Lirik Lagu 'CLIK CLAK' - BABYMONSTER

Thursday, 31 October 2024


Sebelum ni YG dah announced tak nak buat promo untuk album baru BABYMONSTER sebab taknak rival company tiru konsep talent diorang tapi bagus betul Youtube buat kerja sebab suggest music video Clik Clak sebab I tak follow pun their latest news. Lagu Clik Clak antara lagu yang unik untuk BaeMon sebab semua ahli rap dalam lagu ni jadi line masing-masing tak dibahagikan sama rata terutamanya vocal line. 

Happy tengok Chiquita dapat banyak line dalam Clik Clak apart form being the visual sebab screen presence dia always perform dari lagu debut lagi. Walaupun Pharita tak boleh serlahkan kekuatan vokal dia tapi tetap understood the assignment. 


Pengarah Yang Soonsik untuk music video Clik Clak adalah pengarah yang sama buat music video King Kong - TREASURE. Pemilihan hitam putih kuatkan lagi lirik Clik Clak dengan genre hip hop, kukuhkan juga aura BABYMONSTER sebagai generasi baru YG. Ada banyak transition menarik dalam music video Clik Clak and my favorite is when Ruka dropped her phone. 

Kelakarnya dalam MV ni Baemon banyak chilling dekat tepi jalan, main basikal lepastu chill dekat belakang kereta sebab masing-masing tak cukup umur lagi untuk ambil lesen. But still the MV looks cool! You guys should watch the MV!


LIRIK LAGU CLIK CLAK 
Artis: BABYMONSTER
Studio: YG Entertainment

[Ruka]
Huh
Hey hey hey hey

[Chiquita]
CLIK CLAK heels tap
Walkin’ with my hips back
Money CLIK CLAK
CLIK CLAK CLIK CLAK CLIK CLAK

[Rora]
Spending money charge charge charge
Who be livin’ large large large

[Pharita]
Walking like a boss boss boss
We make ’em talk talk talk talk

[Ahyeon]
I need a van to hold all my bags
Always the first and never the last
Here with my girls we step on the scene
We do it big you know what I mean
If I say which one looks better
You say both (both) both (both)
I’m bad from any angle
Hit that pose (pose) pose (pose)

[Ruka]
Matching tennis bracelets
Baby blue water vacations
I’ll admit that I’m so vicious
No I ain’t the one to play with
Everybody wanna know oh oh
Bitty burning up the show oh oh
Eenie meenie miney moe
Catch ’em by the toe
You ain’t even no
I’ma let it go

[Rora]
CLIK CLAK heels tap
Walkin’ with my hips back
Money CLIK CLAK
CLIK CLAK CLIK CLAK CLIK CLAK

[Chiquita]
Spending money charge charge charge
Who be livin’ large large large

[Rora]
Walking like a boss boss boss
We make ’em talk talk talk talk

[Pharita]
CLIK CLAK heels tap
Walkin’ with my hips back
Money CLIK CLAK
CLIK CLAK CLIK CLAK CLIK

[Chiquita]
Walking like a boss boss boss
We make ’em talk talk talk talk

[Rami]
Get back whip that they mad
Clap clap bring that ASAP
If they all up in their feelings that’s too bad
I be laughing to the bank in my Maybach
Left hand kiss that big rock
Tunnel vision twenty twenty top notch
Spent a milly on some fits I’m so hot
Put some ice on my wrist that’s water

[Asa]
I’m on it on it got it flaunt it
Got your world in my pocket
Zero hundred like Ferrari
Hit the gas
Who gon’ stop me
You love when BABYMONSTER hits
Cartier stacked up on my wrist
Flip my hair and blow a kiss
Not a dentist but I’m flossin’ sis

[Ruka & Rora]
CLIK CLAK heels tap
CLIK CLAK heels tap
CLIK CLAK heels tap
Mmmmm

CLIK CLIK CLAK heels tap
CLIK CLAK heels tap
CLIK CLAK heels tap
Mmmmm

CLIK CLIK CLAK heels tap
Walkin’ with my hips back
Money CLIK CLAK CLIK CLAK CLIK CLAK

CLIK CLIK CLAK heels tap
Walkin’ with my hips back
Money CLIK CLAK CLIK CLAK

Ain’t looking back
Let’s take the lead
Go head ladies
Go head ladies

Ain’t looking back
Let’s take the lead
Go head ladies
Go head ladies
Here we go

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’; ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

Wednesday, 30 October 2024

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’; ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN | 6 Tahun Selepas Hantu Kak Limah, Astro Shaw Kembali Pertaruhkan Filem Komedi Seram!

