Movie Review | Munjya (2024)

Sunday, 25 August 2024


Director: Aditya Sarpotdar
Writer: Niren Bhatt
Cast: Sharvari, Abhay Verma, Sathyaraj, Mona Singh
Production Company: Maddock Films 
Distributors: Pen Marudhar, Disney+ Hotstar
Genre: Comedy / Horror
Running Time: 123 minutes
Release Date: 07 June 2024 (India), 25 August 2024 (Disney+ Hotstar)
Trailer:


Kisah bermula pada tahun 1952 di sebuah kampung bernama Konkan, Pune, India di mana Gotya (Ayush Ulagadde), seorang kanak-kanak lelaki berkeras ingin berkahwin dengan Munni. Ibunya membantah sekeras-kerasnya perkara tersebut kerana anak sulungnya masih mentah sementara Munni 7 tahun lebih tua dan bakal berkahwin. 

Geram dengan bantahan ibunya, Gotya bawa adiknya, Gita (Khushi Hajare) ke Chetukwadi iaitu sebuah hutan yang terletak di sebuah pulau berdekatan dengan kampung tersebut. Chetukwadi adalah kawasan larangan kerana tempatnya dikatakan berpuaka. Gotya mempunyai rancangan ingin mengorbankan Gita dalam ritual ilmu hitam supaya dapat mengahwini Munni. 


Ketika bergelut untuk selamatkan diri, Gotya meninggal dunia lantas berubah menjadi Munjya. Beberapa dekad kemudian, watak Bittu (Abhay Verma) sering mendapat mimpi buruk dan dihantui oleh suara Munjya. Bittu membesar dengan neneknya (Suhas Joshi) dan ibunya, Pammi. Ayahnya telah meninggal dunia tanpa diketahui puncanya kerana setiap kali dia bertanya, mereka berdua endahkan saja. Sehinggalah mereka bertiga pulang ke Konkan untuk majlis pertunangan Rukku. 

Di sana Bittu pergi ke Chetukwadi dan bertemu dengan Munjya. Bukan saja dia tahu rahsia kematian ayahnya, Bittu juga diganggu oleh Munjya apabila tiba waktu malam. Hajat Munjya cuma satu iaitu berkahwin dengan Munni. 


Mengikut kepercayaan Hindu, kanak-kanak lelaki yang meninggal sebelum cukup tempoh 10 hari selepas upacara cukur rambut, kanak-kanak tersebut akan bertukar menjadi raksasa iaitu Munjya. Dan itu menjadi entiti utama naskhah keempat untuk Maddock Supernatural Universe selepas filem Stree (2018), Roohi (2021) dan Bhediya (2022).

Naskhah seram komedi arahan Aditya Sarpotdar menggunakan barisan pelakon dari generasi baru dan juga menjadi launching pad kepada Abhay Verma dan Taranjot Singh sebagai watak sampingan iaitu kawan baik Bittu. Lega jugak lah team production buat keputusan ni sebab dah penat tengok muka yang sama untuk Maddock Supernatural Universe. 


Fresh pairing diketengahkan untuk Munjya walaupun cinta bertepuk sebelah tangan sebab chemistry antara Sharvari dan Abhay nampak kuat. Kalau ikutkan macam tertipu jugak lah dengan promo dari Munjya sebab Maddock Films guna Sharvari untuk promosikan filem sedangkan screentime dia tak lah sebanyak Abhay dan Taranjot. 

Memandangkan filem Munjya banyak bergantung pada CGI untuk makhluk mitos, semua babak Munjya nampak kartun dan tak seram. Munjya pun tak ada buat jump scare sangat cuma menggeletis nak kahwin dengan Munni je. Bila dia muncul mesti lempar barang, sepahkan kawasan tu sebab tantrum tak dapat apa dia nak. Ada juga beberapa babak yang dikukuhkan dengan sinematografi Saurabh Goswami supaya suasana tampak seram dengan music score dari Justin Varghese. 


Jalan cerita Munjya agak unik sebab ketengahkan makhluk mitos yang baru dari masyarakat Marathi cuma bila masuk dekat second half tu, penceritaan jadi draggy bila beberapa babak bersifat repetitive untuk elemen komedi. Baik penulis kembangkan watak Padre (Sathyaraj) daripada biar filem meleret tanpa sebab. Kenapa nenek Bittu tak jaga keluarga dengan baik pun jadi persoalan juga sedangkan keturunan dia dihantui oleh Munjya dari generasi ke generasi. 

Anyway, thanks to Maddock Films, filem Munjya mempunyai music album yang menarik hasil gubahan lagu dari komposer duo Sachin-Jigar. Taras is my current jam and Tainu Khabar Nahi from Arijit Singh is another melodious romantic song for this year. Lagu Hai Jamalo pun best jugak.


 
Kalau you guys memang dah layan 3 filem dari Maddock Supernatural Universe, memang wajib lah layan filem Munjya sebab ada babak penting tapi kalau tak pernah layan pun, filem Munjya tetap seronok untuk ditonton secara santai dengan keluarga. Mungkin dari Munjya, boleh terjebak dengan filem-filem lain dari universe ni, siapa tahu kan? 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.