Pengalaman Jaga Pokok Calathea

Monday, 2 September 2024

Pergi IKEA minggu lepas terberhenti kejap dekat bahagian tanaman sebab teringat 2 tahun lepas I beli pokok Calathea dekat situ. Masa beli tu besar tapak tangan je pokok dia. Saja gatal tangan beli sebab dekat bahagian bawah pokok Calathea ni ada stripe cantik warna ungu. Pokok dia kembang cantik pulak tu walaupun tak ada bunga. 


Tak expect banyak pun masa beli pokok Calathea ni sebab kebanyakan pokok masa tu mati walaupun indoor tapi pokok ni sampai sekarang hidup bahagia dekat rumah. Sekarang dah besar sampai paras pinggang dah. Baru je bulan lepas tukar pasu sebab pasu lama dah tak muat. Itupun dah masuk kali kedua tukar pasu lepas beli dekat IKEA. 


I ambil gambar ni waktu malam jadi dia tengah tidur haha sebab masa siang dah penat menyerap sinaran matahari untuk hidup. Untung sangat beli pokok Calathea ni sebab cantik dengan dual colour lepastu nak jaga pun senang. Walaupun dia indoor plant, Calathea suka tengok matahari. I letak dalam bilik air sebab dia suka kawasan lembap tapi ada matahari. Tak direct pun takpe asalkan ada sky view. Bila siang dia akan kembang bertingkat so masa tu boleh lah nampak new babiessss. 

Jangan tanya apa tips daun dia boleh besar macam tu sebab I siram air seminggu sekali lepastu lap habuk yang melekat dekat daun. Boleh kata setiap sebulan akan keluar daun baru dan daun lama akan naik tinggi. Recommended teruk kalau ada yang tengah cari indoor plant tapi tak tahu nak start dengan pokok apa dan bosan dengan Ponthos atau Snake Plant. 

5 comments

  1. Cantikkksss.. opis MA x de tingkap so memanh x leh la pokok mcm ni

    ReplyDelete
  2. Waena dan bentuk daunnya memang menarik

    ReplyDelete
  3. Kat rumah CCL banyak pokok ni . Hari tu hampir² mati sebab cuaca terlampau panas .. daun² pun kering .. dah ubah tempat teduh sikit ..siram air mujur laa naik tunas anak pokok yang baru . Sekarang dah merimbun

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik berjaya diselamatkan, kalau tak dah murung semua mati

      Delete
  4. lepas ni ambik gamba dengan daun yang tengah tak tidur. tak boleh amm nak imagine

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.