Filem Hantu Kak Limah menggegarkan industri perfileman tanah air pada tahun 2018 dengan mencipta kejayaan luar biasa dan terus kukuh memegang takhta sebagai filem komedi seram nombor 1 kutipan tertinggi di Malaysia sehingga kini. Menyusuli legasi komedi seram Hantu Kak Limah, Astro Shaw bersedia merancakkan lagi industri perfileman tempatan dengan Don Dukun yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 31 Oktober ini.

Berbeza dengan filem lain yang membawa subjek ‘dukun’, Don Dukun tidak hanya bergantung pada kepercayaan tradisional, tetapi menggabungkannya dengan elemen-elemen kontemporari, termasuk teknologi moden dan pengaruh dunia luar. Naskhah ini menjanjikan pengalaman sinematik yang mendebarkan dan menghiburkan, penuh dengan adegan yang mampu membuatkan anda ‘kecut perut, pecah perut’ dalam satu masa! 

Menariknya, Don Dukun menyaksikan pelakon filem box office Sheriff, iaitu Zul Ariffin mempertaruhkan sisi humor menerusi watak Don Arif, bergandingan bersama pelakon komedi popular Ropie. Selain mereka berdua, bintang yang turut membarisi filem ini adalah Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong

Menurut Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kali terakhir Astro Shaw mempersembahkan filem komedi seram di pawagam adalah enam tahun lalu melalui filem Hantu Kak Limah, sebuah karya yang bukan sahaja meletakkan penanda aras baharu dalam industri perfileman tempatan, malah turut mengubah landskap sinema Malaysia. Kini, menerusi Don Dukun, kami bersedia membawa penonton menikmati pengalaman hiburan yang lebih segar. 

Don Dokun memperlihatkan kemampuan bakat luar biasa Zul Ariffin, yang diberi tanggungjawab membawa watak komedi utama, di samping gandingan mantap barisan pelakon lain. Jalan ceritanya digarap kemas dengan mengetengahkan kisah yang begitu dekat dengan masyarakat kita seperti peranan dukun dalam kehidupan. Bukan sekadar memaparkan watak dukun stereotaip, tetapi menghimpunkan dukun daripada berbeza kepercayaan, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita, menjadikan filem ini bersifat Malaysia. Filem ini amat sesuai untuk ‘healing’ bersama seisi keluarga dan hasrat kami Don Dukun bukan sahaja akan menggeletek emosi penonton sehingga kecut perut dan pecah perut, malah mampu memberikan dimensi baharu kepada filem komedi seram tanah air.”

Don Dukun diarahkan oleh pengarah Waan Hafiz yang sebelum ini banyak mengarahkan telefilem dan siri komedi seperti Beriani Gam Aspalela, Scammer Geng Marhaban, Dendam Hantu Viral dan banyak lagi. Manakala skrip dihasilkan oleh dua penulis yang terkenal dengan kemahiran dalam filem-filem komedi iaitu Junad M Noor bersama Amin Shakib dan produksi Infinitus Productions. 

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut. 

Ikuti siri jelajah filem Don Dukun di sekitar Lembah Klang dan bahagian Utara bermula 1, 2 dan 3 November ini, dan maklumat lanjut boleh dapati dari platform media sosial Astro Shaw. Buat peminat yang tidak sabar untuk bergelak ketawa bersama Don Dukun, boleh dapatkan tiket bagi tayangan awal bermula 30 Oktober di seluruh pawagam. 

