ASTRO FIRST RAIKAN SEMANGAT KONTINJEN NEGARA  KE SUKAN PARALIMPIK PARIS 2024 DENGAN MEMBAWAKAN  FILEM ‘GOLD’ KE PAWAGAM RUMAH ANDA | Boleh Dilanggan Di Astro First bermula 29 Ogos 

Bagi menyemarakkan lagi tanda sokongan kepada atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024, Astro First membawakan filem ‘Gold’ ke pawagam rumah anda. Filem ini diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou. Filem ini boleh dilanggan menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 29 Ogos.


‘Gold’ dihasilkan pengarah box office, Paskal The Movie dan Malbatt Misi Bakara, Adrian Teh. Dengan melanggan filem ini pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka dalam tempoh 48 jam, penonton dapat menyaksikan nilai kesungguhan dan aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaan dan keharmonian masyarakat.

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Gold, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Gold adalah tanda penghargaan dan sokongan teguh kita semua kepada wira-wira atlet negara. Kami percaya, kini adalah masa yang tepat untuk mempersembahkan filem Gold di platform Astro First kerana platform ini mampu memberi akses yang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk merasai dan memahami perjuangan atlet, seterusnya menyuntik semangat dalam diri. Kami mendoakan kejayaan Cheah Liek Hou yang akan beraksi dalam acara badminton serta semua atlet yang mewakili Malaysia di pentas berprestij tersebut. Ayuh ‘Go For Gold’!”


‘Gold’ dibintangi oleh pelakon Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting, penyanyi popular sekitar 1990an Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.  

‘Gold’ mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek. 


Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung,  LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Gold di akaun media sosial Astro First seperti Instagram dan TikTok. Gunakan #GoForGold #MYGoldMovie #KitaPastiBoleh #为自己赢一场 #为马来西亚赢一次 di media sosial.

Ikuti media sosial Astro First untuk maklumat lanjut,

Instagram : @astrofirst.official

TikTok : @astrofirstofficial

Facebook : Astro First 

Zus Coffee Sabak Bernam

Tuesday, 27 August 2024


Balik Sabak Bernam minggu ni adik bagitahu dekat Sabak dah ada Zus Coffee, sederet dengan Tealive. Sebelum balik ke Subang haruslah singgah kejap beli kopi supaya tak mengantuk masa drive hshshs ye ni alasan semata. Sebelum ni kalau nak minum Zus Coffee memang beli dekat Subang sebelum balik ke Sabak ataupun singgah Zus Coffee dekat Sungai Besar. Sekarang dah tak perlu dah sebab dah ada dekat sini. Yeay!


I plan nak beli Cham Latte Series dekat Zus Coffee sebab I suka Cham. Rasanya Zus Coffee je yang keluarkan menu Cham dekat Malaysia. Maybe because it is local kot. 

Anyway, interior Zus Coffee sama je dengan franchise lain cuma franchise yang ni kecil sikit lah jadi tak banyak meja untuk dine-in atau buat study group dekat dalam ni. 






Masa tengah berbaris untuk order tu I terdengar barista bagitahu untuk hari Ahad tu ada special offer sempena pembukaan Zus Coffee. Caranya order secawan kopi kemudian akan dapat secawan Spanish Latte percuma. Terhad kepada 100 order yang terawal untuk hari tersebut. Masa kitorang sampai tu baru ada berapa cup je so barista suruh order guna apps tapi make sure tukar location dekat Sabak Bernam. 


Memang wajib lah adik I order kopi guna apps sebab dia suka Iced Spanish Latte Zus Coffee. Kira rezeki terpijak lah datang masa tu sebab dapat kopi free. I order Iced Dark Oolong Cham Latte sebab sebelum ni dah try White Peach Oolong Cham Latte. 


