ASTRO FIRST BAWAKAN VERSI EKSKLUSIF FILEM PENDEKAR AWANG & TOK GAJAH: DARAH INDERA GAJAH

Thursday 12 September 2024

ASTRO FIRST BAWAKAN VERSI EKSKLUSIF FILEM PENDEKAR AWANG & TOK GAJAH: DARAH INDERA GAJAH | Babak Tambahan Padat Aksi Memukau & Mendebarkan!

Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.

Dihasilkan oleh penerbit yang sama dengan filem box-office Mat Kilau, filem ini tampil lebih istimewa kerana penonton akan dipersembahkan dengan versi lanjutan eksklusif (extended version) yang tidak ditayangkan di pawagam! Bagi versi eksklusif ini, penonton akan dipersembahkan dengan babak-babak tambahan dengan adegan yang lebih terperinci serta perkembangan watak-watak utama, menjadikan versi ini satu kelainan yang wajib ditonton.  

Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah dibintangi barisan pelakon seperti Fattah Amin, Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Amir Ahnaf dan ramai lagi. Filem terbitan Studio Kembara ini mengisahkan perjuangan dua pahlawan tersohor, Pendekar Awang dan Tok Gajah, dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. 

Padat dengan visual sinematik yang memukau dan aksi yang mendebarkan, penonton boleh nikmati filem Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah dengan melanggan pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka untuk tempoh 48 jam. 

Menurut Penerbit Eksekutif filem Pendekar Awang Dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah, Abdul Rahman Dali, berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk mempersembahkan Pendekar Awang Dan Tok Gajah dengan tagline filem ‘Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga’, di platform Astro First. Filem ini bukan sahaja menawarkan hiburan yang menarik dan mendebarkan, tetapi juga mengangkat tema perjuangan dan ketabahan yang boleh dihayati oleh setiap ahli keluarga. Kami percaya Astro First adalah platform terbaik untuk membawa filem ini ke skrin rumah anda, menjadikannya pilihan ideal untuk waktu tontonan bersama keluarga. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami dalam menjayakan projek ini. Saksikan Pendekar Awang Dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah dan nikmati pengalaman hiburan yang penuh makna bersama orang tersayang!”

Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung,  LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan versi eksklusif ini hanya di Astro First akan memberikan kepuasan tontonan yang lebih mendalam. Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah di akaun media sosial Astro First seperti Instagram dan TikTok. Gunakan #PendekarAwang #DarahInderaGajah di media sosial.

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.