Tarikh Tayangan: 11 April 2024 (Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei), 26 April 2024 (Amerika Syarikat)
Trailer:
Mila (Maudy Effrosina) bersama abang sepupunya, Yuda (Jourdy Pranata) dan juga rakan lain, Arya (Ardit Erwandha) mencari kampung yang mempunyai pintu gerbang yang dilukis oleh seorang dukun. Arya bawa mereka berdua berjumpa dengan rakannya, Jito (Moh. Iqbal Sulaiman) yang tinggal di sebuah kampung.
Menurut Jito pintu gerbang tersebut boleh dijumpai di Desa Penari lalu mereka berempat menuju ke kampung terpencil tersebut. Di sana, mereka berjumpa dengan Ratih (Claresta Taufan Kusumarina) yang senasib dengan Mila bila ibu mereka terkena sumpahan Badarawuhi. Badan mereka mengeras, dipenuhi dengan lepuh dan luka. Mata terbeliak kemerahan dan tidak mampu bercakap.
Dukun yang merawat ibu Mila (Maryam Supraba) meminta agar gelang milik Badarawuhi dipulangkan di Angkara Murka. Hanya mereka yang dijemput oleh wanita penari tersebut yang boleh pergi ke sana. Mila, Yuda, Arya dan Jito terpaksa bermalam di Desa Penari untuk bertemu dengan Buyut (Diding Boneng) setelah ketua kampung, Mbah Putri (Pipien Putri) baru saja meninggal dunia. Sepanjang berada di sana mereka sentiasa diganggu secara sedar ataupun tidak.
Naskhah sekuel kepada KKN di Desa Penari (2022) menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana bermulanya sumpahan terhadap Desa Penari. Penerbit MD Pictures, Manoj Punjabi kali ini menggunakan khidmat pengarah baru, Kimo Stamboel namun mengekalkan penulis yang sama, Lele Laila.
Tampak berbeza alur penceritaan antara dua naskhah walaupun menggunakan latar tempat dan tema yang sama. Kalau di filem pertama kita tak berhenti diganggu dengan Badarawuhi, dalam filem sekuel tak pula banyak gangguan tersebut cuma ngeri dengan sumpahan yang dikenakan kepada beberapa watak. Tak ada confrontation antara babak Badarawuhi dengan watak-watak tersebut sebelum sumpahan dikenakan untuk simpan kejutan di penghujung cerita tapi dari awal lagi kita dah tahu kenapa dan siapa mereka.
Beberapa watak yang pernah muncul dalam filem sebelumnya, muncul juga di dalam sekuel seperti Pak Prabhu versi muda, Mbah Buyut dan semestinya Badarawuhi. Kalau belum tengok KKN di Desa Penari boleh tengok tak Badarawuhi di Desa Penari? Boleh. Mungkin lebih baik tengok filem sekuel sebelum tengok filem asal.
Tujuan filem Badarawuhi Di Desa Penari dibikin adalah untuk menerangkan kenapa kampung tersebut disumpah pada awalnya tapi persoalan utamanya masih wujud selepas 122 minit tayangan. Dari awal lagi ritual menghantar anak gadis ke Angkara Murka sudah pun berlaku dan kenapa mereka tak boleh keluar dari sumpahan tersebut pun tak dijelaskan. Penulis hanya bagitahu macam mana untuk menghentikan sumpahan buat sementara waktu sahaja. Kenapa Badarawuhi mengamuk selepas 25 tahun sedangkan dia boleh travel ke Jakarta pun tak diceritakan.
Watak Mila adalah watak utama namun watak Ratih sebenarnya yang mencuri tumpuan dengan cabaran yang dia perlu tempuh demi menyelamatkan si ibu (Dinda Kanyadewi). Bila ada babak bersama dengan Mila, Ratih lebih menyerlah sementara Mila kebanyakan masanya space out. Watak Badarawuhi juga dapat banyak screentime untuk tonjolkan karakter dia sebagai Ketua Penari di desa tersebut.
Menyampah juga tengok watak Mila sebab jenis tak fikir panjang. Dari awal lagi dia dah dilarang supaya jangan pergi ke Desa Penari tapi dia tetap bertegas. Bila diganggu oleh Badarawuhi pun, dia sembrono saja pergi tanpa bagitahu Yuda padahal tak jauh pun rumah Ratih dengan Yuda. Kalau dia nak ikut kepala sendiri, kenapa ajak Yuda dan Arya untuk teman? Walaupun ibu dia pesan jangan mudah terpedaya dengan permintaan Badarawuhi, dia tetap ikut permintaan makhluk tu. Babak dia berkasar dengan Buyut pun rasa nak penampar sebab Buyut dah banyak bantu keluarga dia.
Sinematografi dari Patrick Tashadian meneruskan legasi SimpleMan kerana berjaya menghidupkan suasana seram dan kelam di Desa Penari. Macam mana sebuah pelita boleh menghadirkan rasa seram berlatarkan beberapa orang penari berkelubung putih di belakang. Badarawuhi juga sentiasa tampil memukau dalam persalinan ketua penari. Lirikan mata dan gemalai jemari juga boleh menguatkan lagi rasa seram kepada situasi genting yang dialami oleh watak-watak utama.
Bila tengok filem Badarawuhi Di Desa Penari ni dah boleh faham sikit lah yang Badarawuhi ni adalah jin sebab sentiasa dipenuhi dengan ular dan makhluk yang mengekori dia pun sama fizikal dengan jin dalam filem Kereta Beradarah (2024). Kedua-duanya juga tinggal di hutan milik mereka lalu diganggu oleh manusia. Mungkin solusi sumpahan Desa Penari ni mudah, keluar dari hutan tersebut dan tinggal di kampung lain. Bak kata dukun dalam Kereta Berdarah, sudah ditakdirkan hutan adalah tempat tinggal mereka jadi apa lah yang kita nak sanggah lagi kan?
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10
Memang tokoh Mila ini bikin emosi jiwa 😅. Kalo ada teman begini, rada gemas pula nak tinggalkan dia saja sendiri. Dah tahu itu hutan keramat, mana boleh kita bercakap dan berbuat sembarangan.
Daerah seperti desa penari ini memang msh ada di Indonesia. Tapi terkadang kalo orang kota datang kesana, mereka pantas suka berbuat seenaknya. Mengira itu hanya mitos belaka.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ya, sy lebih suka lakonan Ratih, mimik muka, gerak tubuh dan pandangan mata yg ketakutan lebih hidup berbanding Mila.
ReplyDeleteMemang tokoh Mila ini bikin emosi jiwa 😅. Kalo ada teman begini, rada gemas pula nak tinggalkan dia saja sendiri. Dah tahu itu hutan keramat, mana boleh kita bercakap dan berbuat sembarangan.
ReplyDeleteDaerah seperti desa penari ini memang msh ada di Indonesia. Tapi terkadang kalo orang kota datang kesana, mereka pantas suka berbuat seenaknya. Mengira itu hanya mitos belaka.
Saya paling tak kuat liat scene yg banyak ular.