Director: Jayprad Desai
Writer: Kanika Dhillon
Cast: Taapsee Pannu, Vikrant Massey, Sunny Kaushal, Jimmy Sheirgill, Aditya Srivastava, Bhumika Dube
Production Companies: Colour Yellow Productions, T-Series Films
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Thriller
Running Time: 133 minutes
Release Date: 09 August 2024
Trailer:
Sekuel kepada filem Haseen Dillruba (2021) berlatarkan 2 bulan selepas kejadian Rani Kashyap (Taapsee Pannu) dan Rishabh Saxena (Vikrant Massey) bakar rumah mereka. Rani berpindah ke Agra dan membuka sebuah salon kecantikan di sana. Rishu ubah identiti menjadi Ravi dan bekerja sebagai penghantar pizza dan juga guru tuisyen di pusat tuisyen yang dimiliki oleh Poonam (Bhumika Dube).
Sementara Ravi sentiasa diganggu oleh Poonam, Rani pula sentiasa diintai oleh Dr. Abhimanyu (Sunny Kasuhal) yang sentiasa membuat lawatan ke rumah sewanya. Dalam masa yang sama pergerakan Rani juga terbatas kerana ACP Kishore Rawat (Aditya Srivastava) dan anak-anak buahnya sentiasa mengekori ke mana saja Rani pergi. Rani dan Rishu sentiasa berjumpa secara curi-curi supaya rahsia mereka tidak terbongkar.
Inspektor Mritunjay Paswan a.k.a Monty (Jimmy Sheirgill) berjumpa dengan Rani buat pertama kali di balai polis Agra kerana kes kematian anak saudaranya kesayangannya, Neel (Harshvardhan Rane). Inspektor Monty juga titip pesanan kepada Rishu yang Uncle Monty dah sampai. Bila Rani sampaikan pesanan tu memang cuak lah pasangan suami isteri ni sebab Uncle Monty katanya menggerunkan dan licik.
Tapi sama juga dengan naskhah original, licik dan bagus macam mana pun Inspektor polis pasti akan terbabas dengan permainan para pembaca novel Dinesh Pandit. Kalau dalam Haseen Dillruba cuma ada satu novel berjudul Wrath of Kasaulli, dalam sekuel pula muncul dua buah novel sebagai rujukan. Kalau ada yang tertanya-tanya wujud ke penulis novel Dinesh Pandit dalam dunia sebenar? Jawapannya tidak, penulis Kanika Dhillon yang wujudkan sebagai watak fiksyen dalam naskhah romantik thriller terbitan T-Series Film.
Jalan cerita Phir Aayi Haseen Dillruba sama juga seperti sebelumnya bila jalan cerita boleh dijangka walaupun ada plot twist pada second half filem. Watak Uncle Monty pun mengecewakan sebab dia tak banyak ruang untuk berkembang. Entry je gempak tapi helpless sama macam ACP Kishore padahal Kishore dah minta dia berhati-hati sebab plan nampak terlampau mudah.
Watak Rishu tak menyerlah sangat dalam sekuel sebab penulis bagi ruang untuk Dr. Abhimanyu menonjol dengan character development dan back story yang menarik. Taapsee sebagai Rani Kashyap yang bijak menggoda juga mencuri tumpuan. Chemistry dia dengan Sunny antara kekuatan genre romantic dalam Phir Aayi Haseen Dillruba. For a moment, I ingatkan kedua-dua watak ni ada peluang untuk bersama tapi penulis tetap nak romantiskan kisah cinta Rishu dan Rani. Jadi menyampah pula bila Rishu sepanjang masa remind penonton yang dia sanggup buang tangan untuk cinta dia kepada Rani. Dia ingat orang lupa ke dia abuse Rani sebelum ni?
Sinematografi dari Vishal Sinha menguatkan lagi babak-babak romantik di kota cinta Taj Mahal. Vishal berjaya paparkan moemn romantik bila Dr. Abhimanyu jatuh cinta pandang pertama dengan Rani dalam persalinan salwar kameez berona pastel. Music score dari Sachet Parampara mengukuhkan lagi dengan alunan musik romantis. Antara fav scene dalam Phir aayi Haseen Dillruba masa Rani datang dengan sari merah ke panggung wayang untuk melamar Dr. Abhimanyu.
Sampai ke sudah tertanya-tanya kenapa Rishu dengan Rani tempah tiket ke Thailand dalam tempoh masa yang sama. Kenapa Rishu tak pergi dulu lepastu Rani menyusul kemudian supaya pihak polis tak syak rancangan mereka berdua. Banyak tindakan merepek dari pasangan suami isteri ni tapi dari awal lagi dah nampak kedua-dua watak toksik.
Tengok pada ending mungkin akan muncul installment ketiga tapi harapnya Kanika bekerja lah dengan penulis yang lain ataupun pengarah lain sebab sekuel kurang menarik dari yang pertama.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 5.7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.