Saksikan filem Don Dukun terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC di pawagam berdekatan anda bermula 31 Oktober 2024. Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini. 

**********************************************

Tajuk: Don Dukun

Genre: Komedi

Terbitan: Astro Shaw

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad, Dato’ Seri Robin Tan, YK Tung

Penerbit Eksekutif Bersama: T.P Lim, Gayatri Su-Lin Pillai

Syarikat Produksi: Infinitus Productions Sdn Bhd

Penerbit: Gayatri Su-lin Pillai

Penerbit Penyelia: Siti Marzuliana Marzuki 

Penerbit Bersekutu : Zulaikha Zakaria, Nas Addina

Pengarah : Waan Hafiz

Skrip: Junad M Noor, Amin Shakib

Cerita Asal: Zain Azrai, Reservoir World Sdn Bhd

Lakon Layar: Waan Hafiz, Amin Shakib

Pengarah Fotografi: Norhanisham Muhamad (Labu)

Penyunting: Nazim Shah

Pengarah Seni:  Tam Khalid

Kesan Visual: Basecamp VFX Sdn Bhd

Muzik Skor:  Onn San

Penata Bunyi:  Supernova Media Sdn Bhd

Pereka Busana: Norzamri Mohd Ghazali


INFO FILEM

Bahasa: Melayu

Durasi Filem: 1 Jam 37 Minit

Jumlah Hari Penggambaran: 30 days

Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan

Tarikh Tayangan di Pawagam : 31 Oktober 2024


BARISAN PELAKON

Zul Ariffin sbg Don Arif

Ropie Cecupak sbg Jaafar

Douglas Lim sbg Aloysius

Sangeeta Krishnasamy sbg Dr Divya

Datuk Yusof Haslam sbg Pak Samad

Marsha Milan sbg Datin Azizah

Putri Qaseh Izwandy sbg Laila

Sharifah Aryana sbg Mia

Serra Kamal sbg Leona

Aloy Paradoks sbg Maarof

Cassia Iman sbg Alya

Sharifah Husna sbg Suraya

Rashidi Ishak sbg Datuk Zainal

Lousia Chong sbg Puan Chin

Elly Arifin sbg Halimah Hassan

Zarina Anjoulie sbg Bomoh Janda

 

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut.

FILEM SERAM INDONESIA TAMPIL DENGAN SEKUEL TERBARU, ‘QODRAT 2’, BAKAL MERASUK PAWAGAM TEMPATAN TAHUN HADAPAN | Astro Shaw & MAGMA Entertainment Perkukuhkan Kerjasama Dengan Perjanjian MoU

Filem seram yang cukup besar di Indonesia dan hangat diperkatakan pada tahun 2022, QODRAT telah berjaya mencatat kejayaan luar biasa dengan menerima lebih 1.7 juta penonton di Indonesia dan kutipan box office mencecah IDR60 bilion (USD 5.3 juta. Lebih membanggakan, Qodrat turut berjaya merasuk di pawagam-pawagam negara luar seperti Malaysia, Singapura, Kemboja, Myanmar, dan Vietnam. Semasa tayangan filem ini di pawagam Malaysia yang dipasarkan oleh penerbit tempatan Astro Shaw, turut meraih kutipan RM6 juta.  

Rentetan daripada kejayaan tersebut, pihak penerbit bakal menampilkan Qodrat 2 yang dijadualkan untuk menemui penonton pada tahun hadapan. Hari ini pihak Astro Shaw mengumumkan akan bekerjasama bagi menghasilkan sekuel yang dinanti-nantikan dan membawa filem Qodrat 2 untuk tayangan di pawagam Malaysia. Baru-baru ini Astro Shaw bersama penerbit Qodrat 2, MAGMA Entertainment telah menandai perjanjikan persefahaman (MoU) di MIPCOM Cannes, Perancis sebagai usaha memperkukuhkan industri perfileman serantau. 

