Astro Kembali Dengan Program Nyanyian Realiti Kegemaran Ramai, ‘The Chosen One 2024’ Dengan Menampilkan Duo Yang Lebih Hebat! | Musim baharu janjikan gandingan mantap, bermula 20 September ini di Astro Ceria & Astro Ria
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).
Kejayaan musim pertamanya telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di televisyen. Amir Sisi, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak, telah dinobatkan juara musim lepas dan menjadi tular dengan lebih 235 juta tontonan di TikTok. Vokal hebatnya mendapat pujian termasuk daripada Timbalan Menteri Pendidikan di Parlimen Malaysia. Kini, Amir adalah bakat eksklusif Rocketfuel dan telah melancarkan single pertamanya berjudul Ayah Ibu.
Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada musim pertama, kami kini kembali dengan musim kedua yang lebih berprestij, hebat dan kompetitif daripada sebelumnya. Kami sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian. Lantas, kami cipta pentas ini untuk mereka bersinar. Juara musim pertama, Amir Sisi membuktikan bahawa mempunyai latar belakang yang berbeza tidak boleh menghalang sesiapa pun daripada mencapai impian mereka untuk bersinar di atas pentas, dan kami berharap mesej ini dapat disampaikan kepada seluruh Malaysia melalui program nyanyian ini, tidak kira muda atau pun tua.
Kami berharap para penonton terpukau dengan persembahan mereka bersama dengan selebriti-selebriti popular ini. Bukan mudah untuk melihat gabungan antara mereka, dan kami percaya peserta-peserta ini akan terus cemerlang dalam industri ini dengan bimbingan selebriti-selebriti atau pun coach masing-masing. Akhir kata, kami berharap musim terbaharu ini akan sekali lagi memperkenalkan bakat generasi baharu yang mampu menawan hiburan Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa,” tambah Putri Yasmin.
Sejajar dengan matlamat Astro, program ini bertujuan untuk memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu yang mampu melonjakkan industri hiburan Malaysia. Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
Seramai 16 peserta berumur daripada 11 tahun hingga 17 tahun dari seluruh Malaysia dipilih daripada uji bakat untuk berentap dalam ‘The Chosen One 2024’, termasuk juara pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, bakat yang pernah tular di media sosial, serta wajah-wajah baharu yang tidak mempunyai pengalaman bertanding dalam mana-mana pertandingan sebelum ini. 8 daripada mereka yang berjaya menarik perhatian para coach selebriti ini akan dipilih sebagai pasangan dengan selebriti tersebut. Kelapan-lapan duo ini akan bersaing di pentas utama program untuk merebut gelaran sebagai juara.
Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.
Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat. ‘The Chosen One 2024’ kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
PENJURIAN & TRIVIA ‘THE CHOSEN ONE’ MUSIM KEDUA
• Untuk ‘The Chosen One 2024’, lebih daripada 300 peserta hadir ke uji bakatnya yang telah diadakan di AEON Shah Alam dan Shangri-La Tanjung Aru, Sabah.
• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.
• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).
• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.
• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.
• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 5,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my
• Para penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka pada setiap minggu sejurus selepas program tamat menerusi www.thechosenone.com.my . Peserta dan ‘coach’ mereka yang mendapat undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’ yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
PESERTA ‘THE CHOSEN ONE’ MUSIM KEDUA
1. Azry Sabri - 15, Sabah
• Sangat meminati band Sheila On 7.
• Boleh bermain gitar, violin dan drum.
• Mengikuti kelas muzik di Yamaha Tawau.
• Ada band busking di Sandakan.
2. Akhil Mikhail - 11 Skudai, Johor
• Pernah viral kerana style nyanyian seakan-akan penyanyi Saleem.
• Suka genre rock dan bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi.
3. Kiki Fateeha - 13 Keningau, Sabah
• Juara Bintang Kecil 2023.
• Sering menyertai pertandingan nyanyian di Sabah.
• Belajar vokal.
• Meminati penyanyi legenda Ella.
4. Awangku Zaq - 15 Kuala Lumpur
• Pernah membuat persembahan
• Showcase Sumbangsih P.Ramlee di
• Sekolah Seni Kuala Lumpur.
5. Wan Fahrin - 14, Keterek, Kelantan
• Tidak pernah menyertai mana-mana program TV.
• Suka penyanyi Saleem.
• Anak kepada tukang cat rumah
• Mahir dalam ilmu silat yang diturunkan oleh ayahnya
6. Auny Nabihah - 16, Jasin, Melaka
• Meminati genre balada dan pop, aktif dalam aktiviti kebudayaan di sekolah.
• Merupakan pelajar Sekolah Seni Johor.
7. Elofa Reza - 13 Melaka
• Aktif nyanyi di sekolah dan acara-acara di sekitar Melaka.
• Pernah sertai Bintang Kecil 2023.
8. Evanqa Shreya - 16, Subang Jaya
• Sangat meminati Ella.
• Belajar vokal dengan cikgu Syafi
• Pertama kali sertai uji bakat.
• Evanqa seorang anak yang tampak garang, tapi lemah lembut.
9. Qal Daienish - 14, Selangor
• Berkemahiran bermain gitar, kerap membuat persembahan di sekolah.
• Tidak pernah sertai mana-mana rancangan TV.
• Seorang eye candy .
10. Geng 3 Beradik (Ahmad Afnan Khudri (16), Ahmad Rifqi Rafie (13), Ahmad Nawfal Iman (9)) - Kota Bharu, Kelantan
• Kumpulan dikir barat muda dari Kota Bharu, aktif membuat persembahan dikir di expo sekitar Kelantan.
• Kesemua Geng Adik Beradik boleh bermain alat muzik tradisional - rebana ubi.
• Adik bongsu berbakat dalam rap.
11. Baiq Balqis - 15, Kuantan, Pahang
• Bapa yang menjadi penyokong tegar sudah meninggal dunia.
• Meminati muzik balada dan dangdut sejak berumur 5 tahun.
• Memiliki support system kuat daripada ibu dan abangnya.
• Sering mendapat jemputan sebagai penyanyi untuk majlis dan acara rasmi Jabatan Kebudayaan Pahang.
12. Alif Irhan - 11, Simpang Pertang, Negeri Sembilan
• Ayah bekerja sebagai pemetik buah sawit dan ibu adalah seorang cleaner.
• Tidak pernah meyertai mana-mana rancangan TV.
• Meminati genre rock dan balada.
13. Farah Aina - 17, Selangor
• Mempunyai suara yang unik.
• Boleh bermain gitar.
• Bapa bekerja sebagai pelukis dan ibu adalah seorang guru.
• Pernah dibuli di sekolah.
• Terapi diri mendengar
14. Eriq Fikri - 13, Kuala Lumpur
• Bersekolah di Sekolah Seni Johor.
• Sangat meminati muzik genre rock,
15. Atikah Rose - 17, Kundasang, Sabah
• Ayah sudah meninggal dunia, ibu bekerja sebagai petani.
• Aktif aktiviti kebudayaan di sekitar kampungnya.
• Viral di TikTok dan Instagram kerana nyanyiannya yang memukau.
16. El Elza - 15, Semporna, Sabah
• Mempunyai bakat nyanyian yang mantap.
• Aktif menyanyi dan kegiatan seni di sekolah / sekitar Semporna.
• Berkebolehan menyanyikan lagu Bahasa Inggeris dengan baik.
• Mula menyanyi sejak usia 6 tahun.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.