MURAL GERGASI KELUANG MAN BERSAMA WONDA KOPI EDISI KLUANG DIABADIKAN DI KLUANG JOHOR, JADI LOKASI IKONIK PENGGAMBARAN FILEM | Mural Epik Keluang Man di Kluang: Lambang Kebanggaan Lokal dan Lokasi Penggambaran Ikonik, Kini Jadi Tarikan Terbaharu Peminat Superhero di Malaysia
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filem iaitu di Kluang, Johor. Ia merupakan satu tanda penghargaan kepada Daerah Kluang, tempat kelahiran adiwira itu dalam versi filem, sekali gus menjadi salah satu tarikan terbaharu buat peminat. Mural ini juga bakal muncul di dalam filem live-action Keluang Man yang dinanti-nanti ramai.
Sebagai kolaborasi Keluang Man bersama Wonda Coffee, mural epik Keluang Man turut mempamerkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ kopi ala Kluang pertama yang disajikan dalam pakej RTD, untuk memberi penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang dihargai serta rasa asli kopi tempatan Malaysia.
Sesi pelancaran diadakan di lokasi mural iaitu Laman Pesona, Kluang dan dihadiri oleh barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan Shweta Sekhon, selain Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad serta Pengarah Anwari Ashraf. Turut menyaksikan momen bersejarah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundaram, Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Rafi bin Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati binti Wahid. Kehadiran mereka adalah untuk melengkapkan lukisan mural tersebut.
Mural ini menampilkan visual karakter-karakter utama filem seperti Keluang Man, Shamsir, Ahmad, Inspektor Sahab, Doktor Malini dan Bebe iaitu kucing kesayangan Keluang Man. Tidak ketinggalan tin minuman ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ turut diabadikan dalam visual grafiti tersebut. Pastinya ini menjadi tarikan terbaharu di Kluang yang akan menarik minat pelancong dan peminat filem.
Mural setinggi 3 bangunan itu merupakan hasil lakaran artis grafiti terkenal Abdulrashade yang telah mengambil selama 10 hari untuk melengkapi mural epik ini. Mural ini mendapat sokongan daripada pihak Majlis Perbandaran Kluang yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej bandar Kluang, Johor.
Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad “Keluang Man adalah lambang keberanian dan semangat superhero Malaysia, dan mural Keluang Man di Kluang ini adalah penghormatan kepada semua peminat dan komuniti yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Kami memilih lokasi Kluang untuk mengabadikan mural kerana bandar ini memainkan peranan penting dalam penggambaran filem Keluang Man. Kami yakin inisiatif ini bukan sahaja akan menarik peminat Keluang Man dari seluruh negara, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk merasa lebih dekat dengan filem dan watak adiwira kebanggaan semua.”
Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn Bhd, berkata, “‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ bukan sekadar produk baru; ia adalah satu penghargaan terhadap warisan kaya Kluang. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menyatukan dua jenama ikonik Malaysia—KELUANG MAN dan Wonda Coffee. Kerjasama ini merupakan penghormatan kepada identiti Malaysia, dan kami berhasrat untuk mencipta pengalaman yang bermakna untuk para penonton.”.
Beliau menambah, “Keunggulan rasa Tongkat Ali dapat dinikmati dalam edisi khas ini. Ia melambangkan kekuatan dan ketahanan yang diwakili oleh KELUANG MAN dan pencinta kopi kami. Menjadi sebahagian daripada warisan Kluang, hari ini adalah detik yang penting bagi kami, sekaligus mengukuhkan komitmen kami untuk menghormati budaya unik Malaysia melalui karya seni Abdulrashade yang menakjubkan. Wonda Kopi Edisi Kluang’ menangkap keaslian dan hubungan mendalam yang dicari oleh pencinta kopi. Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan sahaja menggabungkan seni pembuatan filem dan pembuatan kopi, tetapi juga menceritakan kisah bermakna yang beresonansi dengan rakyat Malaysia di seluruh negara.”
