Drama Review | Call Me Bae (2024)

Sunday, 8 September 2024


Director: Colin D'Cunha
Writers: Ishita Moitra, Samina Motlekar, Rohit Nair
Cast: Ananya Panday, Muskkaan Jaferi, Gurfateh Pirzada, Niharika Lyra Dutt, Varun Sood, Vihaan Samat, Vir Das, Lisa Mishra, Sahil Shroff, Mini Mathur, Shiv Masand, Riya Sen, Suchitra Pillai, Karishma Tanna, Urvashi Rautela, Sayani Gupta, Orry
Production Company: Dharmatic Entertainment
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Comedy / Drama 
Running Episodes: 8 episodes (30–40 minutes per episode)
Release Date: 6 September 2024 
Trailer :


Berlatarkan Delhi, drama Call Me Bae mengisahkan tentang Bella a.k.a Bae (Ananya Panday) diusir keluar dari rumah suaminya, Agastya Chowdhary (Vihaan Samat) selepas kantoi curang dengan gym trainer, Prince (Varun Sood) ketika delegasi dari Korea datang ke India. 

Bila pulang ke rumah keluarga, Bae diarahkan untuk tinggal di LA untuk beberapa tempoh sehingga keadaan jadi tenang. Bae cuba meminta bantuan dari abangnya, Samar yang berada di Mumbai namun permintaannya ditolak mentah-mentah kerana dia cuma dianggap sebagai beban kepada keluarga. 


Samar dan Agastya cadangkan supaya Bae tinggal di farm house yang lengkap dengan orang gaji, pemandu dan juga kredit kad platinum kerana mereka semua tahu yang Bae tak akan mampu hidup berdikari. Malu dengan penghinaan tersebut, Bae bawa diri dan minta bantuan Saira Ali (Muskkaan Jaferi), seorang pengurus hotel. 

Bae tinggal dengan Saira di Lostel selama 3 bulan dan mula mencari kerja mengikut kelebihan dan kemahiran yang dia ada. Malangnya semua tak menjadi hingga lah video Bae ketika mabuk dan mengutuk Satyajit Sen (Vir Das) menjadi viral. Neel Nair (Gurfateh Pirzada) yang juga bekerja di TRP menawarkan internship kepada Bae selama 3 bulan dengan elaun dan beberapa kelebihan. 


Sambil Bae menyesuaikan diri di dunia pekerjaan dan bantu Neel bina imej di alam maya, Bae didekati oleh Anamika yang ingin mendedahkan identiti sebenar Mukul Sawla (Riya Sen), seorang ahli perniagaan yang berpengaruh dan bakal menceburi dunia politik. 

Naskhah Call Me Bae terbitan Dharmatic Productions adalah debut platform dari Karan Johar kepada Ananya Panday. Walaupun Ananya telah pun debut dalam filem Student of the Year 2 (2019) tapi drama Call Me Bae adalah debut untuk web series. Promo strategy untuk drama Call Me Bae dilakukan secara besar-besaran. 


Alur penceritaan Call Me Bae dibikin ringan dan santai walaupun membawa mesej gangguan seksual yang agak berat melalui konflik Anamika dan Mukul Sawla. Selain itu, mesej realiti kebenaran yang dipaparkan oleh pihak media dengan fakta juga dibahaskan dalam drama sebanyak 8 episod. Memandangkan konflik Anamika melibatkan Bollywood industry, dapat juga la tengok beberapa cameo dari pelakon B-list macam Karishma Tanna dan Urvashi Rautela. Orry pun ada cameo juga sebagai soft launch untuk program realiti dia nanti. Yewww. On point bila penulis masukkan dialog Siddhant Chaturvedi kepada Ananya masa Roundtable Actor dulu. 





