TV Show Review | Shining Solo Episode 4: B.O.M.B.💎

Sunday, 22 September 2024


Director: N/A
Writer: N/A
Cast: Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Yoon Jaehyuk, Lee Ji Yeon, Seol Ji Won, Lee So Won
Production Company: SBS
Distributor: SBS Youtube account, Viki, Wavve
Genre: Variety Show / Dating Show
Running Episodes: 10 episodes (55 minutes each episode)
Release Date : 03 March 2024 – 05 May 2024
Video : 


Walaupun ada 5 meja malam tu tapi tak semua meja pun yang dimasukkan dalam Shining Solo Episod 3 sebab masuk ke episod 4 dah bermula penantian ahli TREASURE untuk penilaian hari kedua. Nak juga tahu apa yang Junkyu sembang dengan Hyun-seo dan Mi-ho sepanjang makan Malatang tu. Conversation Jaehyuk dengan Ye-won dan So-won pun tak dimasukkan banyak sangat. Mungkin sebab tak sempat tapi boleh je letak extra clip dekat official Youtube account SBS ataupun YG Entertainment.

Disebabkan kehadiran dua orang peserta wanita yang baru – Hyun-seo dan Ju-hee jadi bilangan permata ungu pun semakin bertambah. Sama juga dengan bilangan perakam suara. Lepas selesai sesi penilaian dari kesemua peserta wanita, Junkyu adalah orang pertama yang check keputusan. Tak saspen sangat lah untuk Junkyu sebab bertuah teruk dapat score semua aktiviti. 


Nak tahu keputusan Asahi, Jaehyuk dengan Haruto sebab nasib masing-masing berbeza berbanding hari pertama. Walaupun tak banyak perubahan sangat tapi intimate session or activities memang membantu untuk introverts macam diorang bertiga. 

‘We didn’t talk much all day. You didn’t make many attempts to engage in conversations and I wish you did. Could you please be more proactive next time?’ – recorder for Jaehyuk


Untuk hari ketiga, kesemua peserta berkumpul di padang futsal untuk aktiviti sukaneka. Kalau bab bersukan dah boleh agak siapa yang lemah tak bermaya. Masa sukaneka dekat TREASURE MAP pun Asahi dengan Junkyu paling banyak kerenah sekali. Yang bakal kaut permata haruslah Jihoon sebab dia memang handal dan aktif. 

Kesemua peserta dan ahli TREASURE dibahagikan kepada dua kumpulan:
Kumpulan 1 (Team Victory): Jihoon, Jaehyuk, So-won, Hyun-seo dan Ji-yeon
Kumpulan 2 (Team Hulk): Asahi, Haruto, Junkyu, Mi-ho, Ju-hee dan Ye-won


Masa permainan pertama – Chicken Fight pun Junkyu dah rebah tak mampu nak teruskan permainan. Surprisingly Asahi the Osaka paper doll bersemangat waja masa main game ni sebab nak score points depan peserta wanita padahal dia juga yang pernah jatuh berguling masa main basketball dengan TREASURE. 

Permainan kedua pula ialah gusti pinggang di mana kedua-dua pasukan menghantar salah seorang wakil untuk bertanding. Konsep dia lebih kurang main tarik tali cuma tali ni disangkut pada bahagian pinggang. Menangis lah Kumpulan 2 sebab semua cuak kalau kena bertarung dengan Jihoon. Sekelip mata boleh kalah terseret. 


As expected lah, baru beberapa saat wisel berbunyi, Jihoon dah berjaya capai bendera tanda menang. Ju-hee berdekah tengok ahli kumpulan dia kena seret dengan Jihoon. Nasib baik lah seluar tak terkoyak kena seret atas padang sampai Jaehyuk dan Haruto check sebab tak nak member malu. 

Permainan ketiga baru peserta wanita join sekali bersukan dengan ahli TREASURE bila memerlukan tenaga dalam sukan lari berganti. 


‘They participated in the games with so much passion. It felt really different from other days. Seeing their proactive side was both a nice shock and I found it attractive.’ – So-won

Kalau ikutkan banyak je permainan dan sukan yang diorang main sama-sama tapi sama macam aktiviti 4 dalam Episod 3, tak semua footage dimasukkan dalam dating show Shining Solo ni. Kalau masuk mesti lebih banyak interactions dan moments antara TREASURE dengan peserta wanita sebab bila balik ke TREASURE CASTLE, dah nampak ada yang makin selesa macam Jaehyuk dengan Ji-yeon. 


Banyak juga aktiviti yang Shining Solo cramped dalam satu episod sebab lepas balik ke TREASURE CASTLE, ada sesi BBQ lepastu misi ke-6 di mana TREASURE dengan peserta wanita kena berbual secara 1:1 selama 10 minit sebelum penilaian ketiga. 

Another positive change from Asahi and Haruto bila masa BBQ tu both of them jadi observant dan care dengan So-won sampai So-won bagi thumbs up dekat Asahi. Antara peserta wanita yang I suka juga sebab dia banyak ajar macam mana nak score points kepada introverts team. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.