Menurut Penerbit Eksekutif Qodrat 2 merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami amat teruja dapat sekali lagi bekerjasama dengan MAGMA Entertainment dalam meneruskan legasi Qodrat. Kerjasama ini mengukuhkan komitmen Astro Shaw untuk membawa karya serantau yang berkualiti tinggi kepada penonton di Malaysia. Melihat sambutan baik filem Qodrat di Malaysia pada tahun 2022, kami percaya bahawa kekuatan jalan ceritanya yang dekat dan menyentuh jiwa penonton tempatan menjadi antara faktor utama kejayaan tersebut. Rentetan daripada kejayaan itu, kami yakin kehadiran Qodrat 2 berpotensi memberi impak yang lebih besar dengan naratif yang lebih mendalam serta elemen seram yang lebih mendebarkan. InsyaAllah, Qodrat 2 akan menemui penonton pada suku pertama tahun hadapan, jadi nantikan.”

Qodrat 2 akan membawakan kisah yang lebih mendalam dan gelap. Penonton akan dibawa mengikuti perjalanan Qodrat, seorang ustaz dalam ilmu rohani (Ruqyah) dalam usaha mencari isterinya, Azizah, yang telah menjual jiwanya kepada syaitan Asu’ala dalam usaha untuk menyelamatkan anak mereka, Alif.
 
Filem ini diarahkan oleh pengarah sama Qodrat, iaitu Charles Gozali. Sementara itu, turut mengembalikan pelakon uatamnya, Vino G. Bastian serta kemunculan watak baru yang dijayakan oleh Acha Septriasa, Della Dartyan, dan Dony Alamsyah.

Ikuti perkembangan terbaru filem Qodrat 2 menerusi akaun media sosial Astro Shaw. 

ChaTraMue? Not My Cup of Tea

Tuesday, 29 October 2024

 

Sekarang ni ramai yang tengah tergilakan air ChaTraMue, jenama dari Thailand so I pun join the hype lah. Ada juga ternampak post yang brand ni tengah leading dalam arena F&B so there must be a reason kan kenapa ramai yang suka.


Kali pertama I beli ChaTraMue dekat Setia City Mall lepas lunch dengan klien dekat sana. I try Teh Ais dengan harga RM11.90 satu cup panjang ni. Cup dia lebh kurang sama dengan cup di Boat Noodle. Logo ChaTraMue ni ada sentuhan tersendiri dengan warna emas dan merah. 


Of course tak payah tunggu lama sebab tak ramai orang pun masa tu. My first impression was pretty nice sebab warna teh ais dia lebih hampir sama dengan dalam poster. Teh ais dia nampak pekat walaupun dia letak susu pekat dengan susu sejat. Tapi bila minum tu rasa menyesal sebab manis susu. 


Second time I try beli kopi ais dia pulak sebab dalam poster macam menarik, nampak pekat tapi bila dah sampai ke tangan kenapa warana kopi ais dia lebih kurang dengan teh ais ek? Rasa kopi pun macam kopi susu biasa je. I rasa daripada spend RM11 lebih untuk air kopi yang bercampur dengan susu tin, baik lah pergi beli Iced Latte dekat Family Mart yang guna susu segar. 

Lepas dah cuba dua minuman ni, I terbaca dekat Twitter yang brand ChaTraMue guna pewarna banyak untuk dapat warna pekat walaupun ada banyak susu dalam minuman dia. Kalau beli pek serbuk teh dia takkan dapat warna sama macam yang dijual dekat kiosk. So ada kemungkinan tak staff dia tersalah letak pewarna teh dalam kopi ais I? Hahaha ottoke~~?!


SURIA KLCC MENJEMPUT PENGUNJUNG KE SAMBUTAN “WARNA WARNI DEEPAVALI” |
Di mana dekorasi menakjubkan dan penjimatan hebat bersatu untuk pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan!

Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik Malaysia, mengajak anda untuk menerokai keindahan Deepavali dengan kempen “Warna Warni Deepavali” yang memukau. Dari 25 Oktober hingga 3 November, Suria KLCC akan menampilkan kemeriahan sambutan Deepavali dengan menggabungkan tradisi, budaya, dan penglibatan komuniti dalam meraikan perayaan penuh gemilang ini pada 31 Oktober.




