Minggu Akhir TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia | Farhan Juara Pertama ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’!

Tuesday 17 September 2024

Melabuhkan tirainya semalam, program ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ menobatkan peserta Farhan Mustapha sebagai juaranya. Mengungguli kedua-dua pusingan yang diberikan, Farhan mendapat markah keseluruhan sebanyak 70.13% di pusingan pertama dan 70.57% di pusingan kedua. 

Kerusi ‘The Grand Six’ yang bakal dibawa bertanding ke peringkat antarabangsa termasuk Jelly Belly (70.00%), Shazreen Shaharum (66.43%), Syaffiq Sahli (65.78%), Ameerais (65.38%) dan Bulan Asyraff (64.79%). Selain itu, peserta Syaffiq Sahli turut mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed, serta Farhan Mustapha mendapat anugerah Gimme The mic Alha Alfa. Saksikan ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘TIKTOK LIVE X ASTRO GIMME THE MIC MALAYSIA’

 • ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang menerokai bakat muzik baharu di Malaysia bermula siaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, di mana mereka perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

• Sherry Alhadad bergandingan bersama pengacara dan pelakon terkenal, Sean Lee sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, pelakon dan komposer terhebat yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic’ akan diadili 70% oleh barisan panel juri profesional dan 30% selebihnya daripada undian para penonton menerusi platform TikTok.

Syaffiq Sahli - Bohemian Rhapsody (Queen)

Epet - Karma (Brotherhood)

Shazreen Shaharum - Cinta Sejati (Bunga Cinta Lestari)

Syamel Amzah - Sambutlah Kasih (Lovehunter)

Raes - Skyfall (Adele)

Junlloyd Egano - Believer (Imagine Dragons)

Ameerais - Roman Picisan (Dewa 19)

Bulan Asyraff - Kesetiaan (Dewa 19)

Farhan Mustapha - Sampai Mati (Hazama)

Jelly Belly - Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir & Jamal Abdillah)

Syaffiq Sahli - Rindu (Agnes Monica)

Farhan Mustapha - Berhenti Berharap (Sheila On 7)

Bulan Asyraff - Tak Mungkin Bersama (Judika)

Shazreen Shaharum - Terus Hidup (Aina Abdul)

Jelly Belly - We Will Rock You (Queen)

Ameerais - Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)

• Juara, iaitu ‘ The Grand Champion’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, sebuah trofi, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel. Manakala tempat kedua sehingga ke enam akan mendapat trofi sumbangan Astro.

• ‘The Grand Six’ akan mara ke pusingan antarabangsa, bertanding dengan pemenang-pemenang daripada negara lain.

• Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.

• ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh Telco Rasmi, CelcomDigi dan Alha Alfa Cosmetics.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.