Production Companies: Jio Studios, Aamir Khan Productions, Kindling Pictures
Distributor: Yash Raj Films, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 124 minutes
Release Date: 8 September 2023 (TIFF), 1 March 2024
Trailer:
Berlatarkan tahun 2001, seorang petani bernama Deepak Kumar (Sparsh Shrivastav) dalam perjalanan pulang bersama isterinya, Phool Kumari (Nitanshi Goel) ke kampung dengan menaiki kereta api. Ketika kereta api berhenti di stesen yang dituju, Deepak tanpa sengaja tarik tangan pengantin yang lain kerana kesemua pengantin di dalam koc tersebut menutup muka dengan ghoonghat. Balik ke rumah baru dia tersedar dia sudah tertukar isteri.
Sementara Deepak mencari di stesen kampung tersebut, Phool pula mati kutu bila turun ke stesen bersama pengantin lelaki di sebelahnya. Apabila tersedar tersilap orang, Phool ditinggalkan saja di stesen Pataala. Staff kereta api juga tidak dapat membantu Phool kerana dia tidak tahu nama kampung Deepak. Duit dan nombor telefon juga tiada. Nasib Phool baik bila Manju Mai sudi membantu sehingga suami Phool datang mencari.
Deepak berjumpa dengan Inspektor Shyam Manohar untuk selesaikan masalah dia tapi lain pula yang jadi kerana inspektor tersebut syak pengantin tertukar tersebut adalah pencuri. Dah banyak kes pencuri wanita berkahwin untuk mencuri harta si suami. Inspektor Shyam mengekori Pushpa Rani (Pratibha Ranta) setiap hari dan kesemua gerak-geri dia mencurigakan.
Naskhah komedi drama arahan Kiran Rao yang ditayangkan secara perdana di Toronto International Film Festival 2023 mempunyai penceritaan sarat dengan mesej berunsurkan pemerkasaan wanita. Sesuai sangat lah Kiran Rao pilih latar masa pada awal zaman millennial sebab kehidupan kaum wanita pada masa tu agak menyedihkan. Dibesarkan cuma untuk dikahwinkan dan tak menerima pendidikan asas yang sepatutnya.
Antara 3 watak utama - Deepak, Pushpa dan Phool, penulis focus pada perkembangan watak Phool yang dikahwinkan pada usia muda tanpa sebarang pendidikan lalu berjumpa dengan watak Manju Mai yang beri pendedahan dan buka mata dia tentang nasib wanita.
‘Women can farm and cook. We can give birth to children and raise them. If you think about it, women don't need men at all. But if women figured this out, men would be screwed, wouldn't they?’ - Manju Mai
Walaupun filem Laapata Ladies bersifat feminism tapi penceritaan dia tak bersifat memaksa sebaliknya mengajar kenapa perlunya wanita dididik dan diberi kemuliaan dalam masyarakat. Macam mana watak Manju Mai yang tak memandang rendah pada Phool malah mengajar remaja tersebut untuk berdikari dan yakin dengan kebolehan juga kemahiran diri. Lakonan Nitanshi Goel tampak polos dalam karakter Phool dan tak kekok walaupun screentime dia banyak digandingkan bersama pelakon senior.
Sama juga dengan watak Pushpa Rani yang ingin bebas dan capai impian untuk jadi petani yang berilmu. Watak Pushpa Rani mungkin tak dapat banyak screentime berbanding watak Deepak dan Phool tapi watak dia beri impak pada penceritaan Laapata Ladies sekaligus beri semangat dan harapan untuk sesiapa yang ingin ubah nasib sama macam dia.
Masa tengok siapa pengarah filem, I dah boleh agak jalan cerita filem ni macam mana tapi tak expect akan menangis sebab happy tengok semua watak dapat happy ending walaupun perjalanan diorang masih lagi jauh. Komedi yang dimasukkan tampak natural dan bersahaja terutamanya dari watak Deepak yang rindukan Phool. Olahan pengarah buatkan naskhah komedi drama Laapata Ladies tampak hidup dan terasa dekat dengan kita walaupun mempunyai subjek yang sensitif dan berat.
Sinematografi dari Vikash Nowlakha mengangkat suasana kehidupan masyarakat luar bandar dengan cemerlang dan suntik tona musim panas seiring dengan kehendak cerita. Music score from Ram Sampath not so much but still good for the story. Recommended to watch for those haven’t and it’s available on Netflix.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Positif review dari Farhana.. Nanti nak cari dan tengok.. tq untuk review..
ReplyDelete