Movie Review | Srikanth (2024)

Sunday, 11 August 2024


Director: Tushar Hiranandani
Writers: Jagdeep Siddhu, Sumit Purohit
Cast: Rajkummar Rao, Jyothika, Alaya F, Sharad Kelkar
Production Companies: Chalk and Cheese Films, T-Series Films
Distributors: AA Films, Netflix
Genre: Biography / Drama
Running Time: minutes
Release Date: 10 May 2024, 5 July 2024 (Netflix)
Trailer:


Kisah bermula dengan kelahiran Srikanth Bolla di sebuah kampung terpencil dalam daerah Machilipatnam, Andhra Pradesh, India. Kegembiraan ayahnya, Damodar Bolla (Srinivas Beesetty) hanya sementara kerana Srikanth dilahirkan buta. Tak sampai hati melihat anaknya ditanam hidup-hidup, Venkatamma Bolla (Anusha Nuthula) merayu untuk menjaga Srikanth. 

Sejak kecil Srikanth merupakan pelajar yang cerdas namun sering dibuli oleh rakan sekelas. Ibu bapanya menghantar Srikanth ke sekolah khas berasrama lalu di sana dia dilatih oleh Cikgu Devika Malvade (Jyothika). Selain bijak dalam pelajaran terutamanya subjek Sains, Srikanth juga minat dengan sukan kriket. Nama Srikanth juga diambil dari pemain kriket negara dengan harapan satu hari Srikanth membesar menjadi pemain kriket, sama seperti idola ayahnya. 

Tamat pengajian di sekolah, Srikanth Bolla ingin belajar subjek Sains di Indian Institute of Technology (IIT) tapi permohonannya ditolak kerana dia buta walaupun mendapat markah tertinggi dalam ujian kelayakan. Srikanth dan Cikgu Devika bawa kes tersebut ke Mahkamah dengan melawan Kementerian Pendidikan India. 

Walaupun menang kes tersebut Kementerian tetap belum bersedia untuk menerima pelajar buta namun tak mematahkan semangat Srikanth untuk belajar Sains. Srikanth mendapat tawaran dari empat kolej terkemuka di Amerika Syarikat dengan biasiswa penuh. Di sana, Srikanth lebih banyak berdikari tanpa keluarga dan juga Cikgu Devika di sisi. 

Perjalanan Srikanth Bolla diceritakan dengan baik dan sarat dengan emosi melalui sutradara Tushar Hiranandani dan lakonan mantap dari Rajkummar Rao. Dari kecil lagi kehidupan Srikanth melalui jalan yang sukar tapi disebabkan Tuhan hadirkan insan yang baik di sekeliling dia, semangat dia tak pernah luntur untuk capai impian yang tampak mustahil. Lakonan Rajkumar Rao tak jauh beza dengan Srikanth sebenar jadi tak mustahil senang sangat untuk tersentuh setiap kali dia diduga dengan cabaran baru. 

Tindakan Damodar nak tanam Srikanth hidup-hidup tu mungkin agak melampau tapi kalau lahir dalam keluarga miskin melarat di India, nak makan pun susah apatah lagi untuk sediakan kelengkapan khas untuk Srikanth. Belajar dekat sekolah pun dah dikira sesuatu yang mewah. Bila masuk sekolah di Delhi baru Srikanth dapat pegang tongkat dan berjalan tanpa bantuan orang lain.

Of course, dalam filem ada beberapa babak fiksyen yang dimasukkan untuk menambahkan perasa dan sama juga dengan watak Cikgu Devika sebab dalam kehidupan sebenar, guru subjek Bahasa Inggeris, T. Swarnalatha yang paling rapat dengan Srikanth dan bantu biaya pengajian dia. Rasanya babak Srikanth dibuang dari sekolah berasrama tu cuma fiksyen untuk kuatkan lagi bond antara Cikgu Devika dan Srikanth. Selain Rajkumar Rao, Jyothika juga menyerlah sebagai individu penting dalam hidup Srikanth sebagai peneman, rakan dan mentor. Jyotika memang ada sifat-sifat keibuan dan terserlah dalam lakonan dia sama seperti watak ibu dalam filem Shaitaan (2024).

Watak-watak sampingan yang dimasukkan dalam filem Srikanth menggalas tugas dengan baik namun tak semua watak mendapat ruang yang cukup terutamanya keluarga Srikanth. Dalam beberapa babak saja keluarga Srikanth muncul. Mungkin sebab nak bagi ruang kepada beberapa watak baru dan juga Veera yang menjadi penyeri dalam hidup Srikanth. 

Konflik antara Srikanth dengan Mahesh selepas berjaya buka syarikat tu macam tak perlu sebab draggy. Kalau penulis tak cramp semua peristiwa penting dalam hidup Srikanth mungkin dia ada banyak ruang untuk kembangkan dengan lebih baik. Babak Srikanth terjebak dengan dunia politik dan dapat anugerah kemudian bagi ucapan preachy tu pun tak perlu. 



Sinematografi Srikanth dipaparkan dengan cemerlang melalui lensa Pratham Mehta yang banyak menggunakan tona musim panas, sesuai dengan genre naskhah biopic usahawan terkenal di India. Lagu Papa Kehte Hain sebagai latar utama setiap kali Srikanth berjaya capai sesuatu menguatkan lagi impak babak tersebut. The lyric itself speaks volume. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.