Director: Kunal Khemu
Writer: Kunal Khemu
Cast: Divyenndu, Pratik Gandhi, Avinash Tiwary, Nora Fatehi, Upendra Limaye, Chhaya Kadam
Production Company: Excel Entertainment
Distributors: AA Films, Amazon Prime Video
Genre: Comedy
Running Time: 143 minutes
Release Date: 22 March 2024
Trailer:
Bermula dari tahun 1998, tiga sekawan - Dhanush Sawant aka Dodo (Divyenndu), Pratik Garodia aka Pinku (Pratik Gandhi) dan Ayush Gupta (Avinash Tiwary) mempunyai impian untuk melawat Goa sebelum mereka tamat kolej. Disebabkan masih muda dan tidak mendapat keizinan keluarga, selepas tamat majlis graduasi juga mereka tidak dapat jejak kaki ke Goa. Baru saja tekan minyak, mereka bertiga terlibat dalam satu kemalangan.
Selepas kejadian tersebut, Ayush dan keluarga berpindah ke New York malah Pinku dan keluarganya berhijrah ke Cape Town. Tinggal lah Dodo keseorangan di Mumbai tanpa apa-apa pencapaian dalam hidup sedangkan dua lagi sahabat baiknya semakin bahagia di negara asing. Dodo mula menggunakan editing skills dia untuk tampil mewah dan popular di alam maya.
Tahun 2015, Pinku dan Ayush buat keputusan untuk melawat Dodo di India. Alang mereka sudah bekerja dan dewasa, Dodo ajak mereka berdua untuk bercuti di Goa. Disebabkan tak mampu travel dengan kapal terbang, Dodo ajak Ayush dan Pinku naik Madgaon Express kerana view dari keretapi lebih cantik. Sebelum berlepas, Pinku buat panggilan ke Cape Town lalu tertukar beg yang penuh dengan ubat alergi.
Pinku mula resah kerana beg yang ada pada dia sekarang mempunyai kunci hotel, pistol dan juga duit tunai yang banyak. Peluang emas untuk Dodo berjoli di Goa dengan duit tersebut tanpa kawan-kawan dia tahu keadaan dia yang sebenar. Di sana mereka terjumpa tokan dadah (Kunal Khemu) yang beri gummy bear secara percuma. Naif dengan keadaan di Goa, mereka bertiga terjebak dengan gangster Kanchan Kombdi (Chhaya Kadam), Mendoza (Upendra Limaye), Dr. Danny (Remo D'Souza) juga pihak polis.
Naskhah komedi arahan sulung Kunal Khemu mempunyai jalan cerita yang ringkas dan menghiburkan apabila tiga watak utama terjebak dengan dadah secara tak sengaja. Vibe filem Madgaon Express yang diterbitkan oleh Excel Entertainment lebih kurang sama dengan filem Go Goa Gone (2013) di mana Kunal Khemu juga terlibat dalam penulisan skrip.
A bit disappointed lah bila Kunal cuma muncul sebagai tokan dadah dengan screentime tak sampai 5 minit padahal dia patut ganti Remo untuk watak Dr. Danny. Sebelum ni Kunal menyerlah sebagai Michael Rodriguez dalam filem Malang (2020) yang menggunakan latar tempat dan tema yang sama. Watak Dr. Danny nampak kaku sangat padahal antara watak penting dalam filem ni. Surprisingly, Nora lebih natural dan bersahaja sebagai Tasha yang mencari dadah premium di Goa.
At first macam skeptikal lah nak layan filem Madgaon Express ni sebab dah bosan dengan filem komedi yang berkisarkan dadah di Goa tapi bila tengok ada Avinash dalam lagu Not Funny terus semangat. Last time layan movie Avinash dalam The Girl on the Train (2021) itupun watak sampingan je.
Sebelum ni watak dia semuanya watak serius, dalam Madgaon Express je yang santai dan sengal. Tak lah seteruk Pinku dan Dodo tapi ada juga lah fair share dia yang buatkan beberapa babak menghiburkan. Comel tengok Avinash dengan Nora especially masa babak Tasha koyak baju dia untuk lap luka Ayush.
Watak Pinku paling kelakar sekali walaupun banyak masalah datang dari Dodo. Berbeza sangat lakonan Pratik sebagai Pinku yang lemah dengan bakteria dan anak mak dengan lakonan Pratik sebagai scammer dalam Scam 1992: The Harshad Mehta (2020). Hampir tak cam bila dia jadi lemah sebaik saja mendarat di India. Kelakar tengok Pinku berubah karakter setiap kali jumpa dadah, hilang terus karakter anak mak yang penakut tu. Casting director did a great job gabungkan ketiga-tiga pelakon dalam satu filem sebab semua pandai berlakon.
Sinematografi dari Adil Afsar menguatkan lagi penceritaan dengan panorama menarik di Goa. Dialog santai dan tak ada guna mana-mana reference buatkan perjalanan cerita mudah difahami sepanjang 143 minit. Madgaon Express ada bagi tribute kepada filem-filem terbitan Excel Entertainment macam Dil Chahta Hai (2000) dan Zindagi Na Milegi Dobara (2011). Beg merah kepunyaan Pratik tribute untuk filem Lootcase (2020).
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.