PELAKON ASAL SIRI ‘HIGH COUNCIL’ KEMBALI DALAM FILEM ‘KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL’!

Friday 9 August 2024

PELAKON ASAL SIRI ‘HIGH COUNCIL’ KEMBALI  DALAM FILEM ‘KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL’! | ‘Dedahkan Buat Pertama Kali First Look, Teaser Treler & Teaser Poster’

Lima nama pelakon utama filem Kahar : Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu diumumkan pada bulan lalu. Lebih mengujakan, hari ini Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini. 

Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat. Skrip filem Kahar : Kapla High Council ditulis oleh pencipta atau ‘creator’ Project High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, dan diarahkan Razaisyam Rashid. 

Tambah mengujakan, Astro Shaw turut mempersembahkan the first look iaitu video di sebalik pembikinan Kahar : Kapla High Council, serta teaser treler dan teaser poster filem ini. 

Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Sesi penggambaran selesai pada 25 Julai lalu dan kini dalam fasa suntingan. InsyaAllah, filem Kahar : Kahar Kapla High Council akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada November nanti. Bagi menambahkan keterujaan, kami mengembalikan para pelakon asal siri Project: High Council. Kehadiran mereka di dalam filem ini memberi lebih signifikan kepada jalan cerita, di samping mengekalkan konsistensi karakter. Pastinya peminat karya ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan semula watak-watak kegemaran mereka di layar perak.”

Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4  yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan  kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.  Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja  Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. “Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun  mengundang musuh dari segala arah. 

Pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.

Terdahulu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk peminat turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan barisan pelakon. Bagi fasa pertama, peminat berpeluang menyertai peraduan jawab 100 soalan di portal Gempak. Hampir 2000 penyertaan diterima dan 100 nama pemenang pertama telah diumumkan. Manakala, 10 pemenang yang menjawab paling pantas telah dipilih untuk bersama-sama menyertai acara istimewa perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti. 

Bagi mereka yang tidak berjaya memenangi Lesen High Council, berita baik untuk peminat filem ini. Anda juga berpeluang untuk dapatkan Lesen High Council Edisi Khas menerusi rakan penaja filem ini iaitu, Tune Talk. 

Nantikan kemunculan Lesen High Council Edisi Khas yang terhad ini, istimewa untuk para pengguna Tune Talk. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran menarik, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.

Peminat juga boleh dapatkan koleksi hoodie eksklusif Kahar : Kapla High Council edisi terhad menerusi Gempak Official Store di platform Shopee bermula 8 Ogos. 

Layari portal rasmi Kahar : Kapla High Council, www.gempak.com/KaharKaplaHighCouncil dan juga radio rasmi Kahar : Kapla High Council, radio no satu paling legit, Era.

Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda. 

******************************************

Mengenai Astro Shaw selaku penerbit, pelabur dan agensi pengedar dan pemasaran:

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global.  Sejak ditubuhkan pada tahun 1996,  kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 100 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists. Filem trilogi Polis Evo 3 telah mencipta sejarah dengan meraih kutipan pawagam sebanyak RM54 juta dan filem Sheriff mengutip RM64juta sekaligus menjadi filem aksi no 1 negara dengan kutipan paling tinggi. 

Ikuti Astro Shaw di media sosial dan laman sesawang seperti berikut:

Instagram: @astroshaw

TikTok: @astroshawofficial

X: @AstroShaw

Facebook: Astro Shaw Sdn Bhd

YouTube:  Astro Shaw

Mengenai Tune Talk

Tune Talk ialah pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) yang pesat berkembang di Asia. Sejak pelancaran kami pada tahun 2009, kami kekal komited kepada misi kami untuk menyediakan kadar yang sangat rendah dan insentif yang menarik kepada pasaran. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi gaya hidup digital, tawaran perkhidmatan kami termasuk panggilan, SMS tanpa had dan pakej internet berkelajuan tinggi yang memenuhi permintaan untuk produk yang ringkas, berbaloi dengan akses mudah dan jangkauan pengedaran yang luas. Dimiliki terutamanya oleh Tune Group dan CelcomDigi, kami memanfaatkan sinergi kumpulan yang kukuh dan infrastruktur rangkaian utuh untuk sambungan yang teguh. Sentiasa berinovasi, kami berusaha untuk mengganggu secara digital dalam pasaran untuk menyampaikan penyelesaian telekomunikasi terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tunetalk.com.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.