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati Wahid menyifatkan pemilihan Kluang sebagai lokasi utama untuk membuat mural Keluang Man oleh Astro Shaw pasti menimbulkan perasaan gembira, bangga dan teruja selain ianya memberi satu reaksi positif untuk projek seperti ini. “Mural Keluang Man ini merupakan satu pengiktirafan kepada Daerah Kluang yang merupakan daerah yang berada di tengah negeri Johor yang berupaya menjadi tarikan pengunjung datang ke sini. Besarlah harapan saya agar dengan adanya graffiti ini, Kluang akan menjadi sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik.”
Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf membariskan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Untuk semua pencinta kopi Malaysia, termasuk peminat Wonda Coffee, edisi baharu ini kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia. Jadi, dapatkan sekarang dan nikmati rasa sebenar kopi Kluang yang penuh kelazatan. Cita rasa kita, wira kita”. Untuk maklumat lanjut mengenai Wonda Coffee dan "Wonda Kopi Edisi Kluang", sila layari Facebook dan Instagram.
Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie #AstroShaw #WONDAxKeluangMan #WiraWonda #KeluangManxWonda #CitaRasaKitaWiraKita bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
*****************************************
Mengenai Astro Shaw sebagai Penerbit, Pelabur, dan Pengedar serta Agensi Pemasaran:
Astro Shaw adalah syarikat produksi filem Malaysia yang menghasilkan filem untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw secara aktif mengedarkan filemnya di luar pasaran domestik, menjadikannya dikenali di ruang serantau dan global. Sejak penubuhannya pada tahun 1996, Astro Shaw telah menghasilkan lebih daripada 100 filem dalam pelbagai genre dan bahasa.
Beberapa tajuk terkenal termasuk Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun, dan The Garden of Evening Mists. Filem trilogi Polis Evo telah meraih lebih RM100 juta dalam kutipan box office, sementara Sheriff juga mencatatkan sejarah sebagai filem aksi nombor satu negara sepanjang zaman dengan kutipan box office sebanyak RM64 juta.
Tentang WONDA
Dibuat dengan biji kopi Arabica berkualiti premium yang memberikan rasa ‘baru diseduh,’ WONDA Premium Coffee menyajikan sentuhan kesegaran yang lazat yang akan membangkitkan deria anda. Diperkenalkan di Malaysia oleh Etika Sdn Bhd, WONDA Coffee adalah jenama terkemuka dari Tanah Matahari Terbit. Kopi siap minum (RTD) premium ini menawarkan rasa halus kopi yang baru diseduh dalam sembilan varian unik: Original dan Mocha, yang mengandungi lebih daripada 50% biji kopi Arabica premium; Latte, yang dibuat daripada campuran krim berperisa vanila Perancis; Kopi Tarik, yang menawarkan rasa tempatan yang benar-benar krim; Extra Presso, yang memberikan rasa kopi yang lebih kuat; Zero Max Original dan Latte, yang menyediakan rasa kopi yang kaya dan penuh tanpa gula tambahan; serta Extra Shot Black & Milk Coffee, yang memberikan dos kopi tambahan dalam satu tin. WONDA Coffee juga menawarkan WONDA 3-dalam-1 Kopi Premium dalam dua varian: Kopi Tarik dan Original, memastikan pengalaman kopi yang hebat dalam format yang mudah. Selain itu, WONDA menyediakan pilihan kopi segera, termasuk WONDA Gold, yang memberikan rasa kaya dan tekstur halus melalui campuran aromatik biji Arabica dan Robusta, serta WONDA Signature, yang diformulasikan dengan 100% biji Arabica, menawarkan pengalaman kopi yang tidak dapat dilupakan dengan rasa yang sangat halus dan seimbang.
Tentang ETIKA
Salah satu pengedar minuman terkemuka di Malaysia, Etika Sdn Bhd adalah pembotol rasmi untuk PepsiCo di Malaysia. Etika Sdn Bhd memasarkan dan mengedarkan beberapa jenama global PepsiCo seperti Pepsi, Tropicana, Mountain Dew, Revive Isotonic, Mirinda, 7UP, Lipton Ice Tea, MUG, Gatorade, Sting, dan Evervess, serta Kickapoo (jenama Monarch) dan rangkaian produknya sendiri yang merangkumi WONDA Coffee, Goodday Milk, Calpis, Dairy Champ, Hijrah, Chill Asian Drinks, dan Bleu.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.