Tak lama pun nak tunggu order kitorang siap sebab dekat Sabak Bernam ni tak ada Foodpanda atau Grab macam dekat Subang so jumlah yang datang dekat franchise, itu lah juga yang akan appear dekat waiting list. Tak tahu lah bila akan ada Grab dengan Foodpanda ni tapi tu lah, kalau ada pun takut tak ada demand je. 


Anyway, kitorang dah berjaya tebus Iced Spanish Latte dan besar kemungkinan lepas ni akan pergi lagi Zus Coffee bila balik Sabak sebab barista dia pandai bancuh kopi. 


Seiring dengan evolusi landskap sinema di Malaysia, permintaan untuk strategi pemasaran kreatif semakin meningkat. Sebagai salah satu inisiatif pemasaran terbaru, Astro Shaw memperkenalkan multi-programatik treler yang direka khusus mengikut tema tertentu. 

Pendekatan inovatif ini melibatkan penghasilan beberapa treler dengan genre berbeza dari filem yang sama. Strategi ini akan dimulakan dengan filem terbaru Astro Shaw, ‘Baik Punya Ah Long’. 


Dengan melancarkan beberapa treler mengikut kesesuaian musim tayangan, Astro Shaw memfokuskan kepada golongan penonton yang lebih meluas. Usaha ini selaras dengan trend di mana platform menyajikan kandungan mengikut citarasa penonton sasaran. 

‘Baik Punya Ah Long’ menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam. Selain treler rasmi, terdapat dua lagi treler khas iaitu treler yang berkonsepkan aksi komedi dan treler bertemakan muzikal.  

Mengikut Penerbit Eksekutif Filem Baik Punya Ah Long merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Tidak hanya memberi tumpuan pada penghasilan karya berkualiti, Astro Shaw juga turut memfokuskan pada strategi pemasaran bagi memastikan filem tersebut dapat dihebahkan secara menyeluruh. Dengan memperkenalkan multi-programatik treler ini, ia memberikan lebih ruang fleksibiliti dalam kempen pemasaran kami dengan menyesuaikan kandungan filem Baik Punya Ah Long kepada segmen penonton tertentu, sekali gus dapat menarik pelbagai demografi penonton. 

Kami percaya dengan melancarkan dua treler tambahan tersebut, ia dapat menonjolkan aspek berbeza filem ini seperti komedi, aksi, atau elemen muzikal, dan penonton diberikan lebih banyak sebab untuk teruja dengan filem Baik Punya Ah Long. Langkah berani ini adalah bukti usaha kami untuk terus mendekatkan karya tempatan kepada masyarakat dengan cara yang lebih segar dan relevan.”

Treler yang direka khas ini akan disusun secara strategik mengikut pelbagai genre filem yang sedang ditayangkan di pawagam. Dari filem aksi yang mendebarkan hingga komedi ringan dan persembahan muzikal yang menghiburkan, treler ini akan memastikan pendedahan maksimum kepada penonton sasaran dan diharapkan dapat menarik minat mereka menyaksikan ‘Baik Punya Ah Long’ yang ditayangkan mulai 12 September nanti. 


Dengan strategi pemasaran yang inovatif ini, Astro Shaw bersedia untuk memberikan impak yang signifikan dalam industri filem tempatan dan menetapkan piawaian baru untuk tayangan pawagam.

Baik Punya Ah Long merupakan filem arahan Dato Afdlin Shauki dan membariskan pelakon Zizan Razak, Johan, Adlin Aman Ramlie, Liyana Jasymay, Mia Shauki dan ramai lagi. Filem komedi muzikal ini mengisahkan tentang dua beradik yang mahu memulakan perniagaan walaupun mereka tidak pandai dan mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Perniagaan yang mereka jalankan adalah meminjam wang. Namun, perniagaan mereka tidak disenangi oleh ‘Ah Long’ yang lain. 

