Pelakon: Wu Kang Ren, Jack Tan, Serene Lim, Tan Kim Wang, Bront Palarae
Syarikat Produksi: mm2 Entertainment, Cinema Inutile, JW SAB & Partners
Pengedar: Applause Entertainment Limited (Taiwan), Golden Scene Company Limited (Hong Kong, Makau), mm2 Entertainment (Malaysia, Singapura), Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2023 (Taiwan), 7 Disember 2023 (Hong Kong, Makau), 14 Disember 2023 (Malaysia), 11 Januari 2024 (Singapura)
Trailer:
Filem yang berlatarkan bandar Pudu mengisahkan si Abang (Wu Kang Ren) yang tinggal bersama Adik (Jack Tan) tanpa dokumen sah negara seperti kad pengenalan. Mereka hidup tanpa identity sejak kecil setelah dibuang oleh keluarga.
Kerana tiada status sah warganegara dan tiada dokumen rasmi, mereka berdua tidak boleh menerima sebarang kebajikan negara seperti pendidikan asas, bantuan kehidupan, tiada kad pengenalan atau passport malah tidak boleh bekerja juga mempunyai akaun bank.
Abang dan Adik tinggal di rumah pangsa yang kebanyakannya disewakan kepada warga asing atau PATI. Setiap kali spot check dari pihak polis atau imigresen, Abang akan menyorok supaya tidak ditangkap. Nasib adik bertuah sedikit kerana dia mempunyai salinan surat beranak, berbeza dengan Abang yang sehelai sepinggang setelah rumahnya hangus dalam kebakaran.
Abang yang cacat pendengaran dan bisu lebih selesa bekerja di pasar dan raih pendapatan dari sumber elok sementara Adik bergelumang dalam jenayah, bekerja dengan Kamarul (Bront Palarae) untuk pulangan yang lebih besar supaya lebih cepat dapat keluar dari tempat tersebut.
Jia En (Serene Lim), seorang pekerja sosial muda ingin mengubah nasib Abang dan Adik dengan membantu mengesan waris mereka berdua. Malangnya dalam satu pertengkaran, Jia En terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan Abang dan Adik sekali lagi terpalit dalam musibah.
Naskhah drama hasil penulisan dan sutradara dari pengarah baru, Jin Ong menggunakan khidmat sinematografi Kartik Vijay yang berasal dari Mumbai. Suasana kehidupan pendatang dan imigran dijadikan latar kepada dua beradik untuk mengukuhkan lagi penceritaan mereka berdua. Kalau ikutkan dari filem ni, pihak berkuasa memang tak bagi muka dengan orang seperti Abang dan Adik sedangkan mereka membesar dalam keadaan yang tak menyebelahi mereka.
Beberapa babak yang paparkan suasana rumah pangsa dengan hiruk-pikuk bandaraya dan keadaan yang kotor berada dalam satu bingkai yang sama dengan panorama mewah KLCC. Parallel di mana warganegara sibuk dengan urusan harian dalam kereta sedangkan di bawah flyover Adik berlari selamatkan diri dari dibelasah. Penggunaan cahaya dan beberapa warna juga digunakan secara agresif macam babak Abang terkenangkan Xiao-su (April Chan) sambil peluk Adik dengan chaya berwarna merah. Kamarul menyetan dalam keadaan gelap gelita.
Macam pihak polis yang layan Adik seperti sampah bila nampak salinan surat beranak ataupun staf Jabatan Pendaftaran Negara yang acuh tak acuh membantu Jia En. Dalam filem ni memang tak diceritakan pilihan Abang dan Adik ada untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia sebab plot berubah ke arah yang lebih tegang untuk Abang dan Adik.
Masa tengok filem ni memang kesian lah dekat Abang tapi sebab tak nampak apa usaha mereka berdua untuk hidup sebagai warganegara sah, rasa kesian tu slowly hilang. Faham lah bila Adik tak sengaja pukul Jia En tapi pilihan yang diambil lepas tu susah nak dihadam. I don’t want to sound like a privileged citizen tapi itu lah, jalan cerita Abang Adik pun lebih suka raih rasa simpati dengan paparkan sisi buruk Kerajaan.
Pace penceritaan filem Abang Adik agak perlahan dengan dialog yang minima dan kebanyakan masanya berbahasa Cina. Walaupun watak Abang tak ada dialog tapi perasaan sayang, marah, kusut dan putus asa boleh nampak dengan jelas dari bahasa mata, ekspresi muka dan bahasa badan dia. Menangis juga bila tengok babak Abang mengadu dekat sami tentang nasib hidup dia. Tak jauh beza dengan persembahan Jack Tan sebagai adik yang bergantung sepenuhnya pada Abang sejak kecil. Comel bila Adik tanya Money Abang akan lupakan dia tak lepas kahwin nanti.
Walaupun naskhah Abang Adik ada kekurangannya namun pengarah tetap letakkan mutu persembahan yang berkualiti yang berkisarkan kasih sayang Abang dan Adik. Tak perlukan sesuatu yang Istimewa pun untuk dua hati jadi kuat dan erat. Untuk Abang dan Adik, makan telur rebus setiap hari adalah ritual kasih sayang dalam hidup mereka berdua.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Sedih cerita ni, meruntun jiwa.
ReplyDelete