Dulu masa sekolah selalu dengar cikgu cakap 'batch kamu la yang paling teruk saya pernah jumpa' setiap kali masuk kelas mana-mana guru. Masuk universiti pun ada juga ayat tu. Dah kerja je tak dengar dah. Dulu rasa menyampah bila keluar ayat tu dari mulut cikgu tapi bila kena batang hidung sendiri, memang berguna sangat ayat tu.
Since I in charge bahagian Company Secretary dan Admin, ada banyak lah kerja yang memerlukan documents filing. Selalunya I akan minta bantuan chambering students ataupun intern sebab diorang tak banyak kerja sangat. Tapi setiap intake mesti ada ceritanya tersendiri.
Tahun 2021 I minta chambering student ni buat filing lepastu I perasan lah banyak jugak arch file yang rosak bila clip dia dah tak boleh bercantum. Mana lah kita nak tahu siapa gerangannya sebab bukan seorang dua I minta bantuan kan? Satu hari tu kantoi dia bukak besi fail guna tangan, tak guna pun besi pengungkit dekat fail tu. Memang patut lah rosak arch file kalau buka secara paksa macam tu.
Tahun 2022 pula I minta chambering student baru buat filing untuk semua document Cosec. Banyak juga document correspondences masa tu, boleh kata hampir semua syarikat ada dokumennya. Bila I cari document dalam file habis document jadi melengkung bila tak ada stopper.
Rupanya dia buang semua stopper dalam arch file syarikat tu. Tak sikit lah cerita dia sebab company cosec ada berpuluh-puluh syarikat. Nearly a hundred. Dia buat kerja filing tu dekat meja pantry tapi I tak perasan stopper file dekat situ sebab akak cleaner dah masukkan dalam laci meja. Nasib baik akak tu simpan, kalau dia buang? Dah satu hal nak kena cari 100pcs stopper file dekat Shopee 😭😭😭😭
Untuk kisah tahun ni pula, I ada dua orang internship students assist I buat kerja-kerja Cosec. Nak pula masa tu tengah musim audit jadi banyak lah dokumen correspondences, bills ataupun audit report sebab tengah rancak buat lodgement dekat SSM. I selalunya akan letak dokumen nak filing dekat dalam L-shape folder dan asingkan ikut syarikat supaya diorang tak keliru.
Bila tengah sibuk dengan kerja tak ada lah beria nak belek satu satu semua kerja lagipun filing documents je kan? Satu hari terjumpa L-shape folder ditebuk sekali masuk dalam arch file. Kita himpunkan semua resolution ikut company supaya senang dia nak filing rupanya dia buat cara lagi mudah 😭😭😭😭
Nampak macam kerja remeh filing documents ni tapi sakit jugak kepala kalau jumpa kejadian aneh-aneh. Memandangkan semakin banyak kejadian aneh, I dengan Ain dah sepakat nak brief macam mana nak filing setiap kali ada lawyer/staff/chambering student/intern baru untuk mengelakkan perkara-perkara sebegini berulang lagi.
Bila masuk zaman digital ni, arch file pun terima nasib yang sama dengan disket. Silap haribulan beberapa tahun lagi dah tak wujud arch file ni. I pergi Lotus nak beli arch file pun semedang tak ada stok.
Thanks for your sharing
ReplyDeleteBetul tu Farhana! Kalau buka secara paksa, memang gitulah jadinya. Kat opis ni, sampai senget-senget dibuatnya, stressed jugak tengok. Dah takde keje lain, semedang je la nak kena tukar file. Arch file dah macam harta karun laaa nih. Harga pun nampaknya makin melambung lately.
ReplyDelete