Movie Review | Kereta Berdarah (2024)

Wednesday, 24 July 2024


Pengarah: Rizal Mantovani
Penulis Skrip: Erwanto Alphadullah
Pelakon: Hana Malasan, Zara Leola, Kiki Narendra, Putri Ayudya, Yama Carlos
Syarikat Produksi: MVP Pictures
Pengedar: MVP Pictures, TGV Cinemas, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 103 minit
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2024 (Indonesia), 23 Februari 2024 (Malaysia) 12 Julai 2024 (Netflix)
Trailer:


Kereta Berdarah mengisahkan tentang Purnama (Hana Malasan) dan adiknya, Kembang (Zara Leola) pergi bercuti ke sebuah resort yang baru saja selesai dibina di sebuah daerah kecil. Percutian tersebut untuk meraikan Purnama yang baru-baru ini telah pulih dari kanser. 

Untuk pergi ke resort tersebut mereka perlu menaiki sebuah keretapi selama 7 jam perjalanan dengan melalui 5 terowong di hutan tersebut. Purnama dan Kembang antara yang terawal dapat merasai pengalaman menaiki keretapi bernama Sangkara. Turut serta dalam majlis perasmian ialah pemilik Sangkara bernama Bara (Kiki Narendra) dan orang kenamaan iaitu Pak Santoso (Yama Carlos). 


Ketika sesi perasmian itu berlangsung, majlis mereka diganggu oleh sekumpulan wanita yang bertanyakan tentang kehilangan suami mereka. Rata-ratanya bekerja sebagai buruh pembinaan di landasan keretapi untuk Sangkara. Bara cuma minta pengawal keseamatan menghalau kumpulan wanita tersebut dan minta Pak Santoso untuk bertenang. 

Dalam perjalanan ke resort, ketika melalui terowong pertama, Sidik (Totos Rasiti) perasan pintu kecemasan di gerabak 5 tersekat lalu meminta Don untuk baiki. Malangnya Don diganggu oleh entiti seram dan kemudiannya gerabak 5 terpisah dari keretapi utama. Kembang dan Purnama yang berada di gerabak 4 terkejut dengan kejadian tersebut kerana bagasi mereka berada di gerabak 5. 


Tekun (Fadly Faisal) menenangkan mereka berdua dan tegaskan bagasi mereka akan terus dibawa ke resort. Hakikatnya, dia sendiri tak pasti sama ada gerabak 5 masih ada di terowong ataupun hilang. Kejadian yang sama juga berlaku apabila mereka melalui terowong kedua lantas memaklumkan hal tersebut kepada Bara. 


Naskhah Kereta Berdarah arahan Rizal Mantovani mengangkat tema kehidupan jin yang bermukim di dalam hutan tebal. Tak semua tempat boleh diganggu oleh manusia sewenangnya sepertimana Bara yang ingkar dengan larangan dukun gara-gara tamak. Sudahnya bukan saja pekerja landasan menjadi mangsa malah penumpang juga terkorban. Selain dari ketamakan Bara, perbezaan antara kelas sosial juga mencuri tumpuan bila penumpang gerabak 2 enggan membantu penumpang gerabak lain.

 

Kalau ikutkan pada jalan cerita, kejadian seram cuma berlaku dalam kereta api jadi tak pasti lah apa nasib pekerja resort sebab Sangkara tak sempat sampai pun ke sana. Tekun, Sidik atau Bara tak dapat nak hubungi pihak resort bila talian terputus. Masa tengok filem ni jadi tertanya-tanya juga lah macam mana pihak Sangkara berhubung dengan pihak resort. Mungkin terletak antara dua kawasan yang berbeza. 

Filem Kereta Berdarah terbitan MVP Pictures menggunakan khidmat CGI dan prostetik untuk mewujudkan Ratu Jin (Ruth Marini) yang agresif dan mengerikan. Sama juga dengan entiti jin yang lain atau jelmaan roh para pekerja landasan. Kebanyakan babak seram menggunakan warna merah sebagai simbolik kepada emosi jin yang terganggu dengan kehadiran manusia. 


Kereta api yang digunakan dalam filem Kereta Berdarah juga adalah set yang dibina sendiri oleh team production sebab tak dapat kelulusan untuk guna kereta api sebenar. Tapi tak nampak pun macam dalam set masa layan filem ni. Suka tengok gerabak eksklusif untuk bangsawan dek sentuhan vintaj yang diberikan. 

Jin yang dimasukkan tak seram pun cuma kita jadi risau dengan watak-watak utama sebab tak ada ruang untuk mereka selamatkan diri. Kalau tak mati dalam kereta api, mungkin akan mati di dalam hutan sebab mereka dah masuk ke kawasan jin. Berdebar juga tengok beberapa babak sampai ke penghujung cerita. 


Bila tengok kesudahan filem Kereta Berdarah ni rasa kasihan pula dengan Kembang sebab dia moody tak nak pergi bercuti dekat resort tapi pergi juga sebab menurut permintaan kakak dia yang sakit. Alih-alih kena hadap benda yang tak sepatutnya sampai makan diri. Pengarah masukkan watak Ramla (Putri Ayudya) yang berkait dengan pekerja landasan tapi tak ada apa pun watak dia mampu buat, cuma sekadar menambahkan drama yang tak bagi apa-apa impak pada jalan cerita. 

Pengajaran yang kuat diselitkan dalam filem Kereta Berdarah cuma filem ni akan jadi one-time watch sebab bukan happy ending. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10 

3 comments

  1. tengok dekt mana ya? sebab cari tak jumpa

    ReplyDelete
  2. Aduh.. Hati tu teringin nak tengok tapi macam tak kan je.. TQ tau review..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.