Bila muncul naskhah terbitan Karan Johar mesti lah nak usha wardrobe beberapa watak utama sebab Manish Malhotra jadi fashion stylist untuk drama Call Me Bae. One of my favourite stylist juga walaupun wardrobe dia tak slay macam Rhea but still worth the wait. Tak perlu dipertikai lagi sinematografi untuk mengukuhkan kehidupan elit kota Delhi sebab itu forte Karan Johar. Ananya terlihat menawan dalam setiap babak dia muncul, tak kisah lah dalam situasi apa pun. Jadi penganggur dekat hostel pun outfit letops. 

Berbalik kepada persembahan Ananya Panday sebagai Bae, tak susah pun untuk dia lakonkan watak Bella Chowdary sebab lebih kurang sama dengan watak-watak dia sebelum ni dalam filem Student of the Year 2 (2019), Gehraiyaan (2022) dan Kho Gaye Hum Kahan (2023). Anak orang kaya tapi ada masalah kesunyian dan diabaikan. 


Sama macam watak-watak lain, senang betul kasihan dengan Bae bila dia dipaksa terima kenyataan yang dia adalah beban keluarga. Dari kecil ibu dia (Mini Mathur) aturkan semuanya dan paksa dia berkahwin demi selamatkan kewangan keluarga. Bila dah kahwin, suami pula tak pernah peduli sampai dia tak tahan lepas 3 tahun jadi patung cendana dalam rumah tersebut. 

Suka tengok moment Bae dengan Saira sebab watak tu selalu ada untuk dia bila dia perlukan pertolongan atau emotional support. Bae bukanlah bimbo teruk sangat cuma hidup dia tak pernah susah, semuanya pembantu yang buatkan padahal dia ada banyak pengalaman dan kemahiran. Mungkin pada awalnya nampak macam kemahiran merepek tapi dia banyak bantu orang sekeliling dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dia. Kalau bukan sebab pengalaman-pengalaman dia juga, tak mungkin boleh bentuk identiti Bae. 


Watak Vir Das sebagai anchor news terkenal juga toxic boss kepada Bae pun membantu menambahkan lagi babak kelakar dalam drama Call Me Bae. Tak mudah pun untuk jangka ke mana hala tuju drama Call Me Bae sebab dekat awal lagi penulis dah tayang perangai sebenar Satyajit Sen menerusi perbualan dia dengan Harleen (Lisa Mishra). Penulis juga tak masukkan backstory kepada watak Satyajit supaya penonton kesian atau in split untuk berpihak kepada siapa. Memang dari Episod 1 lagi Satyajit dah dijadikan antagonis tegar kepada Bae. 


Yang menjadi perdebatan adalah jejaka mana yang akan mencuri hati Bae sebab dekat hujung drama pun boleh nampak Bae tak move on lagi dengan Aggy. Mungkin sebab cinta pertama dan Aggy pun tak lah jahat sangat cuma workaholic teruk sangat sampai tak beri perhatian kepada Bae. Dalam masa yang sama, Neil curi hati dia dengan percaya pada kebolehan Bae. Chemistry Ananya dengan Gurfateh kuat juga sampaikan beberapa babak terlihat natural macam babak Bae ajar Neil berenang dekat pool.

But for me, Bae patutnya bercinta dengan Prince sebab Neil dengan Aggy dua-dua lebih kurang perangai. Bila Neil brush off Bae dekat event tu teringat balik masa Aggy marah Bae sebab sibuk nak join dia dalam meeting. Tapi tak mungkin lah Bae bercinta dengan Prince sebab penulis dah buka jalan lain untuk watak tu but hopefully akan ada watak jejaka baru di musim 2 nanti. 


Harapnya musim 2 nanti penulis kembangkan lagi isu sosial yang dibawa sebab mudah sangat Bae, Saira, Tammarrah (Niharika Lyra Dutt) dan Prince dapat kalahkan pihak lawan padahal masing-masing tak ada banyak kelebihan pun. Babak face off untuk episod ke-100 tu tak bagi impak dan nampak rushing nak habis padahal perdebatan tu kita tunggu bila konflik muncul. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10

2 comments

  1. beberapa kali poster dari film ini muncul di timeline sosmed saya

    ReplyDelete
  2. Review filem Chandu champion best giler… dalam prime video

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.