Movie Review | Deadpool (2016)

Saturday, 3 August 2024


Director: Tim Miller
Writers: Rhett Reese, Paul Wernick
Cast: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, T. J. Miller, Gina Carano, Brianna Hildebrand
Production Companies: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, TSG Entertainment, Kinberg Genre, The Donners' Company
Distributor: 20th Century Fox
Genre: Superhero / Action / Comedy
Running Time: 108 minutes
Release Date: 8 February 2016 (Le Grand Rex), 12 February 2016 (United States)
Trailer:


Naskhah terbaru dari Marvel menampilkan anti-superhero bernama Deadpool yang dihasilkan dari makmal yang sama dengan Wolverine dan hidup dalam universe yang sama dengan anggota X-Men tersebut. Wade Wilson (Ryan Reynolds) mengambil upah dari sesiapa yang memerlukan khidmat dia untuk melawan orang jahat tapi tak bermakna dia suka digelar hero. 

Tak pernah terbayang hidup sebagai lelaki yang mempunyai keluarga hingga dia bertemu dengan Vanessa (Morena Baccarin), si penari kelab malam yang cantik. Sama-sama mempunyai kisah hidup yang malang dan tragis, mereka berdua bercinta dan setuju untuk berkahwin. Malangnya, Wade didiagnos dengan kanser dan mempunyai peluang untuk hidup selama beberapa bulan saja lagi. 


Wade ditawarkan untuk jadi superhero dari makmal swasta yang diuruskan oleh Ajax (Ed Skrein) dan Angel Dust (Gina Carano). Setiap hari Wade diseksa dalam makmal untuk menghidupkan sel mutan yang disuntik ke dalam badannya. Siksaan paling teruk dalam hypobaric chamber buatkan kulit Wade terbakar sekaligus menghidupkan sel mutan dan berjaya lari keluar dari makmal tersebut. 

Walaupun Wade mempunyai kuasa superhero tapi seluruh kulitnya dipenuhi parut kanser. Setiap hari Wade akan mengekori Vanessa dari jauh sebab dia takut tunangnya akan lari ketakutan akibat rupa yang buruk. Dalam masa yang sama, Wade bertukar menjadi Deadpool dengan kuasanya yang baru dengan kerja yang sama seperti sebelumnya. 


Filem arahan Tim Miller mempunyai dua kekuatan utama – sinematografi cemerlang dari Ken Seng dengan kerjasama Digital Domain (DD), Atomic Fiction, Blur Studio, Weta Digital, Rodeo FX dan Luma Pictures untuk visual effects dan olahan kreatif dari pengarah. Jalan cerita Deadpool biasa saja sebab penulis nak perkenalkan siapa Deadpool dan sedikit backstory bagaimana dari manusia biasa bertukar kepada vigilante berbaju merah dengan katana di belakang badan. 

Dalam filem pertama ni juga Deadpool dipujuk oleh Colossus X-Men (Stefan Kapičić & Daniel Cudmore) untuk join X-Men tapi dia tak nak sebab tak ada orang pun dekat sana. Tapi bila dia perlukan team, Colossus dengan Negasonic Teenage Warhead (Brianna Hildebrand) juga yang dia cari. Karakter Deadpool memang sukar dijangka sebab dia jenis tak berfikir bila ada kuasa untuk self-regenerate. A bit annoying but 100% lovable to watch sebab dia keluar dari acuan superhero yang sentiasa nak buat baik dan terlihat baik depan semua. 


Kelemahan pada filem Deadpool terletak pada watak antagonis yang kurang menyengat walaupun mempunyai kuasa mutan. Ajax dan Angel Dust tak ada banyak screentime sangat pun untuk bertarung dengan team Deadpool sebab ruang banyak diberikan pada kisah cinta Wade dan Vanessa. Bila masuk babak pertarungan tu macam eh ni je? Tapi itu lah, Deadpool pun jenis brutal, bila bergaduh dengan orang terus aim untuk bunuh je jadi filem ni tak sesuai untuk yang bawah 18 tahun sebab ganas yang melampau. 



Himpunan lagu dari Tom Holkenborg terarah pada zaman 80-an antaranya Juice Newton (Angel of the Morning), Wham! (Careless Whisper) even theme track untuk Deadpool pun enjoyable since Deadpool suka berlawan berlatarkan musik. Deadpool is kinda romantic guy anyway. Tak pasti lah sebab dia berjumpa Vanessa ataupun sebenarnya dia memang softie tapi ada anger issue sebab ayah dia abusive. Apa pun sebabnya, Ryan dengan Morena ada chemistry yang kuat sebagai lovey-dovey couple dalam dunia yang ganas dan kotor. 


Watak sampingan yang lain macam Blind Al (Leslie Uggams), Dopinder (Karan Soni) atau Weasel (T. J. Miller) dalam dunia Deadpool pun enjoyable to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.