Drama Review | Daily Dose of Sunshine (2023)

Thursday, 22 August 2024


Director: Lee Jae-kyoo, Kim Nam-su
Writers: Lee Nam-gyu, Oh Bo-hyun, Kim Da-hee
Cast: Park Bo-young, Yeon Woo-jin, Jang Dong-yoon, Lee Jung-eun
Production Companies: Film Monster, Kim Jong-hak Production
Distributor: Netflix
Genre: Medical / Drama / Comedy 
Episodes: 12 episodes (52-72 minutes per episode)
Release Date: 03 November 2023
Trailer: 


Diadaptasikan dari webcomic berjudul Morning Comes to Psychiatric Wards karya ilustrasi Lee Ra-ha yang diterbitkan pada tahun 2020, mengisahkan tentang jururawat pelatih, Jung Da-eun (Park Bo-young) yang berpindah masuk ke jabatan neuro-psikatri. Jung Da-eun buat keputusan tersebut atas saranan Ketua Jururawat di wad biasa kerana sikapnya yang prihatin terhadap pesakit-pesakit di Myungshin University Hospital. 

Di jabatan baru, Jung Da-eun dibantu oleh rakan sekerja seperti Min Deul-re (Lee E-dam), Park Soo-yeon (Lee Sang-hee), Hong Jeong-ran (Park Ji-yeon) dan Yoon Man-cheon (Jeon Bae-su). Sama seperti wad biasa, jururawat di wad psikatri tak ambil peduli sangat dengan pesakit kerana kekurangan kakitangan tapi Ketua Jururawat, Song Hyo-jin (Lee Jung-eun) tak halang Da-eun untuk rapat dengan pesakit. 


Kerana sifat prihatin Da-eun juga mencuri perhatian Dr. Dong Go-yun (Yeon Woo-jin) yang bekerja di unit lain. Selalu terserempak dan semakin rapat berkenalan, mereka berdua jatuh cinta. 

Naskhah yang memenangi anugerah Best Drama di Blue Dragon Series Awards 2024 berlatarkan sesuatu yang taboo dan sensitif dalam masyarakat Asia iaitu masalah kesihatan mental. Dalam drama Daily Dose of Sunshine, penulis membincangkan tentang depression, PTSD, anxiety, self-harm, mania, bipolar disorder atau schizo dengan olahan yang bermutu dari pengarah.


Dalam beberapa babak ada digambarkan macam mana perasaan pesakit bila diserang kemurungan atau anxiety macam Song Yu-chan (Jang Dong-yoon) yang diserang panic attack dekat pejabat. Lakonan Dong-yoon nampak real sebab pengarah memang tenggelamkan set babak tu dalam air untuk nampak authentic. 

Daily Dose of Sunshine bukan saja paparkan sakit dari point of view pesakit yang mengalami malah mengajar macam mana orang sekeliling boleh bantu bila nampak simptom yang dialami. Cara terbaik ialah rujuk pada yang pakar. Macam babak Yu-chan halang diri dari jumpa Da-eun sebab tak nak ganggu proses pemulihan dia. Babak doktor tegur Jururawat Park untuk buat jurnal pun sama juga sebab pesakit takkan nampak tanda tu. 


Lakonan para pelakon semuanya bagus kecuali beberapa watak doktor dan jururawat yang bekerja di unit tu tapi tak jadi masalah pun sebab screentime tak banyak dan muncul dalam skrin yang sama dengan pelakon lain. Lakonan Roh Jae-won tinggalkan impak dan berkesan terutamanya lepas dia kembali semula ke dunia luar selepas discharge dari Myungshin University Hospital. Realiti yang berat terpaksa dia hadap lepas sembuh tapi itu lah, tak boleh salahkan pihak hospital juga sebab pilihan tu ada pada dia. Tak diceritakan pula kenapa dia nak juga teruskan dengan kerjaya tu sedangkan ada banyak lagi pilihan lain.  


Sama juga dengan episod yang fokus pada working mom yang diserang amnesia disebabkan rutin harian yang stressful. Stigma terhadap working moms tinggi bila rakan sekerja dan ahli keluarga tak selesa dengan komitmen yang ada. Disebabkan stigma tu, kebanyakan working moms ambil jalan untuk bekerja lebih dari kemampuan diri sampai kesihatan terabai. Nak pula bila dapat suami yang jenis lepas tangan dan kebanyakan suami Asia memang macam tu. Kesian sangat tengok episod ni sebab sekeliling kita pun ada golongan ni. 

I ambil masa untuk habiskan drama Daily Dose of Sunshine, bukan sebab jalan tapi sebab ada beberapa babak yang triggered my mental health especially bila masuk episod Kim Seo-wan (Roh Jae-won) dan Jung Da-eun disahkan mengalami kemurungan. Walaupun berat untuk ditonton tapi dua plot ni antara yang terbaik sebab jadi kunci utama. 


Macam mana jururawat yang merawat boleh sakit dan point of view dia berubah dari yang merawat kepada yang dirawat. Macam mana penjaga pesakit halang Da-eun dari bekerja sedangkan ahli keluarga sendiri pun ada sakit yang sama. Walaupun ada dalam situasi yang sama tapi tak semestinya orang akan faham. 

Naskhah Daily Dose of Sunshine ada kelemahannya juga bila penulis masukkan love angle antara Dr. Hwang Yeo-hwan (Chang Ryul) dan Jururawat Min Deul-re sebab kisah cinta tipikal dan meleret. Kisah cinta Jung Da-eun pun I tak berapa gemar lah sebab tak ada chemistry pun between female lead dengan male lead. I lagi suka Jung Da-eun bercinta dengan Yu-chan. Kalau tak nak bagi happy ending dekat watak Yu-chan buat apa masukkan? Patutnya biar je Da-eun dengan Yu-chan berkawan baik dari sekolah. 


Drama terbitan Film Monster dan Kim Jong-hak Production ni walaupun letak poster yang warm-toned dan bergenre komedi tapi jalan cerita dia agak depressing jadi kalau tak suka drama yang heavy, just skip this one. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 8.2/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.