ASTRO FIRST RAIKAN SEMANGAT KONTINJEN NEGARA KE SUKAN PARALIMPIK PARIS 2024 DENGAN MEMBAWAKAN FILEM ‘GOLD’ KE PAWAGAM RUMAH ANDA

Thursday, 29 August 2024

ASTRO FIRST RAIKAN SEMANGAT KONTINJEN NEGARA  KE SUKAN PARALIMPIK PARIS 2024 DENGAN MEMBAWAKAN  FILEM ‘GOLD’ KE PAWAGAM RUMAH ANDA | Boleh Dilanggan Di Astro First bermula 29 Ogos 

Bagi menyemarakkan lagi tanda sokongan kepada atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024, Astro First membawakan filem ‘Gold’ ke pawagam rumah anda. Filem ini diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou. Filem ini boleh dilanggan menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 29 Ogos.


‘Gold’ dihasilkan pengarah box office, Paskal The Movie dan Malbatt Misi Bakara, Adrian Teh. Dengan melanggan filem ini pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka dalam tempoh 48 jam, penonton dapat menyaksikan nilai kesungguhan dan aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaan dan keharmonian masyarakat.

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Gold, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Gold adalah tanda penghargaan dan sokongan teguh kita semua kepada wira-wira atlet negara. Kami percaya, kini adalah masa yang tepat untuk mempersembahkan filem Gold di platform Astro First kerana platform ini mampu memberi akses yang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk merasai dan memahami perjuangan atlet, seterusnya menyuntik semangat dalam diri. Kami mendoakan kejayaan Cheah Liek Hou yang akan beraksi dalam acara badminton serta semua atlet yang mewakili Malaysia di pentas berprestij tersebut. Ayuh ‘Go For Gold’!”


‘Gold’ dibintangi oleh pelakon Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting, penyanyi popular sekitar 1990an Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.  

‘Gold’ mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek. 


Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung,  LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Gold di akaun media sosial Astro First seperti Instagram dan TikTok. Gunakan #GoForGold #MYGoldMovie #KitaPastiBoleh #为自己赢一场 #为马来西亚赢一次 di media sosial.

Ikuti media sosial Astro First untuk maklumat lanjut,

Instagram : @astrofirst.official

TikTok : @astrofirstofficial

Facebook : Astro First 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.