum balik.
Lepas dah penat berjalan dekat dalam Akuarium untuk tengok semua spesies ikan termasuklah jerung which I'm quite surprised, kitorang rehat kejap dekat pondok dan beli aiskrim. Satu scoop dalam RM3 tapi sebab takut cepat cair so beli satu scoop je lah. Masing-masing lain flavour kan sebab walaupun berkongsi darah yang sama tapi tidak berkongsi citarasa. Tibehhhhh
Nasib baik lah pintu gerbang utama tak jauh pun dari tempat jual aiskrim ni sebab kaki masing-masing dah lenguh dah nak berjalan. Sikit lagi nak order buggy. Betul lah sangkaan sebelum masuk Zoo Negara, bila dah keluar nanti tak rasa nak bergambar dah. Masing-masing dah penat dan belemoih. Harga parking untuk satu hari di Zoo Negara ialah RM12.00 but it was worth it lah.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.