Syarikat Produksi: Rapi Films, Sky Media, Legacy Pictures, Rhaya Flicks
Pengedar: Cinema 21 (Indonesia), GSC Movies (Malaysia), Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 96 minit
Tarikh Tayangan: 30 April 2024 (Indonesia), 16 Mei 2024 (Malaysia)
Trailer:
Kisah bermula dengan babak wanita bernama Sekar (Shareefa Daanish) membuat ritual membaca mantera yang diajar oleh Mak Ambar (Dewi Pakis). Dalam babak tersebut Mak Ambar berpesan tiada sesiapa yang boleh membuang jin yang didampingi melainkan Mak Ambar atau individu yang lebih tinggi ilmunya.
Berpuluh tahun kedepannya, Sekar mengalami masalah hidup apabila restoran yang dimilikinya sering dihindar oleh orang sekeliling. Pembantunya, Rodiah (Ruth Marini) juga pelik kenapa tidak ramai yang datang sedangkan banyak resipi baru telah dicuba. Rodiah juga berusaha untuk memujuk kenalannya untuk singgah membeli makanan di situ.
Anehnya, makanan yang baru saja dimasak menjadi busuk dan basi. Dari luar, restoran Sekar terlihat buruk dan berbau busuk malah mempunyai longgokan sampah dan tikus. Sekar mengajak Rodiah pergi berjumpa dengan Mak Ambar tapi dukun tersebut telah meninggal dunia.
Di rumah pula, anak bongsunya, Dodi (Shakeel Fauzi) sering diganggu oleh makhluk berwajah hodoh dan besar. Hanya Dodi yang sering diganggu oleh makluk tersebut sementara Ratna (Caitlin Halderman) tidak pernah mengalami kejadian ngeri lantas dia sering mengendahkan aduan Dodi. Anak sulung Sekar bernama Dani (Daffa Wardhana) pula telah dihalau keluar kerana sering melepak dan menghabiskan masa dengan geng motor.
Selepas melawat Mak Ambar, Sekar mula diganggu oleh jin yang didampinginya sehingga dia dirasuk. Badannya mula melecur seperti Mak Ambar dan mengadu panas tak kira siang atau malam. Ratna dan Dodi meminta bantuan Dani dan Rodiah namun jin yang selama ini membantu Sekar mula menuntut nyawa.
Filem Menjelang Ajal arahan Hadrah Daeng Ratu diterbitkan oleh Rapi Films yang popular dengan Pengabdi Setan (2017), Pengabdi Setan 2 (2022) dan drama Teluh Darah (2023). Tak hairan lah bila naskhah seram ni ada banyak jumpscares dan babak yang mengerikan. Dalam filem Menjelang Ajal juga pengarah masukkan tribute filem Pengabdi Setan (2017) bila watak Dodi menonton sendirian sebelum Sekar pulang ke rumah.
Casting director buat pilihan yang tepat dengan memilih Shareefa Daanish sebagai pelakon utama kerana mempunyai senyuman menyeringai yang menyeramkan, cukup untuk bulu roma berdiri tegak. Dia pandai guna tona suara antara watak Sekar yang sayangkan anak-anak dengan watak Sekar yang dirasuk.
Dekat awal filem tu rasa nak marah sebab pilih jalan yang salah tapi bila dengar kisah dia, kita jadi kasihan sangat sebab perempuan zaman dulu tak sama dengan nasib perempuan zaman sekarang yang terdidik dan ada banyak pilihan hidup. Watak Sekar ni lebih kurang sama dengan watak Kamariah dalam drama Nafsu (2024).
Lakonan Shakeel Fauzi Aisy mencuri tumpuan walaupun masih muda di antara barisan pelakon utama. Tak ada langsung rasa kekok depan kamera dan betul-betul menghidupkan watak Dodi yang hidup dalam ketakutan akibat jin milik ibunya sentiasa mengganggu. Dah la comel sampai rasa kesian sangat bila jin tu asyik target dia padahal Ratna duduk dalam rumah yang sama, bilik yang sama dengan Dodi.
Screentime Caitlin tak banyak sangat dalam filem Menjelang Ajal dan kebanyakannya berkongsi dengan watak-watak lain seperti kekasihnya, Bram (Michael Olindo), Dodi atau abangnya, Dani. Nasib baik lah penulis cipta watak Ratna sebagai watak yang kuat walaupun pada awalnya dia macam tak endahkan sangat nasihat Sekar.
Masa tengok first half Menjelang Ajal tertanya-tanya juga siapa yang berlakon watak Bram sebab muka dia familiar. Bila buat review baru perasan dia pernah berlakon dalam filem Catatan Si Boy (2023) tapi screentime tak banyak sebab jadi pelakon sampingan. Dalam filem ni, Michael dapat screentime lebih sikit lah walaupun dialog tak banyak mana. Chemistry dia dengan Caitlin yang kukuhkan babak romantik dan screenplay mereka berdua. Malangnya, watak dia tak membantu banyak untuk keluarga Sekar di second half.
Sinematografi filem Menjelang Ajal oleh Muhammad Firdaus I. C. S mengukuhkan screenplay genre seram dengan beberapa close up pada babak jumpscares. Filem ni pun tak lah terlampau kelam sebab rasa seram tu datang dari fizikal dan rupa paras jin yang didamping. Seronok lah tengok filem yang tak perlu sepetkan mata sebab nak fokus apa benda yang pengarah tayang.
Minus point filem Menjelang Ajal bila penulis tak kasi can pada watak lain untuk lemahkan kuasa jin sampai lah tiga beradik ni berjumpa dengan Kiai. Tak logik lah bila watak Ustaz boleh kalah tapi bila Dodi menjerit panggil Sekar, jin tu boleh teragak-agak untuk serang. I faham ada kuasa ibu dan anak tapi dekat situ macam merepek sikit sebab babak dekat hutan dan rumah Kiai tu a bit draggy.
Watak Dani sepatutnya boleh jadi lebih kuat sebab kita dah nampak kenapa Sekar mudah sangat panas hati dengan anak sulung dia tapi penulis nak juga jin tu berjumpa dengan Kiai. Mungkin watak Dani akan dikuatkan pada sekuel nanti.
Jalan cerita dia predictable tapi lakonan barisan pelakon, suasana latar tempat dan babak-babak seram antara kekuatan filem Menjelang Ajal. Kalau belum tengok boleh layan dekat Netflix.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10
Hahahaha awalnya saya tak tertarik tahu nonton ini. Apalagi banyak pemainnya yg saya tak kenal. Tp setelah baca review kakak, langsung teringin pula 🤭😄. Okelaah masukkan dalam list . Tp tak nak nonton sendiri 🤣
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Betul, suka watak Sekar tu tapi yang seramnya bila dorg nak bawa dia jumpa Kiai tu, dahlah masuk hutan, senyuman seram dia menjadi betul.
ReplyDeleteHahahaha awalnya saya tak tertarik tahu nonton ini. Apalagi banyak pemainnya yg saya tak kenal. Tp setelah baca review kakak, langsung teringin pula 🤭😄. Okelaah masukkan dalam list . Tp tak nak nonton sendiri 🤣
ReplyDelete