Movie Review | Kill (2024)

Sunday, 25 August 2024


Director: Nikhil Nagesh Bhat
Writers: Ayesha Syed, Nikhil Nagesh Bhat
Cast: Lakshya, Raghav Juyal, Ashish Vidyarthi, Harsh Chhaya, Tanya Maniktala, Abhishek Chauhan
Production Companies: Dharma Productions, Sikhya Entertainment
Distributors: AA Films, Paris Filmes (Brazil), Lionsgate (UK), Roadside Attractions (USA), Paradise Group (Russia)
Genre: Action / Drama
Running Time: 105 minutes
Release Date: 7 September 2023 (TIFF), 4 July 2024 (UK), 5 July 2024 (India, Argentina), 25 July 2024 (Russia), 19 September 2024 (Brazil)
Trailer:


Kill yang ditayangkan secara perdana di Toronto International Film Festival lantas memenangi tempat kedua untuk anugerah People’s Choice Award: Midnight Madness mengisahkan tentang Amrit Rathod (Lakshya Lalwani), seorang komando National Security Guard bertarung dengan sekumpulan pencuri di atas keretapi. 

Amrit pergi ke kawasan luar bandar untuk pujuk kekasih hatinya, Tulika Singh (Tanya Maniktala) supaya tidak berkahwin dengan pilihan keluarga kerana Amrit benar-benar serius dengan hubungan mereka. Amrit ditemani oleh rakan baiknya, Viresh Chatwal (Abhishek Chauhan). Dalam perjalanan pulang ke Delhi, kereta api yang dinaiki oleh mereka diserang oleh sekumpulan pencuri. 


Fani (Raghav Juyal) dapat tahu Tulika adalah anak perempuan kepada pemilik Shanti Transport bernama Baldev Singh Thakur (Harsh Chhaya). Rancangan asalnya hanya untuk mencuri barang berharga di atas kereta api tersebut tapi lain pula yang jadi bila salah seorang pencuri ditikam mati oleh Viresh. 

Plot utama naskhah aksi Kill diambil dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1995 di mana hampir kesemua penduduk kampung tersebut adalah pencuri dan akan mencari mangsa dalam gerabak kereta api. Sama juga dalam filem Kill arahan dan penulisan Nikhil Nagesh Bhat di mana kesemua watak pencuri bersaudara. Bila salah seorang terbunuh, masing-masing naik minyak untuk balas dendam. 


Menyampah tengok watak-watak pencuri dalam filem Kill sebab letakkan diri masing-masing sebagai mangsa padahal awal-awal lagi dah buat jenayah terhadap orang lain. Nasib mereka malang sebab berjumpa dengan dua orang komando negara. Kalau setakat mencuri barang kemas atau wang mungkin tak ada yang hilang nyawa. Dekat first half seriau dengan lakonan Raghav, masuk second half makin ngeri bila watak ayah dia yang dilakonkan oleh Ashish Vidyarthi datang sebagai back-up. 

Filem Kill yang diterbitkan oleh produser Karan Johar merupakan debut platform untuk Lakshya di bawah talent agency – Dharma Cornerstone Agency. Sepatutnya Lakshya debut dalam filem Dostana 2 bersama Kartik Aryaan dan Janhvi Kapoor tapi sebab pandemik Covid-19, filem tu dibatalkan. Filem Bedhadak yang sepatutnya jadi launching pad untuk Lakshya dan Shanaya Kapoor, anak kepada Sanjay Kapoor pun dibatalkan juga. 


Bila Karan Johar bagi skrip Kill dekat Lakshya, memang all out lah dia perform sebab dah lama tunggu peluang untuk muncul dalam industri filem Bollywood. Untuk babak aksi, Lakshya dengan Abhishek Chauhan prep dengan latihan fizikal seperti MMA dan bertemu sendiri dengan komando NSG di ibu pejabat supaya lebih faham gerak kerja unit tersebut. Di awal filem pun ada beberapa babak Amrit dengan Viresh masuk bertugas di NSG. 

Sayangnya di pertengahan filem, penulis tak kembangkan sangat tentang protokol NSG semasa bertarung dengan penjenayah. Yang kita tahu prinsip Amrit dengan Viresh bercanggah sebab Viresh terus bunuh pencuri yang serang sementara Amrit lebih kepada lumpuhkan pergerakan pihak lawan. Antara punca juga kenapa filem ni terasa repetitive sebab bertarung dengan watak antagonis yang sama sedangkan boleh jimat masa kalau Amrit dengar cakap Viresh. Babak Tulika dengan Fani pun tipikal sebab watak heroin lemah sangat sebab nak highlight watak hero dan tambah elemen drama. 


Kebanyakan babak memang tertumpu di atas gerabak kereta api jadi kita tak kenal pun siapa Amrit dan Tulika untuk rasa kasihan dan terkesan dengan kisah cinta terhalang dek keluarga ni. Kalau ada backstory ataupun lagu mungkin menjadi lah drama sendu sebabak tu. Chemistry pun tak strong untuk backup babak romantik antara dua watak ni. I lagi curious dengan nasib Viresh yang kena tawan dengan Fani sebagai umpan untuk Amrit datang ke gerabak mereka. 

Kalau ada yang suka filem aksi, naskhah Kill memang patut jadi pilihan sebab ada beberapa gerakan yang menarik diberikan oleh watak Amrit dan Viresh. Tapi filem ni tak sesuai sebagai tontonan keluarga sebab keganasan yang melampau. Sinematografi dan music score menguatkan lagi penceritaan Kill. 



1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

1 comment

  1. Sha layan sebab nak tengok babak bertarung ja.. Part penjenayah perasan mangsa tu memang geramlah.. diorang yang merompak, acah tersakiti pula bila ada yang melawan.. geram ja..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.