TV Show Review | Shining Solo Episode 5: MY TREASUREđź’Ž

Sunday, 22 September 2024


Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Yoon Jaehyuk, Lee Ji Yeon, Seol Ji Won, Lee So Won
Production Company: SBS
Distributor: SBS Youtube account, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date: 03 March 2024 – 05 May 2024
Video : 


‘Rather than being confident, I’m thinking of making it a bit more comfortable than yesterday.’ – Asahi
Conversation pertama untuk misi keenam adalah Asahi dengan So-won. Dari episod pertama lagi boleh nampak Asahi malu nak bercakap dengan So-won walaupun ada banyak kali terserempak. Tapi bila pertama kali duduk menyembang sama-sama, banyak benda yang Asahi dan So-won bualkan. Sama juga dengan Ye-won yang tertarik dengan Asahi sejak hari pertama. 

Beralih kepada Jihoon bila dia dapat berbual dengan Ju-hee buat kali kedua lepas spend time masa dinner tteokbokki dalam Shining Solo Episod 3. Dari Ju-hee, Ji-hoon belajar tentang perspektif peminat dan perempuan since Teumes ramai perempuan. 


‘This program made me think about how I’ll be meeting more people from all paths of life. And during that process, how can I become a better person? That’s one of the reasons why I want to become Mr. TREASURE.’ – Jihoon

Sama macam Asahi, Jaehyuk tak try hard pun untuk sesi berbual sebab dia tak boleh sorok malu dia walaupun dah buat banyak aktiviti sepanjang empat hari dalam dating show Shining Solo. Peserta wanita pertama yang approach Jaehyuk ialah Mi-ho yang teringin sangat nak bercakap dengan Jaehyuk tapi belum ada kesempatan tu. 


Masa sesi berbual ni nampak lah banyak unreleased footage dalam dating show Shining Solo especially untuk team introverts. Geram juga lah sebab banyak sebenarnya moment boleh tengok tapi SBS peram buat pekasam. Like I said before this, kalau tak sempat masukkan dalam 10 episod ni, release lah dekat official Youtube account. 

Hari terakhir di TREASURE CASTLE hanya Jaehyuk, Jihoon dan Haruto yang datang sebab Junkyu, Asahi dan Ju-hee keluar pergi dating. Macam mana boleh terpilih tu kena tengok lah sendiri lah show ni. Sebagai aktiviti untuk menghilangkan bosan, TREASURE offer diri untuk memasak kepada semua peserta wanita yang ada. Jihoon confident nak masak jjampoong sebab dia pernah masak dalam rancangan Rakkidol sebelum ni. 


Selesai aktiviti di waktu siang, penilaian terakhir diadakan di kawasan luar TREASURE CASTLE. Kesemua ahli TREASURE untuk Part 1 berdiri di hujung jambatan sambil menunggu seorang demi seorang peserta wanita datang dan bagi permata ungu kepada Mr. TREASURE pilihan hati masing-masing. Ahli TREASURE yang berjaya dapat permata ungu paling banyak akan dinobatkan sebagai Mr. TREASURE di Shining Solo Part 1. 

Masa penilaian terakhir ni ada banyak kejutan dan perkara yang tak disangka sebab orang yang kita expect akan dapat rupanya boleh berubah sebab misi keenam yang cuma berjalan selama 10 minit. Ada juga yang dah aim sejak awal lagi macam So-won yang bagi permata dia pada Haruto sebab dia selesa dengan cara Haruto yang nonchalantly care dengan dia. 


‘Honestly, I had a lot of trouble deciding. I was really torn between Jaehyuk and Jihoon. Jaehyuk seemed introverted and passive on the first day. While we were all talking, Jaehyuk tole me my shoelaces were untied…. Those little things! Jihoon has always been really nice to everyone.’ – Hyun-seo

Lepas tamat penilaian pertama, rasa tak sabar nak tengok performance ahli TREASURE kumpulan kedua di Part 2 dengan kumpulan peserta wanita yang berbeza. Tak sabar juga nak tengok siapa yang akan menang permata ungu dan jadi Mr. TREASURE. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.