Saksikan filem Baik Punya Ah Long di pawagam bermula 12 September depan di pawagam seluruh negara. Ikuti perkembangan mengenai filem ini menerusi platform media sosial Astro Shaw. Gunakan #BaikPunyaAhLong untuk berkongsi keterujaan atau pendapat di media sosial. 

SAMBUT MERDEKA DAN HARI MALAYSIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN | Ganjaran hebat dan pelbagai aktiviti patriotik yang menarik menanti para pengunjung!

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Pusat Beli Belah Alamanda kembali meneruskan tradisi dengan meraikan kemerdekaan melalui unjuran kempen gemilang yang berlangsung dari 23 Ogos hingga 16 September 2024. Kempen yang disasarkan menarik ramai pelanggan dari setiap lapisan umur ini membawakan tema tahun 2024 ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. Momentum ini akan diteruskan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2024.

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA

Alamanda Putrajaya menjemput para pelanggan untuk menyemarakkan semangat “Jiwa Merdeka” melalui pelbagai ganjaran menarik.

• Ganjaran Merdeka: Para pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit daripada senarai kedai terpilih akan menerima baju-T edisi terhad Merdeka ke-67.

• Ganjaran ‘High Spenders’: Bagi mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit, akan menerima sekeping Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada baju-T edisi terhad Merdeka sebagai tawaran insentif tambahan kepada mereka yang meraikan bersama kami.

• Cabutan Bertuah: Tiga peserta bertuah dalam akan berpeluang memenangi RM670 dalam Baucer Beli-belah Alamanda, menjadikan pengalaman Merdeka mereka lebih bermakna Untuk meningkatkan suasana patriotik, Alamanda akan dihiasi dengan Jalur Gemilang, dan 500 pembeli pertama pada Hari Merdeka akan menerima bendera Jalur Gemilang mudah alih sebagai tanda pengharagaan bagi mewujudkan semangat cinta negara di dalam pusat membeli-belah.

PUSAT BELI BELAH MESRA

Pusat Beli Belah Mesra, Terengganu juga akan menyertai sambutan seluruh negara dengan Kempen Merdeka mereka, yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 16 September 2024. Turut membawakan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, pusat beli-belah ini akan menampilkan hiasan patriotik dan pelbagai tawaran istimewa serta aktiviti menarik bagi menyemerakkan semangat Merdeka sehingga Hari Malaysia pada 16 September.

• Ganjaran Merdeka: Para pelanggan yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di senarai kedai terpilih berpeluang untuk menebus baju-T edisi terhad Merdeka ke-67 sebagai tanda ingatan akan lambang kemerdekaan negara.

• Aktiviti Menarik: Tanggal 31 Ogos 2024, Pusat Beli Belah Mesra akan menganjurkan pemberian pin dan lencana Jalur Gemilang berserta belon secara percuma bagi berkongsi penghayatan Merdeka bersama komuniti sejagat.

• Kempen VIKids: Kempen yang mendapat sambutan hangat kembali ke lantai Pusat Beli Belah Mesra bermula dari 12 sehingga 16 September 2024 dan turut menawarkan rangkaian aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak yang menarik. Pembeli yang berbelanja RM100 dan ke atas dalam satu resit di senarai kedai terpilih berpeluang menebus set tanah liat premium. Pelbagai pertandingan yang menarik juga turut diadakan seperti Pertandingan Basikal Patriotik pada 12 September, Pertandingan Kostum Pahlawan pada 14 September, dan Pertandingan Mewarna Wau pada 15 September, yang membawakan barisan hadiah menarik untuk dimenangi. Ini adalah di antara usaha untuk meningkatkan tahap kreativiti dan memupuk semangat patriotisma dalam kalangan peserta cilik kita.