Sepanjang tempoh ini, pengunjung akan dibawa ke dalam suasana penuh warna dan dekorasi yang indah. Pusat beli-belah dihiasi dengan kalungan bunga, toran tradisional, dan buaian yang direka dengan elegan, mencipta latar yang sempurna untuk momen-momen yang tidak dapat dilupakan dan sesuai untuk Instagram.

Di Centre Court, pengunjung disambut dengan laluan yang diterangi cahaya lampu, tanglung, dan kelopak bunga yang berwarna warni. Dekorasi menakjubkan ini menjadi pembuka kepada tarikan utama: kolam interaktif, payung mehndi yang berputar, beca yang dihias dengan penuh seni, serta penampilan replika gajah yang gah dan menakjubkan. Kesan pencahayaan yang diaktifkan oleh pergerakan pengunjung menambah keterujaan perayaan, mencipta pengalaman membeli-belah yang penuh keajaiban.

Untuk menambah kemeriahan sambutan, persembahan tarian tradisional India akan diadakan di Centre Court pada hari-hari terpilih – 28 dan 31 Oktober, serta 2 dan 3 November. Persembahan yang memukau ini akan menonjolkan keindahan dan kepelbagaian budaya India, sekali gus memeriahkan suasana perayaan untuk semua pengunjung.

Dalam semangat Deepavali, Suria KLCC juga menghargai para pelanggannya melalui ‘Shoppers Reward Programme’. Pengunjung yang berbelanja sebanyak RM800 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai kedai terpilih akan menerima e-Baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, memberikan lebih banyak sebab untuk meraikan dan menikmati pilihan runcit yang luas di pusat beli-belah ini.

"Deepavali adalah perayaan yang penuh makna, meraikan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, dan kebaikan mengatasi kejahatan. Di Suria KLCC, kami berusaha untuk menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah perayaan. Melalui kempen ‘Warna Warni Deepavali’, kami berharap dapat mencipta suasana yang menarik di mana orang ramai boleh berkumpul, merasai kekayaan perayaan ini, dan menghargai tradisi serta nilainya,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Pusat Beli Belah Alamanda

Alamanda Putrajaya dengan sukacitanya mengumumkan sambutan Deepavali yang akan berlangsung dari 18 Oktober hingga 3 November. Pusat beli-belah ini dihiasi dengan dekorasi perayaan yang indah, mewujudkan suasana yang mengundang pengunjung untuk menikmatinya.

Melalui ‘Shoppers Reward Programme’, pelanggan yang berbelanja sebanyak RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khas akan menerima e-Baucar membeli-belah Alamanda bernilai RM30. Sementara itu, mereka yang mengumpul jumlah RM1,500 dalam dua resit akan diberi ganjaran e-Baucar bernilai RM80.

Mesra Mall

Di Kemaman, Terengganu, Mesra Mall mempersembahkan dekorasi perayaan dari 25 Oktober hingga 3 November 2024. Pusat beli-belah ini menampilkan hiasan meriah di hadapan concierge, menampilkan seekor burung merak megah dengan lengkungan Mughal dan kolam rangoli yang cantik, menambah suasana perayaan dan semangat musim perayaan.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

*******************************

Mengenai Suria KLCC

Suria KLCC, destinasi membeli-belah pengalaman ikonik Kuala Lumpur, merangkumi intipati kecemerlangan runcit. Dengan slogan ‘Always Something New’, Suria KLCC menjemput pengunjung di kompleksnya seluas 1 juta kaki persegi, menempatkan lebih 360 kedai terpilih yang menampilkan jenama eksklusif dan trend terkini.

Di sebalik tawaran runcitnya yang pelbagai, Suria KLCC menawarkan pemandangan kulinari yang meriah, menjemput tetamu untuk menerokai pelbagai pilihan tempat makan berlatar belakangkan taman yang tenang dan air pancut simfoni. Daripada kafe bergaya kepada pelbagai restoran dan medan selera yang menawarkan pelbagai masakan, destinasi ini memastikan pengalaman kulinari yang menarik untuk semua.

