Selaku “Home of Sports”, Astro hari ini telah mengumumkan bahawa saluran sukan Astro akan mengadakan naik taraf dengan memperbaharui nama dan juga nombor saluran, memberikan fokus lebih spesifik kepada sukan tertentu bermula pada 17 Oktober 2024. Naik taraf ini menawarkan pengalaman tontonan lebih baik dengan memudahkan penonton untuk mengenali sukan untuk setiap saluran tersebut. Ia juga akan menambah baik pengalaman tontonan, membawakan kandungan sukan yang menarik sekaligus menjadikan Astro sebagai destinasi penggemar buat sukan.
Dengan naik taraf ini, pengalaman menonton kandungan sukan menjadi lebih mudah. Perubahan ini bagi memastikan saluran kami menyediakan saluran sukan spesifik, menjadikan ia satu pengalaman tontonan terbaik untuk setiap kandungan sukan kegemaran mereka. Sebagai contoh:
• Astro SuperSport 1 & 2 akan di naik taraf kepada Astro Premier League 1 & 2 (CH811 & CH 812), menawakan kesemua siaran perlawanan secara langsung dan juga ulangan Liga Perdana Inggeris.
• Astro SuperSport 4 akan di naik taraf kepada Astro Football (CH814) menawarkan siaran perlawanan liga bolasepak seperti Conmebol WC dan juga kelayakan AFC.
Pelanggan juga boleh mendapatkan butiran naik taraf saluran sukan di sini:
1. Hubungi kami melalui WhatsApp di +603 9543 3838 dengan menaip “HI”
2. Website – https://promotions.astro.com.my/details/SportsChannel2024
Naik taraf saluran sukan tidak akan memberi gangguan kepada pengalaman menonton, dan para pelanggan boleh menikmati setiap program dan juga program rakaman seperti biasa. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai nombor saluran, sila layari https://promotions.astro.com.my/details/SportsChannel2024
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.