Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan, Surau Elmina

Friday, 16 August 2024


Awal bulan lepas dapat jemputan ke Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan dengan AJK Surau Elmina. Ni pertama kali jejak kaki ke surau baru ni sebab lokasi dia agak jauh dari kediaman. Kalau tak dijemput, entah bila nak sampai agaknya. 

Nak join program memasak, mesti lah kena bawa perkakas wajib macam pisau dengan papan pemotong sebab bahan-bahan semuanya pihak surau dah sediakan. Program mula jam 9 pagi tapi terlajak sikit keluar rumah makanya sampai around jam 9.30 pagi macam tu. I park dekat sebelah Surau Elmina Greens sebab takut belah dalam tak ada ruang sebab kawasan surau ni tak luas sangat pun. 




Aktiviti memasak tu buat dekat sebelah kanan surau, dekat dengan kawasan dapur dan stor. Pihak surau pacak satu kanopi besar untuk kaum wanita memasak. Ada juga yang ajak suami untuk hidupkan api sebab masing-masing tak berani nak buat. 

Bila sampai tengok semua dah start memotong bahan dah. Bila bagitahu nak join masing-masing pandang sama sendiri sebab bahannya dah habis potong dah pun. Konon pergi nak buat kerja kan? Sudahnya kena suruh makan je makanan sarapan pagi. Ada laksam, puding roti, nasi lemak, kek pisang, kek coklat, marble cake dengan tteokbeoki. Meriah!





Sempat juga lah merasa tolong memasak sebab kena potong gula melaka lepastu tolong kacau tepung gandum untuk Bubur Asyura Utara. Bubur Asyura Selatan tak payah ambil pusing sangat sebab dari awal lagi pihak surau dah rebus daging lembu satu periuk besar. Tinggal nak masukkan beras je bila sup dah mendidih. 



I ambik turn kacau bancuhan tepung gandum dengan tepung beras sebab yang lain tengah sarapan dan rehat lepas aktiviti memotong bahan. Kacau bancuhan tepung ni nampak macam senang tapi kena laju mengacau supaya bancuhan tepung tak berketul. Bila dah start kering sikit, kita tapis buang kutu tepung.

Lepas dah ganti dengan next team, I pergi sarapan sambil dengar cerita penduduk Elmina Green ni. Ramai yang baru pindah masuk sebab fasa rumah diorang baru siap jadi banyak dengar cerita pack unpack barang lah. 

M1: Akak duduk mana? 
M2: Tu yang fasa xxx, yang rumah dua tingkat tu. 
M1: Ohh kat situuuu. Tak berapa ingat lagi fasa rumah dekat sini. Banyak sangat nama itupun ada yang tengah bina lagi. 
M3: Ha'ah sini nak senang ingat, tengok je bumbung dia macam mana. Sebab design bumbung tak sama. 
M1: Awak pulak duduk mana? 
Me: Eh saya duduk dekat dekat Subang Bestari

Segan pulak nak bagitahu duduk mana sebab kat situ semua orang Elmina. Terasa perbezaan darjat kat situ tapi diorang okay je. Masing-masing ramah menyembang. Sebagai orang yang berbeza kawasan perumahan, sepanjang masa jadi burung belatuk je, banyak angguk daripada bercakap. 



Kitorang jarang makan Bubur Asyura Utara sebab manis walaupun asal dari Kedah. Dalam Bubur Asyura Utara ada banyak ubi dan buah. Masa program memasak ni, ada mak cik bawa buah durian untuk masukkan dalam bubur asyura. Semerbak bau durian dekat situ. 

Tengok susu manis dengan kuantiti gula diorang masukkan pun dah cuak nak makan. Manis dari buah durian dengan pisang pun terngiang-ngiang dekat kepala. 


Sementara tunggu bubur masak, AJK Surau Elmina Green minta gambar semua yang join Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan ni untuk upload dekat social media. Tapi ni bukan semua masuk pun sebab ada yang tengah uruskan Bubur Asyura Selatan. 




Seronok tengok Bubur Asyura Selatan sebab masa study dekat Segamat dulu selalu dapat dari surau dekat area rumah sewa. Bau daging tu wangi sangat, bila tabur daun sup dengan bawang goreng, makin sedap aroma dia. 



AJK Surau Elmina Greens minta prepare 150 bekas untuk Bubur Asyura Utara dan 150 bekas lagi untuk Bubur Asyura Selatan. Lepas set-up dua buah meja di bahagian depan khemah, kitorang susun container ni sampai penuh meja. Tapi susun first layer dulu, bila dah isi bubur baru susun secara bertingkat sampai cukup 150 bekas. 



Syahin, QAQC Bubur Asyura Selatan

Fariha, Packaging Team




Selesai packing dalam plastik - satu Bubur Asyura Utara, satu lagi Bubur Asyura Selatan, ambil gambar dengan AJK Surau Elmina Green sebelum pulang ke rumah. Tak ambil masa lama pun nak memasak dua jenis bubur ni tapi seronok bila beramah mesra dengan komuniti sini. Insya-allah kalau ada rezeki nak join program anjuran Surau Elmina lagi. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.