Suria KLCC mewujudkan suasana kecanggihan dan ketenangan, menggabungkan beli belah, makan dan bersantai dengan lancar. Ia berfungsi sebagai bukti pengalaman indah, di mana setiap lawatan menjanjikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda

Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan pembinaan bermula pada 20 Jun 2023, dan dijadualkan siap pada suku pertama tahun 2025. Pembangunan semula ini bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan.

Selain itu, ruangan hiburan yang diperbaharui, seperti pawagam mesra keluarga, kawasan boling yang diperluas, dan taman pengembaraan di Esplanade, akan memenuhi keperluan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Pembangunan semula ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan menyokong rakan perniagaan, akhirnya meningkatkan taraf Pusat Beli-belah Alamanda sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah pilihan di Putrajaya, memberikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Dinamik'.

Dengan lokasi yang strategik dan kebolehcapaian yang sangat baik melalui lebuh raya utama, Pusat Beli-belah Alamanda merupakan pusat tumpuan untuk penduduk lebih daripada 76,000 pekerja profesional dan 147,000 pelajar. Aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa semasa aktiviti pembangunan semula. Ini untuk memastikan gangguan yang minima kepada pembeli dan penyewa.

Mengenai Mesra Mall

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

Lunch di Chai, Oasis Square Ara Damansara


Minggu lepas peruntukan lunch dah habis so I ajak Adzran dengan Iddin makan dekat Chai, Oasis Square Ara Damansara. Bersyukur sangat diorang nak teman sebab kitonyo segan nak makan kat dalam tu sorang-sorang. Kawan I dekat BUSS suggest makan dekat sini sebab makanan dia sedap so why not kita try kan? 

Kitorang pergi Chai masa lunch hour pukul 1 tengahari, itupun dah penuh restoran ni sebab tak ramai yang nak duduk dekat bahagian luar. Masa ni cuaca panas so siapa je nak makan dekat luar, dah la makan makanan berempah. Panas. 



Walaupun ramai masa tu, staff assist untuk dapatkan meja since ada 3 meja kosong tapi agak sempit lah sebab susunan meja dekat Chai rapat-rapat. Bila rapat dan dekat ni memang bising sikit lah, nak pula masa tu lunch hour and banyak juga large groups masa tu. 



Menu dekat restoran Chai ni tak lah banyak sangat dan tak semua dihidangkan pada setiap masa. Macam idli cuma ada waktu breakfast je, tak available waktu lunch. I baru je nak merasa idli sebab tengok Janhvi makan dalam interview. Sudahnya, I dengan Iddin pilih untuk makan nasi kandar yang ada dekat section lauk di bahagian depan restoran. Adzran nak lunch set tapi ganti nasi dengan tosai. 


Pilihan lauk dia tak banyak sangat tapi okay lah. I order nasi putih dengan kambing, sambal tauhu dan sayur bendi goreng. Iddin pun lebih kurang sama je. Dekat Chai ni yang bestnya, kalau nak tambah kari boleh ambil dekat kaunter kari ni. Ada kari ikan, kari ayam atau kari kambing. Nak berapa banyak boleh ambil ikut suka. I ambil kari kambing dengan kari ikan. My most favorite duo!




Kalau pilih lunch set ada trio side dishes ni - acar timun, dhal, acar mangga, salted chili, injipili dan dua keping papadoms. Adzran bagi papadom dekat I sebab dia tak makan sangat lagipun macam tak kena je thosai makan dengan papadom. Ke okay je sebenarnya?


'Pinggan' dia besar tau sebab kitorang mengah nak habiskan nasi ni tapi Adzran chill je lah sebab dia ambil tosai. Sekejap je dah habis. Iddin kata dia lagi suka makan dekat Banana Bro sebab kuah kari dekat Chai ni pekat tapi I lagi suka kuah kari dekat Chai sebab padu rasa rempah dia. Daun pisang membantu ye naikkan aroma nasi panas. 


