Book Review | Belantara (2019)

Wednesday, 16 October 2024

Penulis: Simon Malik
Penerbit: FIXI
Helaian: mukasurat / bab
Genre: Aksi / Thriller
Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama – 01 November 2019
Harga: RM (Semenanjung Malaysia), RM (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:


DuBois Berhad, nampak macam syarikat konglomerat biasa. Hakikatnya, ia melindungi kumpulan-kumpulan bayang yang menyelia kegiatan jenayah mereka.

Rooks dengan perniagaan dadah. Leo dengan pelacuran. Ursa dengan penggubahan wang haram.

Tugas Aisar sebagai ketua akauntan adalah untuk menutup jejak kewangan agar tidak dihidu oleh pihak berkuasa. Malangnya dia dihukum gantung kerja dan dibuang daerah akibat sebuah pergaduhan yang dia sendiri tidak ingat. Dan pergaduhan ini menyebabkan penimbang tara dunia jenayah, White Wolves untuk aktif semula di Bandar Klang.

Aisar yang hidup dalam buangan telah mula selesa. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Lynn di kampung. Tidak dia sedari, pergaduhannya tempoh hari merupakan titik mula pendedahan sebuah plot sinis terhadap DuBois. Dia dipanggil bekerja semula tapi hatinya memberontak keluar dari dunia jenayah.

Aisar mahu keluar atas nama cinta. Walau terpaksa menempuh sebuah perang saudara.

Review:

Sebelum ni I pernah baca novel karya nukilan Simon Malik and I wasn’t impressed at all with his storytelling. Tapi lepas 5 tahun, I pun dah lupa tentang novel Parcel (2017) tu dan tarik novel Belantara dari mini library adik. Cover dia mencuri tumpuan juga sebab tajuk dia belantara tapi ada satu saja pokok yang berakar dengan slogan ‘Corde Radicati’. Baca sinopsis pun menarik dengan genre thriller. 

Dunia Aisar bukanlah dunia yang baik pun sebab bergelumang dengan duit haram, penjualan dadah, senjata api dan dadah. Pekerjaan Aisar sebagai ketua akauntan mengimbangi kegiatan sah dan juga haram dalam satu masa. Kalau ikutkan Aisar cuma seorang lelaki biasa yang berasal dari Pahang dan pergi ke kotaraya untuk mencari kerja seperti orang lain. 

Disebabkan otak yang geliga sebagai akauntan, dia dapat jejak duit haram syarikatnya. Dek kerana tahu dosa syarikat, dia cuma ada dua pilihan, sama ada bekerja sebagai ketua akauntan ataupun mati. Siapa nak pilih mati? 

Latar masa Belantara sekitar tahun 2005 sebab ada tayangan filem Gol dan Gincu 1 di pawagam. I tahu latar masa pun dah dekat hujung cerita dah sebab masa tu Aisar dengan Zikri tengah kejar someone dekat Klang. Mungkin ada reference lain tapi I tak kenal Bandar Klang mahupun Pahang sebab tak pernah pergi sana. 

Selain Aisar atau nama gelarannya Ice dalam DuBois, kisah Zikri sebagai White Wolves pun menarik perhatian juga sebab dia sendiri tak tahu siapa ahli White Wolves yang lain. Kalau rahsia atau identiti terbongkar, ahli tersebut perlu dibunuh walaupun terbongkar oleh ahli White Wolves sendiri. Tak pasti lah kenapa prinsip organisasi ni pelik padahal ahli dia bagus belaka. 


I nak tahu juga macam mana Zikri atau ahli lain kena recruit dengan White Wolves. Sama macam Aisar yang tak sengaja tahu rahsia ataupun dapat tawaran dari ahli White Wolves sendiri sebab karakter Zikri lebih kepada berani dan reckless. Masa dia pergi jumpa Leo untuk confront pasal kes parking lot pun berani teruk. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk habiskan Belantara sebab penceritaan dia jelas walaupun ada banyak watak sampingan dengan pelbagai organisasi. Senang sangat nak kenal semua watak di sekeliling Aisar kecuali penulis berteka-teki tentang identiti Lynn. Love angle antara Aisar dengan Lynn pun tak lah kuat sangat tapi moment diorang berdua sweet juga untuk dibaca. Masa Aisar terpaksa dating dengan Red tu rasa macam not bad juga equation Aisar dengan Red sebab dalam dunia yang sama dan lebih memahami tapi tak mungkin lah both have chance together sebab Red adalah perempuan simpanan Leo. We don’t want that kind of conflict. 

Penulis gunakan genre thriller dan aksi dengan bagus untuk pastikan penceritaan Belantara kekal menarik sehingga ke hujung buku. Walaupun I penat nak imagine pertarungan tu tapi boleh nampak vision penulis yang letak Ice dan Zikri sebagai orang kuat DuBois. Selain mereka berdua, watak Kay pun mantap dengan karakter dia yang tegas dan mysterious. Jenis buat kerja secara diam tapi selesai. 

Kalau ikutkan pada ending, high chance akan ada sekuel sebab terbongkar lagi satu misteri tentang DuBois. Ending White Wolves sendiri dibiarkan tergantung so I hope Simon Malik tengah mencari idea untuk kembangkan lagi dunia organisasi haram ni. 

1. Author +1, 2. Plot +1, 3. Genre +1, 4. Social Message +0.6, 5. Personal Thought +0.7 = 4.3/5

2 comments

  1. Banyak membaca luas pengetahuan.
    Mantap!

    ReplyDelete
  2. Saya belum pernah baca buku2 Simon ini. Ntah kenapa tiap ke KL atau Penang, dan pergi ke bookstore yg saya pilih novel romantic biasanya. Jarang yg bertema thriller 😅. Boleh lah nanti saya cari juga

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.