KEMUNCULAN BINTANG KELUANG MAN & KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL DALAM PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-67!

Sunday 1 September 2024

Buat pertama kali dalam sejarah, dua karakter dari karya hiburan popular Malaysia iaitu Keluang Man dan Kahar dari siri fenomena Project High Council membuat penampilan istimewa dalam acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 dengan mengikuti perarakan Hari Kebangsaan.

Ini menyaksikan penampilan pertama watak Keluang Man lakonan Nas Muammar Zar untuk tatapan umum dengan sut rasmi di depan khalayak ramai, di samping Amir Ahnaf yang sinonim dengan karakter Kahar. Amir turut ditemani watak-watak lain dari filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu Kahar: Kapla High Council. 





Mereka ialah Aedy Ashraf yang memegang watak Beja, Sky Iskandar (Megat), Thompson Goh (Li), Khenobu (Jojo), Fazziq Muqris (Zahrin) dan Fadhli Masoot (Hakeem). Barisan bintang ini mengikuti perarakan Hari Kebangsaan dengan berada di atas bas KL Hop-On Hop-Off yang memaparkan karakter Keluang Man dan watak-watak dari Kahar: Kapla High Council di badan bas tersebut. 

Selain para pelakon, turut bersama di atas bas tersebut ialah 10 pemenang bertuah peraduan Lesen High Council dari gempak.com.  

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Ini merupakan satu langkah bersejarah bagi Astro Shaw apabila berpeluang menyertai salah satu acara terbesar negara buat pertama kali. Kami bawakan filem terbitan Astro Shaw iaitu Keluang Man dan Kahar: Kapla High Council menyertai perarakan ini. Usaha ini adalah lambang sokongan kepada industri kreatif tempatan, sekaligus memeriahkan sambutan Hari Merdeka. Harapan kami dengan kemunculan individu-individu ini dapat membawa semangat baharu kepada sambutan Hari Kebangsaan, di samping merapatkan lagi hubungan di antara seni, hiburan dan masyarakat”. 

Selepas tamat sesi perarakan, barisan pelakon meluangkan masa untuk bertemu peminat di ‘booth’ Astro Shaw yang berada di lokasi berhampiran. 

Ikuti perkembangan terbaru mengenai filem Keluang Man dan Kahar : Kapla High Council di media sosial Astro Shaw. Gunakan tanda pagar #KeluangMan #KaharKaplaHighCouncil untuk untuk berkongsi tentang filem ini di semua media sosial anda.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.