Air kitorang tak lari jauh pun sebab I order Masala Chai Pasum Pa, Adzran order yang panas punya lepastu Iddin ambil Bru Coffee. Not bad lah rasa Masala Chai Pasum Pa dia sebab guna fresh milk dan rempah sikit. I bet lepas ni akan datang makan lagi sebab teh ais dia sedap dan healthy hahaha 


It was fun lah eating lunch in here sebab makanan dia sedap walaupun limited. Walaupun Iddin dengan Adzran prefer Banana Bro tapi diorang enjoy je makan dekat Chai. Vibe dekat sini memang ada vibe India tu especially the decoration. Rasa macam dekat restoran dekat Bandra hshshs sembang macam pernah pergi kan? Tapi tu lah, dah bergunung filem Hindi I tengok so boleh lah pergi India guna mata je. 






Dekat restoran Chai ni boleh bayar guna QR tapi masa kitorang pergi tu ada masalah dengan cashless payment system dia. Lama sikit kena tunggu sampai settle. Ramai sangat kot sampai terminal dia terkejut. 

Yun Officially Lawyered!!!


Last week tak sangka pulak dapat attend Long Call Yun dekat KL High Court sebab selalunya susah ye nak pergi tapi sebab Misyu tak kisah nak drive and ajak Karimah dengan Liyana join sekali, kitorang pun gerak ke sana jam 10 pagi. 

Kalau ikutkan kitorang dah lambat sebab yun adalah chambee pertama yang ditauliah untuk sesi tu tapi kitorang minta dia stay kejap sebab jarak office dengan KL High Court tu tak jauh pun. 

Jam 10. 30 macam tu dah sampai tapi sebab stuck dekat parking sampai kena u-turn balik, sampai lambat sikit lah dari ETA Waze bagi. Nasib baik lah photographer dia ada lagi so sempat lah kitorang menyelit jugak. 


Habis shoot dekat dalam, sambung pulak shoot dekat luar. Sampai semua dah surrender taknak bergambar dah. 



Lighting camera photographer ni memang cun lah sebab kalau pakai hp, dia jadi gelap sikit. Cuma geram je masa dekat tangga dia tak bagitahu muka terlindung ke apa. Dia suruh susun sendiri je. Sedih tapi takpe lah siapa suruh pendek kan? 

Anyway, congrats Yun sebab dah berjaya jadi peguam secara rasmi lepas jatuh bangun u masa study and chambering dulu. Sekarang dah jadi lawyer kena merasa lah kerasnya kehidupan. All the best for your future endeavour 🧡

Mendapat ‘ standing ovation’ dan juga ‘tiga bintang’ daripada barisan juri, kumpulan Zuara berjaya mendapat Gempak Superstar of The Week buat minggu keenam program ‘Muzikal Lawak Superstar 4’, sekaligus menunjukkan comeback mereka di atas pentas komedi gah ini apabila hampir tersingkir pada minggu lepas. Dengan markah keseluruhan sebanyak 65.49%, Zuara mengungguli minggu yang berlokasikan “Tempat Seram” dan “Tempat Awam” ini, diikuti oleh Sarkas (57.08%) dan juga Gebu (56.49%). 

Manakala perjuangan kumpulan Bravo pula terhenti apabila mendapat markah keseluruhan terendah di antara kesemua tujuh kumpulan. Menariknya minggu ini juga dapat dilihat pada penampilan artis-artis popular industri hiburan Malaysia sebagai jemputan dalam sketsa-sketsa mereka termasuk Sherry Alhadad, Haqiem Rusli, Nasha Aziz dan ramai lagi. Dato’ Awie turut tampil sebagai juri disamping Anna Jobling dan Saiful Apek. 













Senarai Markah Penuh Minggu 6 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Zuara – 65.49%

Sarkas – 57.08%

Gebu – 56.49%

Padie – 55.84%

Deroyan – 55.51%

Putehh – 53.17%

Bravo – 46.75%

Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.