RAJA DUO KOMEDI MALAYSIA, JOZAN KEMBALI MENGGEGAR PAWAGAM, BAWA WATAK ‘AH LONG’ YANG LUAR BIASA | “Ketawa sepuas-puasnya kerana ‘semua boleh settle’ dengan Baik Punya Ah Long!”
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long. Kali ini mereka tampil berbeza dengan watak ‘ah long’, di mana mereka menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.
Baik Punya Ah Long merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Petra Vision Works dan Golden Screen Cinemas, dan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 12 September ini.
Persembahan JOZAN lebih memukau dengan gandingan mantap para pelakon handalan tanah air seperti, pemenang Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22, Dato’ Afdlin Shauki, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay serta Adlin Aman Ramlie, Mia Sara Shauki, Adibah Noor dan Chew Kinwah.
Penampilan istimewa oleh Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Carmen Soo, Aziz M Osman, Shashic Iewan, Anas Ridzuan, Ileana Matin Shauki, Riezman Khuzaimi, Nizam Jentik-Jentik, Sid Mahmud, Sanjna Suri, Sazali Abd Samad, dan ramai lagi.
Filem ini diarahkan Dato’ Afdlin Shauki dan beliau sinonim dengan karya-karya komedi seperti filem Baik Punya Cilok, Papadom, Buli dan Buli Balik. Seperti Baik Punya Cilok, Baik Punya Ah Long juga memaparkan sifat ‘brotherhood’ yang kuat dan JOZAN adalah pasangan yang paling tepat untuk mendefinisikan makna persaudaraan itu.
Menurut Penerbit Eksekutif Baik Punya Ah Long merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kekuatan Baik Punya Ah Long adalah pada unsur komedinya dan diperhebatkan lagi dengan lakonan oleh duo komedian terbaik Malaysia, JOZAN. Kami percaya penampilan JOZAN sentiasa dinantikan oleh peminat dan penggemar naskhah tempatan. Melihat reaksi penonton menerusi treler dan klip-klip menarik dari filem, rata-rata menyatakan rasa teruja untuk menyaksikan kemunculan semula raja duo ini. Buktinya, ‘teaser’ comeback mereka mendapat lebih 9.8 juta tontonan di platform digital sejak dilancarkan bulan lalu.
Tidak hanya menjual elemen komedi yang sangat mencuit hati, filem ini turut menyelitkan elemen kekeluargaan, persaudaraan dan aspek sosial masyarakat. Penonton pastinya tidak akan kering gusi tatkala menonton buah tangan terbaru Dato Afdlin Shauki. Melihat portfolio beliau, naskhah komedi adalah kekuatannya dalam pengarahan. Kami berharap Baik Punya Ah Long mampu mengubati rindu peminat. Mereka bukan sahaja boleh menikmati filem ini sebagai hiburan, tetapi diharapkan dapat meninggalkan impak dan membuatkan penonton mahu menyaksikannya berulang kali”.
Menggunakan tagline ‘Semua Boleh Settle’, filem ini mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan pelakon sendiri.
Baik Punya Ah-Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Aley yang menjalankan perniagaan sendiri selepas dipaksa oleh bapa angkat mereka. Meskipun Aloy dan Aley tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran dan memulakan perniagaan pinjaman wang. Perniagaan mereka itu bagaimanapun telah menggugat bisnes Lan Panda yang berhasrat untuk menghapuskan Aloy dan Aley.
Saksikan filem ini di pawagam seluruh negara bermula 12 September 2024. Bagi yang ingin menemui barisan pelakon, boleh sertai sesi jelajah di Terengganu pada 13 September dan 14 September di Johor.
Gunakan #BaikPunyaAhLong di media sosial bagi berkongsi pendapat dan keterujaan. Sila ikuti perkembangan terbaru serta klip menarik di platform media sosial Astro Shaw.
**************************************
Tajuk: Baik Punya Ah Long
Genre: Drama, Musical Comedy
Terbitan: Astro Shaw
Dengan Kerjasama: Petra Vision Works, Golden Screen Cinemas
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad
Penerbit Eksekutif Bersama : Dato Vinod Shekar, Dato Afdlin Shauki, YK Tung
Syarikat Produksi : Vision Works (M) Sdn Bhd
Penerbit : Dato Afdlin Shauki, Marcella Biddulph, Ako Mustapha
Penerbit Bersekutu : Amin Azlan, Naquib Al-Attas, Amirr Shahlen
Pengarah :Dato Afdlin Shauki
Skrip: Dato Afdlin Shauki
Cerita Asal: Dato Afdlin Shauki
Lakon Layar: Dato Afdlin Shauki, Haris M. Nor, Shafiq Azraei Shah
Pengarah Fotografi: Helmi Yusof
Penyunting: Aizam Syamsul FDAM
Pengarah Seni: Nazrul Ashraff Mahzan
Kesan Visual:Lil Studios Sdn Bhd
Muzik Skor:Dr. Syed Ahmad Faizal
Penata Bunyi:Mike Hafiz, Abby Quddus
Pereka Busana:Nazirah Ramlan
Penata Tatarias : Eds Arippin
INFO FILEM
Bahasa:Bahasa Malaysia
Durasi :2:00:43
Lokasi Penggambaran: Malaysia
Jumlah Hari Penggambaran : 50 Hari
Tarikh Tayangan di Pawagam: 12 September 2024
BARISAN PELAKON
Zizan Razak sbg Aloysius M Osman @ Aloy
Jo Hanania sbg Alejandro M Osman @ Aley
Dato’ Afdlin Shauki sbg Lan Panda
Liyana Jasmay sbg Cik Pa
Chew Kinwah sbg Ah Long
Adlin Aman Ramlie sbg Karim Kangaroo
Adibah Noor sbg Cassandra Khutub
Mia Sara Shauki sbg Mia
Penampilan Istimewa
Ileana Matin Shauki sbg Ileana
Sid Mahmud sbg Murshid
Adzwadi Saini sbg Gary Gorilla
David Arumugam sbg Kumar Kodiaq
Musly Amir Mohamed Ramli sbg Osman Jailani
Achey sbg Pak Cik
Mummad Noor Shashic Iewan sbg Joe
Syed Nabil Syed Faisal sbg Aloy Kecil
Mohd Nazi Isahak sbg Ale Kecil
Rayyan Dino sbg Murshid Kecil
Aziz M Osman sbg Ustaz Hanif
Sangeeta Krishnasamy sbg Gadis India
Douglas Lim sbg Tukang Tilik
Carmen Soo sbg Amoi
Sazali Abd Samad sbg Abang Sado
Sanjna Suri Kishore Kumar Suri sbg MC
Anas Ridzuan sbg Security
Riezman Khuzaimi sbg Rizmanku
SINOPSIS
Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
Selamat menonton
ReplyDeletePasti pecah panggung ni