“Kempen Merdeka dan VIKids di Pusat Beli Belah Alamanda dan Mesra di lihat sebagai cerminan prinsip-prinsip ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. Sempena sambutan ulang tahun ke-67 kemerdekaan negara kita, kami berbangga untuk menawarkan aktiviti dan ganjaran yang menggalakkan kesepaduan keluarga selain dari menghormati nilai-nilai yang membentuk negara Malaysia. Kami ingin mengambil kesempatan untuk mempelawa para pengunjung untuk menyertai kami dalam sambutan penuh gemilang ini bagi mengkuatkan perpaduan, memahami nilai kebebasan, dan menghayati semangat patriotisma,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd

Untuk info lanjut, layari:

i. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


****************************************

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda

Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan pembinaan bermula pada 20 Jun 2023, dan dijadualkan siap pada suku keempat tahun 2024. Pembangunan semula ini bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan.

Selain itu, ruangan hiburan yang diperbaharui, seperti pawagam mesra keluarga, kawasan boling yang diperluas, dan taman pengembaraan di Esplanade, akan memenuhi keperluan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Pembangunan semula ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan menyokong rakan perniagaan, akhirnya meningkatkan taraf Pusat Beli-belah Alamanda sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah pilihan di Putrajaya, memberikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Dinamik'.

Dengan lokasi yang strategik dan kebolehcapaian yang sangat baik melalui lebuh raya utama, Pusat Beli-belah Alamanda merupakan pusat tumpuan untuk penduduk lebih daripada 76,000 pekerja profesional dan 147,000 pelajar. Aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa semasa aktiviti pembangunan semula. Ini untuk memastikan gangguan yang minima kepada pembeli dan penyewa.

Mengenai Mesra Mall

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

Minggu bertemakan ‘Pilihan ERA’ yakni Rakan Radio Rasmi rancangan pertandingan nyanyian ‘TikTok LIVE X Astro’ Gimme The Mic Malaysia’ diungguli oleh peserta Bulan Asyraff dengan markah keseluruhan sebanyak 66.96%, diikuti oleh Raes (66.17%), Shazreen Shaharum (66.01%), Farhan Mustapha (65.20%), Epet (60.46%) dan Syaffiq Sahli (60.45%) yang turut berjaya menduduki kerusi istimewa ‘The Six’.

Minggu kelima ini juga dikejutkan dengan kehadiran penyanyi popular Jaclyn Victor sebagai juri jemputan. Lebih menarik apabila peserta Syaffiq Sahli memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed dan Anugerah pilihan Gimme The Mic Alha Alfa. Minggu ini juga menyaksikan peserta Chong Han tersingkir apabila mendapat markah keseluruhan terendah. Saksikan episod baharu Gimme The Mic Malaysia pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘TIKTOK LIVE X ASTRO GIMME THE MIC MALAYSIA’

• Edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang menerokai bakat muzik baharu di Malaysia bermula siaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Seringkali dilakukan secara maya menerusi TikTok LIVE iaitu perkhidmatan penstriman secara langsung di platform TikTok, program utama edisi terbaharu ini akan bersiaran di saluran Astro Ria buat julung kalinya.

Epet - Hutang (Floor 88)

Raes - Wrecking Ball (Miley Cyrus)

Bulan Asyraff - Mengintai Dari Tirai Kamar (Exist)

Syamel Amzah - Gelora (Usop)

Chong Han - Tak Tercapai Akalmu (Elyana)

Danhuangge - Madu & Racun (Bill & Brod)

Syaffiq Sahli - This Love (Maroon 5)

Farhan Mustapha - Kemarin (Seventeen)

Hazreen Amreena - Hati Yang Kau Sakiti (Datin Sri Rossa)

Ameerais - Diam (Hael Husaini)

Junlloyd Egano - Lagu Kita (Aizat Amdan)

Shazreen Shaharum - Keranamu Kekasih (Illa Sabry)

Jelly Belly - Rolling in the Deep (Adele)

• Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, di mana mereka perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

• Sherry Alhadad bergandingan bersama pengacara dan pelakon terkenal, Sean Lee sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, pelakon dan komposer terhebat yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic’ akan diadili oleh barisan panel juri profesional dan undian daripada penonton.

• Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

• Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.

• ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh Telco Rasmi, CelcomDigi dan Alha Alfa Cosmetics.

ASTRO SHAW & WONDA COFFEE MENERUSKAN LEGASI MALAYSIA DENGAN MELANCARKAN MINUMAN,‘WONDA KOPI EDISI KLUANG’ & PERKENALKAN REKAAN BAHARU SUT IKONIK KELUANG MAN | Gabungan Dua Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Kolaborasi Kreatif

Saksikan gabungan dua jenama ikonik, Keluang Man dan Wonda Coffee bersatu dalam kolaborasi yang penuh mengujakan! Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee dengan bangganya melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’. Kini boleh didapati di seluruh negara, kerjasama ini bukan sahaja meraikan rasa kaya yang digemari rakyat Malaysia tetapi turut memperkenalkan rekaan baharu sut ikonik Keluang Man bagi versi filem ‘live action'. Ini menandakan transformasi paling signifikan dalam sejarah watak tersebut apabila sut Keluang Man yang terbaharu itu menyaksikan perubahan dari sudut warna dan reka bentuk topeng.


Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Keluang Man mempunyai kekuatannya tersendiri, di mana naskhah itu sendiri membuka ruang untuk tampil dengan pelbagai aktiviti dan kolaborasi menarik. Dengan bangganya, kami mengumumkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’; satu kolaborasi yang bukan hanya memberi pengalaman berbeza kepada penonton filem ini tetapi juga menandakan permulaan baru dalam usaha menjadikan filem tempatan sebagai platform terbaik untuk kolaborasi penjenamaan yang lebih kreatif dan berinovasi.”

“Keluang Man dan Wonda Coffee adalah dua jenama ikonik tempatan, di mana Keluang Man bukan sekadar superhero animasi legenda, tetapi turut membawa lambang budaya. Begitu juga Wonda Coffee, yang terkenal dengan rasa asli Malaysia dan sangat dekat di hati masyarakat. Dengan menggandingkan dua jenama simbolik tempatan ini, kolaborasi ini meraikan identiti Malaysia dan kami berhasrat dapat mencipta lebih banyak momen yang mengujakan kepada penonton.” 


“Sementara itu, sejak kami umumkan tentang filem Keluang Man, antara yang menjadi tanda tanya terbesar dalam kalangan peminat adalah sut Keluang Man. Hari ini kami memperkenalkan sut rasmi Keluang Man bagi versi filem dan lebih mengujakan sut tersebut diberi nafas baru sekali gus menampilkan transformasi terbesar sejak watak penuh fenomena itu diperkenalkan. Lebih menarik, Keluang Man akan membuat penampilan umum buat pertama kali bersama sut baharu pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos nanti.”

Turut ditampilkan video komersial eksklusif ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ berdurasi 30 saat yang diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Ezrie Gazali. Video tersebut boleh ditonton di platform media sosial Gempak serta tv komersial.  


Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, Keluang Man terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu dan baru sahaja tamat sesi penggambaran dan kini dalam fasa post produksi. Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor. 

Dalam pada perkembangan lain, turut diperkenalkan kategori terbaru iaitu ‘Wonda Coffee Keluang Man Of The Month’ dalam program mingguan Gempak Most Wanted. Kategori ini merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di media sosial atas usaha murni yang telah mereka lakukan. Usaha ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak positif dalam komuniti.  

Filem arahan pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, yang juga pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf ini membariskan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi. 


Berbalik kepada kerjasama strategik bersama Wonda Coffee, usaha kerjasama strategik oleh dua peneraju gergasi dalam industri ini bertujuan memberi pengalaman menyeronokkan dan menyemarakkan lagi keterujaan peminat terhadap filem ini yang dijadualkan tayangan pada 2025. ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ menampilkan watak Keluang Man di tin minuman, dan juga menawarkan rasa kopi susu dengan Tongkat Ali yang pastinya memikat selera penggemar minuman kopi tempatan.  

