Movie Review | Alas Pati: Hutan Mati (2018)

Saturday, 24 August 2024


Pengarah: Jose Poernomo
Penulis Skrip: Jose Poernomo, Aviv Elham
Pelakon: Nikita Willy, Jeff Smith, Stefhanie Zamora Husen, Roy Sungkono, Naomi Paulinda, Maura Inry Gabrielle
Syarikat Produksi: MD Pictures, Pichouse Films
Pengedar: MD Pictures
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 82 minit
Tarikh Tayangan: 24 Mei 2018 (Indonesia), 24 Januari 2019 (Malaysia)
Trailer:


Filem seram Alas Pati: Hutan Mati arahan Jose Poernomo mengisahkan tentang sekumpulan pelajar kolej - Raya (Nikita Willy), Dito (Jeff Smith), Vega (Stefhanie Zamora Husen), Rendy (Roy Sungkono) dan Jessy (Naomi Paulinda) mencari idea untuk vlog terbaru mereka untuk dimuat naik ke laman sosial Facebook dan juga Youtube. Mereka mencari sesuatu yang unik dan seram supaya engagement content mereka tinggi. 

Pada suatu hari mereka telah mendapat idea untuk pergi ke sebuah lokasi berhantu yang ada di Indonesia yang dikenali sebagai Alas Pati. Kawasan tersebut dinamakan Alas Pati yang bermaksud Hutan Mati kerana menjadi kawasan perkuburan. Uniknya perkuburan tersebut tidak mengebumikan mayatnya akan tetapi disemadikan di atas binaan diperbuat dari buluh yang didirikan diatas tanah.

Demi engagement, mereka mengganggu mayat-mayat di situ, bergurau di luar batas malah mencuri barang kepunyaan mayat di situ. Sebelum mereka berlima meninggalkan Alas Pati, Jessy digesa supaya naik ke atas salah satu ‘kubur’ sebagai tanda pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan tersebut. Baru saja naik, Jessy terjatuh lalu tercucuk buluh tajam lantas meninggal dunia dalam keadaan yang ngeri. 

Terkejut dengan keadaan yang berlaku secara pantas, mereka yang lain pergi meninggalkan mayat Jessy bersendirian di Alas Pati dan kembali ke kolej seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sejak mereka pulang, ada yang mengekori dan mula mengganggu. Vega pula hilang entah ke mana sampaikan Pengetua Kolej soal siasat ke mana hilangnya Jessy dan Vega. 

Naskhah seram terbitan MD Pictures menggunakan latar yang menarik dan unik dengan mewujudkan kawasan perkuburan Alas Pati di mana mayat yang terasing dari bandar dan juga masyarakat lain. Mencuri perhatian juga bila tengok perjalanan 5 sekawan untuk ke kawasan Alas Pati menggunakan jalan air dan darat. Terserlah keindahan alam semulajadi di negara Indonesia. Tak pasti kalau penulis cuma wujudkan kawasan fiksyen ataupun terinspirasi dengan lokasi yang terletak di tengah hutan di kawasan Perhutani Regaloh, Kecamatan Tlogowungu Pati.

Sayangnya penulis tak kembangkan sangat pun tentang Alas Pati supaya kita lebih faham kenapa terletak di kawasan begitu. Kenapa dibikin binaan bambu yang sama tinggi dan sama rekaannya untuk setiap kubur tanpa nama. Tak ada tanda amaran supaya orang luar tak masuk ke kawasan tersebut. 

Kita tak boleh connect dengan watak-watak utama juga sebab tak dikembangkan dengan lebih mendalam. Masa tengok semua tinggalkan Jessy pun dah malas nak cara kalau semua tak selamat sebab perangai masing-masing merepek sangat. Tengok sampai habis pun sebab ada video TikTok kata filem ni seram sangat, jangan tengok seorang. 

Durasi filem Alas Pati: Hutan Mati cuma sepanjang 82 minit tapi dengan pace yang perlahan dan cerita mengelirukan. Dialog juga tak banyak sebab second half dah masuk plot hantu-hantu di Alas Pati mengganggu. 

Bila tengok semua gangguan tu rasa kelakar daripada rasa seram sebab bajet rendah. Nampak sangat bila handphone atau perabot kena tarik dengan tali. Transition Raya yang berada di rumah tapi berpindah jasad ke Alas Pati tu kelakar. Hantu yang mengganggu pun tak lah ganas mana sebab tak ada bajet untuk terbang atau jatuhkan mangsa. Tak boleh cederakan target juga sebab tak ada bajet untuk make-up kesan luka atau lebam. 

Kalau teringin nak tengok kawasan perkuburan Alas Pati: Hutan Mati tu macam mana, boleh lah layan filem seram ni tapi seeloknya tak payah lah sebab rugi masa layan filem tak best.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10

3 comments

  1. Jalan cerita seram tapi budget rendah boleh jadi lebih kelakar dari seram hahahaa..

    ReplyDelete
  2. Saya kalo film2 horor ini, apalagi yg main pun tak bagus2 sangat langsung skip kak. Buang waktu memang. Pati sendiri kota yg lumayan seram skr ini. Baru2 ini ada peristiwa owner rental mobil yg menginvestigate mobil sewaan dia yg hilang, dan ternyata ada di Pati. Dia DTG kesana, tp malah dibunuh Ama Orang2 lokal yg melindungi si pencuri. Sejak itu Pati terkenal kota yg banyak case kriminal. Bahkan para pemilik rental mobil dj daerah Jawa sudah buat semacam perjanjian utk tidak menyewakan mobil kalo tujuannya ke Pati atau orang yg menyewa ID card nya dari Pati. Mereka blacklist tempat itu. Saya sendiri tak berani kesana.

    ReplyDelete
  3. Tak jadilah nak cuba layan.. kikiki.. tq review Farhana..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.