Tarikh Tayangan: 22 Februari 2024 (Indonesia), 2 Mei 2024 (Malaysia)
Trailer :
Filem Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib bermula dengan insiden Ayu (Sara Fajira) kerasukan ketika sesi penggambaran dokumentari tentang tarian Jaranan Turonggo Yakso di sungai bernama Watu Kandang, Trenggalek. Kawan baiknya, Rara (Laras Sardi) segera membawa Ayu pulang.
Sejak kejadian tersebut, Ayu dan keluarganya sering mengalami gangguan aneh di mana mereka sering terdengar lagu tradisional dan ternampak susuk tubuh penari perempuan berkebaya merah dengan cucuk sanggul emas.
Ketua kampung di situ, Mbah Di (Liek Suyatno) kenal dengan penari bernama Sarinten (Yuyun Arfah) yang suatu ketika dahulu difitnah dan diusir keluar dari kampung. Mbah Di tidak berkasar menghalau Sarinten malah membenarkan Sarinten yang merasuk Ayu menari di dewan tarian tersebut.
Ibu bapa Ayu cuba untuk berubat anak perempuan tunggal mereka bila keadaan Ayu semakin teruk namun tiada dukun yang berani melawan kuasa Sarinten. Kemudian Pak Gito (Rizky Hanggono) cuba mengajak team paranormal - Gaduh (Dimas Aditya), Genta (Naufal Samudra) dan Thea (Arla Ailani) untuk berjumpa dengan Ayu. Mungkin dengan cara tersebut ada yang dapat membantu masalah keluarga mereka.
Sarinten menerima tetamu baru tersebut dengan senang hati kecuali Thea kerana sikapnya yang biadap. Sarinten memberi amaran supaya berhati-hati kerana Thea akan bawa masalah kepada mereka semua. Dalam masa yang sama, Sarinten memujuk Ayu supaya terima dia untuk hidup sebagai pendamping dan penjaga.
Naskhah seram yang diadaptasi dari kisah sebenar yang berlaku pada tahun 2010 mempunyai jalan cerita yang bersifat straight-forward dan laju. Banyak input yang dimasukkan dalam setiap babak buatkan filem sinden Gaib terasa menarik dan semakin tertarik untuk tahu pengakhiran Nasib Ayu dan juga Thea.
Terkejut bila tahu Sara Fajira berlakon sebagai watak utama filem seram arahan Faozan Rizal sebab sebelum ni dia berkecimpung dalam bidang nyanyian. Sara Fajira ni macam Marsha Milan, suka nyanyi lagu seram, bila berlakon pun suka genre seram. Lakonan Sara sebagai Ayu tampak bagus tapi cemerlang sebagai Sarinten. Meremang bila Mbah Sarinten datang berjumpa dengan orang luar. Badan Sara tak kaku bila menari malah gaya jalan semuanya nampak ayu dan teratur persis penari zaman dulu.
Filem Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib ada banyak momen seram tanpa jump scare berlebihan sebab rupa makhluk halus tu memang sama je dari awal tapi cara dia datang mengganggu tu yang seram dan terkejut. Gangguan dia tak membahayakan jadi kita tak risau sangat dengan keadaan Ayu tapi jadi tertanya-tanya kenapa Mbah Sarinten beria nak jadi pendamping Ayu. Dekat hujung cerita baru faham pilihan dia sebab selain menari, Ayu ada hati yang baik. Rara pun baik tapi tang menari tu tak power sangat.
Sinematografi dari Faozan Rizal menghidupkan panorama kehidupan kampung yang terletak berdekatan dengan kawasan perairan. Latar masyarakat kampung yang kaya dengan budaya tarian juga dipaparkan dengan cemerlang dalam tone berwarna hangat. Beberapa ritual juga dimasukkan untuk mempamerkan budaya seni Jawa Timur dalam filem Sinden Gaib lantas memberikan impak pada penceritaan dengan music score dan background music dari Fajar Ahadi sebagai sinergi kukuh untuk naskhah seram.
Mesej sosial yang dimasukkan dalam filem Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib adalah pesan orang lama-lama yang selalu kita dengar tapi sering diendahkan bila pergi ke kawasan orang. Pesanan yang makin lupa ditelan dek zaman. Filem Sinden Gaib memang sesuai menjadi naskhah yang sarat dengan pengajaran untuk generasi muda.
Aissssh, awalnya saya tak terlalu tertarik nonton ini. Tapi melihat Kaka KSH rating tinggi, langsung lah pengen nonton 😄. Daerah Jawa timur itu memang banyak cerita mistis nya
Dan apalagi ada banyak hutan lebat di sana. Melihat temanya sinden, saya langsung ingat desa penari pula.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aissssh, awalnya saya tak terlalu tertarik nonton ini. Tapi melihat Kaka KSH rating tinggi, langsung lah pengen nonton 😄. Daerah Jawa timur itu memang banyak cerita mistis nya
ReplyDeleteDan apalagi ada banyak hutan lebat di sana. Melihat temanya sinden, saya langsung ingat desa penari pula.
Yang tak di bagi tu yang dibuat.. Sudahnya menyusahkan semua orang.. Suka tengok ayu tu menari.. cantik..
ReplyDelete