Wonda Kopi Edisi Kluang’ adalah penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang terkenal, menawarkan rasa yang mencerminkan tradisi kopi bersejarah di daerah tersebut. Dikenali dengan keharumannya yang mendalam dan aromatik, kopi gaya Kluang telah menjadi tunjang kehidupan setempat dan perhimpunan komuniti selama beberapa generasi. Disuntik dengan khasiat bertenaga Tongkat Ali, kopi ini melambangkan kekuatan superhero Malaysia, mendorong peminat kopi mempunyai semangat wira dalam diri mereka!

Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd, Amy Gan, berkata, "Kami begitu teruja untuk bekerjasama dengan Astro Shaw bagi pelancaran ‘Wonda Kopi Edisi Kluang.’ Kerjasama ini bukan sekadar menggabungkan dua jenama ikonik, tetapi juga bertujuan mencipta pengalaman unik yang akan kekal dalam hati rakyat Malaysia. Keluang Man mempunyai tempat yang istimewa dalam hati ramai, dan kami ingin meraikan watak legenda ini dengan mempersembahkan produk yang menggabungkan kepakaran terbaik kopi Wonda dengan semangat juang yang diwakili oleh Keluang Man.

Sama seperti kopi Kluang yang telah menjadi titik sentuhan budaya bagi rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, kami berharap edisi istimewa ini akan membangkitkan rasa perpaduan dan kebanggaan yang sama. Gabungan rasa yang kaya ini, diperkayakan dengan intipati Tongkat Ali, menghormati kekuatan dan ketahanan yang diwakili oleh Keluang Man. Kami yakin bahawa kerjasama ini adalah bukti kuasa penceritaan tempatan yang tercipta apabila dua jenama ikonik bergabung.


Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat mengukuhkan hubungan dengan pengguna melalui rasa nostalgia dan kegembiraan yang dibawa oleh Keluang Man. Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran sut baru Keluang Man, yang melambangkan bab baru bagi watak legenda ini. Sama seperti sut Keluang Man yang menghubungkan tradisi dengan modeniti, Wonda Kopi Edisi Kluang bertujuan menggabungkan cita rasa kebudayaan kopi Malaysia dengan inovasi yang menangkap intipati dan makna sebenar menjadi rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan memberi makna kepada peminat Keluang Man tetapi juga akan mencipta kenangan yang berkekalan untuk pencinta kopi di seluruh negara."

Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga. 

Keluang Man menjalin kerjasama strategik pemasaran bersama WONDA Coffee. Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.  

Movie Review | Munjya (2024)

Sunday, 25 August 2024


Director: Aditya Sarpotdar
Writer: Niren Bhatt
Cast: Sharvari, Abhay Verma, Sathyaraj, Mona Singh
Production Company: Maddock Films 
Distributors: Pen Marudhar, Disney+ Hotstar
Genre: Comedy / Horror
Running Time: 123 minutes
Release Date: 07 June 2024 (India), 25 August 2024 (Disney+ Hotstar)
Trailer:


Kisah bermula pada tahun 1952 di sebuah kampung bernama Konkan, Pune, India di mana Gotya (Ayush Ulagadde), seorang kanak-kanak lelaki berkeras ingin berkahwin dengan Munni. Ibunya membantah sekeras-kerasnya perkara tersebut kerana anak sulungnya masih mentah sementara Munni 7 tahun lebih tua dan bakal berkahwin. 

Geram dengan bantahan ibunya, Gotya bawa adiknya, Gita (Khushi Hajare) ke Chetukwadi iaitu sebuah hutan yang terletak di sebuah pulau berdekatan dengan kampung tersebut. Chetukwadi adalah kawasan larangan kerana tempatnya dikatakan berpuaka. Gotya mempunyai rancangan ingin mengorbankan Gita dalam ritual ilmu hitam supaya dapat mengahwini Munni. 


