Siri yang Memenangi Anugerah, ‘Legenda Puteri Qaseh’ Kembali dengan Musim Baharu di Astro Ceria

Friday, 19 July 2024

Siri yang Memenangi Anugerah, ‘Legenda Puteri Qaseh’ Kembali dengan Musim Baharu di Astro Ceria | Saksikan pengembaraan ajaib dengan cabaran dan bakat baharu bermula 22 Julai ini

Maklumat Siri:

Astro Ceria teruja untuk mengumumkan pengembalian siri fantasinya yang dinanti-nantikan, ‘Legenda Puteri Qaseh’ Musim ke- 2 yang akan ditayangkan pada 22 Julai 2024, jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Prima. Penerbitan musim pertamanya telah memenangi beberapa anugerah, termasuk:

• ContentAsia Awards 2023 - Anugerah Gangsa untuk program TV Kanak-kanak Terbaik Buatan Asia

• Asian Academy Creative Awards 2023 - Pemenang Nasional Program Kanak-Kanak Terbaik.

Maklumat lanjut mengenai siri adalah seperti yang tertera di bawah:

  • Tarikh dan Masa Siaran: Mulai 22 Julai 2024, setiap Isnin, jam 9 malam
  • Platform Televisyen: Astro Ceria, (saluran 611), Astro Prima (saluran 105)
  • Platform Digital: On Demand, Astro GO dan sooka
  • Pengarah: Shamyl Othman
  • Produksi: Red Communications Sdn Bhd
  • Genre: Klasik Fiksyen
  • Bilangan Episod: 8 episod
  • Pelakon Utama: 1. Qasrina Karim sebagai Puteri Qaseh, 2. Hun Haqeem sebagai Wan, 3. Dini Schatzmann sebagai Putera Amal, 4. Ozlynn Waty sebagai Permaisuri Baiduri, 5. Bella Dowanna sebagai Laila, 6. Daniel Fong sebagai Andika

  • Sinopsis Drama: Qaseh, pewaris takhta kerajaan Kayajaya, menghadapi cabaran baharu. Penyakit luar biasa yang dipanggil 'Wabak Achum' menimpa seluruh kerajaannya, memaksa Qaseh untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Nusaria. Sementara itu, Andika yang telah hilang muncul semula dan berkomplot dengan Raja Sulong untuk merampas takhta Qaseh. Ditemani rakan setianya, Laila dan Wan, seorang pengawal peribadi, Qaseh mengharungi perjalanan penuh cabaran ke Nusaria. Di sepanjang jalan ke Nusaria, mereka berjaya menghalang orang-orang Andika daripada menculik Qaseh. Di Nusaria, mereka bertemu Permaisuri Baiduri dan anaknya, Putera Amal, seorang pakar kimia. Putera Amal mula mengusahakan penawar untuk Wabak Achum, tetapi ia menjadi rumit apabila Permaisuri Baiduri ingin mencari jodoh buatnya. Kisah ini terungkap dengan lebih banyak pengembaraan, cabaran dan hubungan yang rumit.


Nota Tambahan :
• ‘Legenda Puteri Qaseh’ musim kedua membawa kisah dunia khayalan ajaib yang padat dengan elemen komedi dan plot twist dalam setiap episod.
• Musim terbaharu ini turut memperkenalkan barisan watak baharu oleh pelakon berbakat termasuk Hun Haqeem, Dini Schatzmann dan Ozlynn Waty.
• Memberikan lakonan terbaik dalam menghidupkan watak, musim terbaharu ini turut menampilkan barisan pelakon berpengalaman serta yang meningkat naik termasuk Datin Lisa Surihani, Norman Hakim, Aziz M Osman, Chelsia Ng, Bella Dowanna dan ramai lagi.

Saksikan siri yang telah memenangi anugerah, ‘Legenda Puteri Qaseh’ musim kedua di Astro Ceria dan Astro Prima (Episod pertama dan terakhir sahaja) bermula 22 Julai 2024, jam 9 malam atau strim menerusi On Demand, Astro GO dan sooka. Dapatkan Pek Astro dari hanya RM41.99/sebulan dengan diskaun 30% dan pemasangan percuma. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.