TV Show Review | Shining Solo Episode 8: RUN💎

Sunday, 22 September 2024


Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Choi Hyunsuk (Leader), Kanemoto Yoshinori, Park Jeongwoo, Kim Doyoung, So Junghwan, Lee Ha-yeul, Park Jisoo, Han Seung-ji, Jo Min-ji
Production Company: SBS
Distributor: SBS Youtube account, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date: 03 March 2024 – 05 May 2024
Video: 


Aktiviti keenam Shining Solo Part 2 ialah Ultimate Showdown and Charming Stamina di mana semua peserta akan beriadah, lebih kurang sama dengan aktiviti Part 1 dalam Shining Solo Episod 4. Semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Peserta wanita main rock-paper-scissors dan pilih ahli TREASURE. 

Team Sooo: Hyunsuk, Junghwan, Ji-soo, Min-ye, Seung-ji
Team Yoshi and the Kids: Yoshi, Doyoung, Jeongwoo, Min-ji, Ha-yeul


Sukan pertama ialah lompat jauh dan semua orang pun dah aim nak kalahkan Junghwan sebab dia memang power dalam lompat jauh. Berdekah tengok lompatan Hyunsuk sebab sama nasib dengan lompatan dia dalam TREASURE MAP Season 1 Episod 16 dulu. Déjà vu~!

Lepas lompat jauh, sukaneka diteruskan dengan mini futsal oleh kesemua ahli pasukan. Sebab ada peserta wanita sekali, game futsal ni yang terpaling sopan lah supaya tak ada yang injured atau menangis. Comel bila Ji-soo jadi goalkeeper, glove pun besar gila dekat tangan dia. Kemain Hyunsuk score goal bila main dekat dating show sebab masa main dalam TREASURE MAP, kaki dia terpeleot lah, pancit lah. Bab ni Team 2 sama level dengan Team 1, masing-masing keluarkan side macho depan gegadis. 


Kalau dalam Shining Solo Episod 4, MVP adalah peserta wanita, dalam Part 2 pula peserta wanita pilih sendiri siapa MVP dalam kalangan ahli TREASURE. Semua peserta sepakat untuk pilih satu nama. Sama juga macam Part 1, ada beberapa aktiviti sukan yang tak dimasukkan dalam Episod 8 dek kerana kekangan masa tayangan. 

MVP yang dipilih boleh spend time dengan semua peserta wanita dan gunakan peluang ni untuk tawan hati peserta untuk menang permata ungu. Beruntung lah siapa yang dapat MVP sebab ambience romantik, semua wanita tumpu perhatian pada dia, makanan pun sesuai dengan vibe romantik tu. Kalau dah namanya idol, cara paling senang untuk dapat A+ ialah dengan menyanyi. Tak payah menyanyi beria pun asalkan lagu romantik, main mata sikit, senyum sikit dah score teruk. 


Lepas sesi MVP date tu, semua peserta berkumpul dekat ruang tengah untuk makan malam. Walaupun ada sesi MVP date tapi tak bermakna peserta wanita akan lupa pilihan masing-masing macam Ji-soo yang happy bila Junghwan tahu dia dapat perakam suara dari siapa. Masa sesi penilaian kedua, Doyoung tetap dapat 1 permata ungu dari Ha-yeul sebab dah memang berkenan dengan cara Doyoung dari hari pertama lagi. Lunch date dengan aktiviti riadah kuatkan lagi pilihan tu. 

‘I know he’s introvert, when we played may games today, I think he showed a lot of charms through actions. But… I didn’t really see him initiating a conversation to women or trying to get know them more. And when I tried to initiate a conversation or compliment him because I want to talk to him, he didn’t really show any reactions or responded to me and the conversation was kept very short.’ – Seung-ji


Dating show Shining Solo ni ada juga kejutan tersendiri sebab hati perempuan memang susah nak dijangka. Walaupun padu main sukan dan serlahkan sisi macho atas padang pun belum tentu dapat permata ungu kalau tak tegur atau bercakap sepanjang aktiviti. Sama la juga dengan real life, sibuk macam mana pun kalau tak contact tanya khabar pun memang ada yang menangis sampai failkan penceraian. Macam tiberrr tapi hidup ni memang keras. 


p/s: Thank you cameraman sebab capture the beauty and charming side of Hyunsuk ðŸ’œðŸ”¥ðŸ’œðŸ”¥

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.