Ketika bergelut untuk selamatkan diri, Gotya meninggal dunia lantas berubah menjadi Munjya. Beberapa dekad kemudian, watak Bittu (Abhay Verma) sering mendapat mimpi buruk dan dihantui oleh suara Munjya. Bittu membesar dengan neneknya (Suhas Joshi) dan ibunya, Pammi. Ayahnya telah meninggal dunia tanpa diketahui puncanya kerana setiap kali dia bertanya, mereka berdua endahkan saja. Sehinggalah mereka bertiga pulang ke Konkan untuk majlis pertunangan Rukku. 

Di sana Bittu pergi ke Chetukwadi dan bertemu dengan Munjya. Bukan saja dia tahu rahsia kematian ayahnya, Bittu juga diganggu oleh Munjya apabila tiba waktu malam. Hajat Munjya cuma satu iaitu berkahwin dengan Munni. 


Mengikut kepercayaan Hindu, kanak-kanak lelaki yang meninggal sebelum cukup tempoh 10 hari selepas upacara cukur rambut, kanak-kanak tersebut akan bertukar menjadi raksasa iaitu Munjya. Dan itu menjadi entiti utama naskhah keempat untuk Maddock Supernatural Universe selepas filem Stree (2018), Roohi (2021) dan Bhediya (2022).

Naskhah seram komedi arahan Aditya Sarpotdar menggunakan barisan pelakon dari generasi baru dan juga menjadi launching pad kepada Abhay Verma dan Taranjot Singh sebagai watak sampingan iaitu kawan baik Bittu. Lega jugak lah team production buat keputusan ni sebab dah penat tengok muka yang sama untuk Maddock Supernatural Universe. 


Fresh pairing diketengahkan untuk Munjya walaupun cinta bertepuk sebelah tangan sebab chemistry antara Sharvari dan Abhay nampak kuat. Kalau ikutkan macam tertipu jugak lah dengan promo dari Munjya sebab Maddock Films guna Sharvari untuk promosikan filem sedangkan screentime dia tak lah sebanyak Abhay dan Taranjot. 

Memandangkan filem Munjya banyak bergantung pada CGI untuk makhluk mitos, semua babak Munjya nampak kartun dan tak seram. Munjya pun tak ada buat jump scare sangat cuma menggeletis nak kahwin dengan Munni je. Bila dia muncul mesti lempar barang, sepahkan kawasan tu sebab tantrum tak dapat apa dia nak. Ada juga beberapa babak yang dikukuhkan dengan sinematografi Saurabh Goswami supaya suasana tampak seram dengan music score dari Justin Varghese. 


Jalan cerita Munjya agak unik sebab ketengahkan makhluk mitos yang baru dari masyarakat Marathi cuma bila masuk dekat second half tu, penceritaan jadi draggy bila beberapa babak bersifat repetitive untuk elemen komedi. Baik penulis kembangkan watak Padre (Sathyaraj) daripada biar filem meleret tanpa sebab. Kenapa nenek Bittu tak jaga keluarga dengan baik pun jadi persoalan juga sedangkan keturunan dia dihantui oleh Munjya dari generasi ke generasi. 

Anyway, thanks to Maddock Films, filem Munjya mempunyai music album yang menarik hasil gubahan lagu dari komposer duo Sachin-Jigar. Taras is my current jam and Tainu Khabar Nahi from Arijit Singh is another melodious romantic song for this year. Lagu Hai Jamalo pun best jugak.


 
Kalau you guys memang dah layan 3 filem dari Maddock Supernatural Universe, memang wajib lah layan filem Munjya sebab ada babak penting tapi kalau tak pernah layan pun, filem Munjya tetap seronok untuk ditonton secara santai dengan keluarga. Mungkin dari Munjya, boleh terjebak dengan filem-filem lain dari universe ni, siapa tahu kan? 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10