Movie Review | GOLD (2024)

Saturday, 6 July 2024

Director: Adrian Teh
Writers: Tan Pik Yee, Adrian Teh
Cast: Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja, Freddie Ng, Lynn Lim, Meeki Ng, Josiah Hogan, Yasmin Hani, Danial Cheah, Tony Eusoff, Nafies Zaidi, Ikhram Juhari
Production Companies: Astro Shaw, ACT 2 Pictures, Clover Films, One Cool Films
Distributors: GSC Movies (Malaysia), Clover Films (Singapore), Astro Shaw (worldwide)
Genre: Sports / Docudrama
Running Time: 126 minutes
Release Dates: 11 July 2024 (Malaysia & Brunei), 18 July 2024 (Singapore)
Trailer:


Diadaptasikan dari kisah benar liku-liku kehidupan atlet paralimpik sukan badminton Cheah Liek Hou, filem GOLD arahan Adrian Teh bekerjasama dengan penulis Tan Pik Yee yang popular dengan filem sukan Ola Bola (2016). 

Sejak kecil, Cheah Liek Hou menonton semua perlawanan Datuk Rashid Sidek (Farid Kamil) dan belajar foot work dalam diam. Kerana status keluarga yang miskin, Liek Hou tak pernah bersuara untuk jadikan badminton sebagai kerjaya. Sehingga lah satu hari dia dicabar oleh Guan Ting (Fabian Loo) di sekolah. 


Kerana bakat dan semangat dia, cikgu Pendidikan Jasmani (Nafies Zaidi) ambil Liek Hou masuk dalam pasukan badminton sekolah. Dari situ dia gigih berlatih dengan sokongan dari bapanya (Freddie Ng) sehingga lah dia menjadi wakil negara. Malangnya Liek Hou disahkan menghidap Erb’s Palsy di mana saraf tangan kanan tidak berfungsi dengan baik. 

'Mereka yang berbakat tidak hebat mana tapi mereka yang berbakat dan berusaha keras, itulah yang hebat.' - Ayah Liek Hou


Sebagai pemain badminton, kedua-dua belah tangan mewujudkan keseimbangan ketika bermain dan doktor (Tony Eusoff) nasihatkan supaya Liek Hou bersara sebagai atlet. Bapanya tak putus asa berikan semangat dan sokongan supaya dia terus bermain badminton. Liek Hou sendiri yakin dia mampu menyumbang untuk negara dalam sukan badminton kerana kelajuan pukulan dia sepantas 4 saat, kurang 1 saat saja dari pemain professional. 


Filem GOLD mempunyai latar masa yang agak panjang kerana cerita bermula pada tahun 1992 di mana Datuk Rashid Sidek bersama jurulatihnya Misbun Sidek (Wan Raja) bermain di Sukan Olimpik di Barcelona. Setiap tahun mempunyai cerita bagaimana Cheah Liek Hou mencapai impian dia untuk menjadi pemain badminton. 

Memandangkan filem GOLD mengangkat tema kekeluargaan dan komuniti masyarakat di Malaysia, filem docudrama ni tak fokus pada perlawanan badminton semata. Agak meleset lah sangkaan sebab ingatkan pengarah nak ikut template sukan yang lain rupanya dia selitkan babak kekeluargaan dan paparkan realiti para atlet yang hilang semangat kerana gaji yang rendah. 


Of course, isu yang dibawa terlihat kuat dan menjadi punca untuk beberapa watak berubah sekaligus menghadirkan konflik kepada penceritaan cuma babak keluarga tu patutnya dipendekkan lagi. Banyak juga babak yang hilang momentum dan terasa mendatar bila meleret dan tak sepatutnya dimasukkan. Kalau ikutkan ibu Cheah Liek Hou sendiri yang hantar dia pergi main badminton tapi lain pula dalam filem. Kalau penulis dan pengarah ikut fakta asal, mungkin banyak aksi mendebarkan dalam perlawanan dapat kita tonton. 

Lakonan Jack Tan cemerlang sebagai atlet paralimpik negara yang terpaksa berdepan dengan takdir apabila disahkan cacat. Babak berlawan dalam badminton court, bila dia menangis dalam tandas, masa dia join sales team untuk sara keluarga dan buat comeback dan berlatih bersama Datuk Rashid Sidek, semua momen tu mempunyai impaknya tersendiri. Boleh kata filem GOLD jadi kuat kerana Jack Tan. Elemen komedi, drama dan aksi semuanya dipaparkan dengan mantap. I’ve cried for few scenes in GOLD.


Jack Tan berlatih selama 3 bulan untuk bermain badminton menggunakan tangan kiri untuk watak Cheah Liek Hou sedangkan tangan dominannya adalah tangan kanan. Untuk tranformasi menambah berat badan sebanyak 20kg dilakukan secara rela untuk nampak real dalam filem. Setiap hari juga dia berjumpa dengan Cheah Liek Hou untuk dapatkan rentak permainan dan tiru gaya atlet tersebut. 

Gandingan Jack Tan dan Farid Kamil juga tepat menggambarkan bonding Cheah Liek Hou dan Datuk Rashid Sidek yang sebenar. Tak ambil masa yang lama untuk kedua pelakon selesa bekerja dan cipta chemistry dalam GOLD. Sayangnya tak banyak momen mereka berdua sepanjang training dan perlawanan di Olimpik Tokyo 2020. Kalau Adrian Teh masukkan lebih banyak lagi babak Cheah dan Datuk Rashid di gelanggang, mungkin lebih menarik. 


Another disappointment bila tak banyak babak Fabian dan Jack dalam GOLD sedangkan watak Guang Ting antara pendukung yang kuat supaya dia terus semangat sebagai atlet sukan badminton. Patutnya boleh kuatkan lagi elemen drama bila Guan Ting ada konflik antara personal dan karier, konflik yang sama dibawakan oleh watak Shafiq Hanafi (Ikhram Juhari). Ikutkan cerita watak Cheah pun ada konflik tu tapi penulis tak kembangkan pun cuma masukkan watak teman wanita Cheah dalam dua babak tanpa dialog. Tak pasti lah watak Ah Fei (Daniel Cheah) wujud ataupun tak dalam real life sebab dia yang banyak mendominasi screentime berbanding Fabian. 

Tapi itu cuma personal opinion untuk GOLD sebab filem ni mempunyai kekuatan tersendiri juga dengan sinematografi yang cantik hasil kerja Yong Choon Lin untuk filem selama 126 minit. Busana dari Wing Shum dan Carol Chong juga diberikan perhatian melalui beberapa baju atlet negara di Olimpik untuk beberapa tahun menjadi tarikan sampingan. 



Sama macam harapan team production supaya filem GOLD akan tiup semangat untuk para atlet negara bermain di Olimpik Paris 2024 nanti, lepas tengok filem ni pun rasa macam bersemangat balik nak main badminton lebih aktif. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.9/10

2 comments

  1. Filem tentang Badminton.. Menarik..

    ReplyDelete
  2. Thanks for review! Go for gold! Very rare movie about badminton. Asal tngk match badminton, teringat legend negara Datuk Lee Chong Wei.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.