Movie Review | 172 Days (2023)

Sunday, 8 September 2024


Pengarah: Hadrah Daeng Ratu
Penulis Skrip: Archie Hekagery 
Pelakon:  Yasmin Napper, Bryan Domani, Yoriko Angeline, Amara Sophie, Oki Setiana Dewi, Tengku Firmansyah, Ridwan Ghany, Hamas Syahid, Meisya Siregar
Syarikat Produksi: Starvision 
Pengedar: GSC Movies, Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 103 minit
Tarikh Tayangan:  23 November 2023 (Indonesia), 21 Januari 2024 (Malaysia), 4 April 2024 (Netflix)
Trailer:


Filem 172 Days mengisahkan tentang Nadzira Shafa (Yasmin Napper) yang mengambil jalan untuk berhijrah setelah mengalami kemurungan. Zira sedar berapa banyak parti yang dia pergi, arak yang dia minum dan dadah yang dia telan tak mampu mengubat rasa sunyi dan sakit setelah kehilangan ayahnya (Tengku Firmansyah). Rakan baiknya, Niki (Amara Sophie) ditinggalkan kerana tidak mahu terpengaruh ke jalan yang terpesong. Perlahan demi perlahan Zira berubah ditemani oleh kakaknya, Bella (Adhitya Putri) dan rakan sekolahnya, Intan (Yoriko Angeline). 

Sejak mendalami ilmu agama, Ustaz Ameer Azzikra (Bryan Domani) yang terkenal dan merupakan salah seorang pendakwah selebriti berusaha untuk berkenalan dengan Zira. Sebenarnya Ameer sudah lama follow Zira di Instagram kerana mendiang ayahnya, Kiai Ustadz Arifin Ilham berkawan dengan mendiang bapa Zira namun cubaan perkenalan Ustaz Ameer diendahkan saja. Bermula dari kawan, mereka bertaaruf dan kemudiannya berkahwin. 

Sejak hari pertama pernikahan, Ustaz Ameer sentiasa melayan Zira dengan baik, seiring dengan ajaran agama Islam lalu menguatkan lagi iman Zira untuk menjadi Muslimah yang baik. Mereka tinggal dekat dengan masjid dan sering menghadiri kuliah agama bersama sehingga lah Ustaz Ameer dan Zira menerima ujian dari Allah s.w.t.

Naskhah romantik drama arahan Hadrah Daeng Ratu diadaptasikan dari novel 172 Days yang ditulis oleh Nadzira Shafa iaitu watak utama filem tersebut. Lagu tema, Rakit juga dinyanyikan oleh Nadzira Shafa untuk menyimpan memori dan kenangan buat mendiang suami yang tercinta. Tak pasti kalau pengarah masukkan kesemua kisah si penulis ataupun ada beberapa babak yang direka untuk mengukuhkan lagi genre filem. 



Dari tahun lepas lagi dah tahu filem 172 Days mempunyai sad ending sebab tu ambil masa yang lama untuk persiapkan diri. Kalau ikutkan tak nak tengok pun tapi sebab ada Bryan Domani, terpaksa layan juga. Dekat mana lagi nak tengok Bryan jadi Imam kan?

Jalan cerita 172 Days bersifat straight-forward walaupun ada beberapa flashbacks tapi menguatkan penceritaan dan mengukuhkan emosi dari watak-watak utama. Sebelum berkahwin, penulis ceritakan episod penghijrahan dia sehingga bertemu dengan Ustaz Ameer kemudiannya masuk ke alam perkahwinan yang romantik. Bersemut lah tengok babak Ustaz Ameer dengan Zira sebab Ustaz Ameer dia Bryan Domani. Kalau orang lain yang berlakon mungkin biasa aja. 

Chemistry antara Bryan Domani dengan Yasmin Napper antara kekuatan filem romantis terbitan Starvision. Ada la beberapa babak terlihat seperti fantasi pelajar sekolah agama tapi genre filem pun romantik, nak pertikai apa lagi kan? Kalau tak ada babak cringe, lovey-dovey tu bukan genre romantik lah. Dia akan jadi genre kayu. 

Sayangnya dialog dalam filem 172 Days tak lah mendalam atau puitis macam filem Dilan atau Surat Cinta Untuk Starla. Love language Ustaz Ameer ni lebih kepada act of service instead of words of affirmation. Sinematografi dari Adrian Sugiono menguatkan lagi atmosfera alam perkahwinan Ustaz Ameer dan Zira selama 172 hari. Banyak babak disunting dengan template dreamy dan pastel palette. 

Tak banyak pun yang diceritakan tentang penyakit kronik Ustaz Ameer sebab ending dia mendadak bila suami dia sakit terus masuk wad ICU kemudian meninggal. Mungkin penulis tak nak abadikan memori yang menyakitkan tu jadi plot akhir tersangatlah terhad. Of course lah menangis bila tengok ending sebab baru saja berhijrah tapi Tuhan bagi dua ujian besar untuk dia tapi tak lah menangis beria. Bak kata Kak Bella, kalau meninggal senang, lepas dua minggu menangis bisa move on jalani hidup.

Banyak mesej yang dibawa masuk dalam filem 172 Days memandangkan naskhah ni bertemakan cinta Islamik tapi semuanya mesej biasa kecuali tentang pinjaman Allah dalam babak tazkirah Oki Setiana Dewi. Mesej tu juga yang tiupkan semangat untuk Zira ikhlaskan pemergian Ustaz Ameer dan mendiang suami dia sendiri selalu berpesan jangan pernah takut dengan kematian. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

1 comment

  1. Saya baru tahu ada movie ini. Tapi memang tak seberapa ikutkan movie romantis Indonesia. Tapi setelah baca review kakak, dan ternyata sad ending, ok fine, saya cukup baca review saja. Nak menangis , susah move on pula nanti 😅😄

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.