Movie Review | The Lady Killer (2023)

Saturday, 10 August 2024


Director: Ajay Bahl
Writers: Ajay Bahl, Pawan Sony, Mayank Tewari
Cast: Arjun Kapoor, Bhumi Pednekar, Priyanka Bose, S. M. Zaheer, Deepak Tokas
Production Companies: T-Series Films, Karma Media & Entertainment, Jussawala Productions, Polaroid Media, Movies N More
Distributor: AA Films
Genre: Drama
Running Time: 125 minutes
Release Date: 03 November 2023
Trailer:


Filem The Lady Killer mengisahkan tentang Rajendar Roshi (Arjun Kapoor) berpindah ke Nainital dan mulakan hidup baru dengan membuka farmasi. Rajendar cuba mencipta kelainan untuk farmasinya dengan mewujudkan ruang diagnosis namun rancangan dia tidak berjaya kerana pihak bank menolak permohonan pinjaman. 

Ruang diagnosis mula berubah menjadi ruang dia melakukan hubungan sulit bersama Gajra (Priyanka Bose), pelanggan tetapnya. Gajra merupakan suri rumah yang sentiasa didera oleh suaminya lalu dia sentiasa mencari alasan untuk berjumpa dengan Rajendar. Malangnya kebahagiaan dia mula hilang apabila Jaansi (Bhumi Padnekar) muncul. 


Wanita cantik tersebut secara tak sengaja menjadi penghubung antara Rajendar dan Vikram Burman atau lebih dikenali sebagai Maharaj (S. M. Zaheer), individu terkaya di daerah Nainital. Penting untuk Rajendar mendapat bantuan dana dari Maharaj supaya farmasinya dapat diteruskan. Disebabkan itu juga dia cuba untuk menggunakan aura The Lady Killer ke atas Jaansi. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk Jaansi tertarik dengan Rajendar kerana dia juga mempunyai agenda tersendiri. Lama dia menunggu peluang untuk lari keluar dari rumah dan tinggalkan ayahnya yang terlantar sakit. Maharaj minta Madhuri (Ekavali Khanna) supaya perhatikan gerak-geri Jaansi dan Rajendar sebelum sesuatu yang tak elok berlaku. Dalam masa yang sama, Gajra sentiasa cari peluang untuk ugut Jaansi keluar dari hidup Rajendar. 


Naskhah psikologi drama arahan Ajay Bahl mempamerkan kisah cinta yang bergelut dengan masalah psikologi dari kedua-dua watak utama. Watak Rajendar Roshi mempunyai kisah silam yang berlaku di Delhi dan pulang ke kampung untuk hidup yang lebih tenang. Malagnya terpalit pula dengan cinta Gajra dan Jaansi. 

Sepanjang 125 minit boleh nampak lah ketiga-tiga watak ni buat keputusan terburu-buru sebab masing-masing ada trauma dan obses dengan sesuatu atau seseorang. Sementara Gajra obses dengan Rajendar, Jaansi pula tak boleh hidup tanpa arak. 


Kalau ikutkan filem The Lady Killer boleh jadi naskhah yang menarik tapi disebabkan masalah produksi, sebanyak 30 muka surat skrip tak difilemkan. Masa tengok filem ni perasan lah ada beberapa babak tiba-tiba muncul dengan latar yang berbeza dari babak sebelumnya. Kisah cinta antara Rajendar dengan Jaansi pun tak dikembangkan dengan baik sampai kita jadi keliru dengan hubungan pasangan ni. Cara Jaansi meroyan macam Rajendar gunakan dia untuk wang tapi cara Rajendar tak sampai hati tinggalkan Jaansi, nampak suka sama suka. 

Filem The Lady Killer sepatutnya jadi naskhah yang dark and intense tapi disebabkan suntingan dan pace yang terlampau perlahan, rasa bosan teruk tengok second half. Tertanya-tanya juga apa motif produksi buat filem ni dan tayang dekat pawagam. Patutnya release dekat streaming platform dari bazir duit cari distributors. 


Sampai ke sudah tak tahu kenapa polis Delhi datang cari Rajendar dan kenapa kawan baik dia, Rawat (Deepak Tokas) beria nak bela. Apa yang jadi dekat Delhi sampai Rajendar sanggup hidup dekat kawasan luar bandar kemudian terjebak dengan masalah cinta tiga segi? Masa Gajra datang hentam kereta Rajendar dekat rumah Maharaj tu pun nampak pelik sebab Madhuri, Jaansi atau Maharaj tak terkesan pun padahal kecoh teruk dekat luar rumah. 

Selain dari jalan cerita yang bermasalah dan bosan, The Lady Killer tak mempunyai chemistry yang kuat dari pelakon utama. Kali pertama Bhumi dan Arjun berlakon sebagai pasangan kekasih tapi sayangnya tak menjadi. Kebanyakan masanya lakonan Bhumi sebagai manic jadi penyelamat keadaan. 


Tak hairan lah kalau filem ni jadi filem terendah jumlah kutipan untuk tahun 2023 sebab tak ada apa pun hiburan atau pengajaran dari kisah cinta bersegi ni. Kalau ada pengajaran pun, mungkin elakkan dari terjebak dengan arak dan jadi hero untuk masalah orang lain kalau diri sendiri pun bermasalah.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 3.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.